Tuesday, February 23, 2016

DATUK WEE KA SIONG : BN BERCAKAP BERDASARKAN FAKTA TETAPI PEMBANGKANG PILIH TIN KOSONG



Apa kelebihan pemimpin dan penyokong parti pembangkang? Apabila mereka tiada langsung jalan penyelesaian, mereka bukan saja akan membangkang setiap usaha kerajaan malahan mereka akan mula rekacipta pelbagai alasan dan propaganda yang pasti tiada asasnya. Kesemua yang mereka bangkang hanyalah semata-mata demi politik dan yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Setelah Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi umumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh kerana kerajaan telah memilih untuk fokus kepada isu levi dan PATI di dalam negara terlebih dahulu.

Kedua-dua isu levi dan PATI ini telah pun disuarakan oleh Datuk Wee terlebih dahulu dan kini ia mendapat perhatian kepimpinan tinggi negara. Blog ini telah menulis alasan-alasan Datuk Wee mengapa isu levi dan PATI perlu ditangani terlebih dahulu sebelum meneruskan untuk membawa lebih pekerja asing ke Malaysia.

Umpama tin kosong, bunyi saja kuat tetapi isinya tiada. Begitulah yang ingin disampaikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyelar kenyataan-kenyataan pembangkang ke atas keputusan kerajaan dalam penangguhan pengambilan pekerja dari Bangladesh. Bagi Datuk Wee, kenyataan pembangkang tidak langsung membantu industri perniagaan dan sekali gus membantu ekonomi negara tetapi sekadar ingin berpolitik.

Keputusan pengambilan pekerja asing ini ditangguh dan kerajaan tetap akan menambahnya jika ada permintaan pada bila-bila waktu. Namun, pembangkang hanya ingin memesongkan pandangan rakyat dengan menuduh kerajaan pimpinan Barisan Nasional memerlukan warga Bangladesh sebagai pengundi di dalam pilihanraya nanti.

Usaha pembangkang untuk menipu rakyat dan memburukkan imej BN telah pun gagal apabila tuduhan mereka di pilihanraya 13 yang lalu, BN telah mengimport 40,000 rakyat Bangladesh khas untuk mengundi. Pembohongan ini diulang semula dengan pengumuman kerajaan yang akan membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh seramai 1.5 juta sepanjang 3 tahun.

Dalam kenyataan TPM, dengan jelas beliau menyatakan keputusan dalam penangguhan pengambilan warga Bangladesh akan membolehkan Kerajaan untuk menyemak semula levi untuk pekerja asing dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat sebelum membuat keputusan. Ini adalah langkah agar pihak majikan dapat mendaftarkan pekerja tanpa izin mereka.

Pendatang tanpa izin atau PATI yang berada di negara ini diberi peluang sebagai pekerja berdaftar dan perlu mendapatkannya dari kedutaan Bangladesh dan sekiranya mereka gagal, mereka akan dihantar pulang. Penangguhan ini juga membolehkan pihak kerajaan memberi tumpuan kepada PATI yang telah tinggal melebihi had tempoh, penyalahgunaan visa pekerja atau tidak mempunyai dokumen yang sah.

Dengan penjelasan dari Datuk Zahid dan Datuk Wee, jelas apabila di pihak Barisan Nasional bercakap berdasarkan fakta yang berlandaskan realiti untuk penyelesaian masalah negara tetapi pembangkang memilih untuk bukan sahaja berpolitik tetapi memutar-belitkan isu tanpa sebarang penyelesaian.

No comments: