Jika tuhan mereka pun boleh mereka hina, apa lagi sesama manusia. Itulah sikap dan perangai sebenar pemimpin DAP yang tidak pernah menghormati tuhan sendiri, budaya sendiri dan juga sesama manusia.
Walaupun ketika kaum Cina sedang meraikan perayaan mereka yang plaing besar untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tony Pua dan Teo Nie Ching tidak melepaskan peluang untuk menyebar sentimen kebencian di kalangan rakyat di dalam satu klip video. Tetapi jika dinilai dan diamati video ini, tujuannya amat jelas namun yang menjadi tanda tanya adalah mengapa perlu mereka menghina tuhan mereka sendiri?
Klip video yang berdurasi selama lebih kurang 3 minit ini, memaparkan karakter yang dianggap sebagai Tuhan Kemakmuran bagi kaum Cina sedang meminta-minta duit seperti seorang pengemis jalanan dan diletak pula pelekat yang membawa makna 'Cari Makan'.
Pelakon utamanya pula adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dengan mengubah suai lirik lagu kegemaran bangsa Tionghua ketika menyambut Tahun Lunar mereka, Chai Shen Dao (Ketibaan Tuhan Kemakmuran).
Tidak salah malahan bertepatan jika pihak MCA menganggap perbuatan ini sebagai biadap dan menghinakan. Adalah menjadi budaya bangsa Tionghua untuk menyambut Tuhan Kemakmuran mereka semasa hari pertama tahun lunar dan Tuhan Kemakmuran sangat dihormati dan menjadi kebanggaan budaya mereka.
MCA juga melihat perbuatan kedua-dua pemimpin DAP ini sangat bercanggah dengan semangat tradisional perayaan bangsa Tionghua yang sangat mementingkan nilai-nilai harmoni, berbakti dan bertukar-tukar salam di antara mereka dengan melakukan kebaikan.
Malangnya, tujuan DAP untuk menggunakan video perayaan Tahun Baru Cina ini bertujuan mengaitkan dengan kerajaan dan Perdana Menteri telah menimbulkan kebencian bukan sahaja di kalangan bangsa Tionghua tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Apakah DAP lupa yang kebanyakan rakyat di negara ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam dan negara Arab serta Rajanya sangat dekat di hati mereka? Apakah DAP tidak tahu yang setiap tahun berpuluh ribu umat Islam akan ke Mekah untuk menunaikan haji dan setiap tahun selama sebulan juga mereka akan menonton siaran langsung solat tarawikh dari tanah Mekah?
Jika DAP ingin mengaitkan perlaksanaan GST dengan kesusahan dan kemiskinan rakyat, apakah DAP tidak tahu yang beratus negara lain di dunia yang telah melaksanakan GST terlebih dahulu dari negara kita telah jatuh miskin dan rakyat mereka tertindas? Apakah DAP buta apabila Singapura sebagai negara jiran yang paling terdekat telah menjadi sebuah negara yang sangat maju dengan perlaksanaan GST?
DAP nampaknya tidak dapat melarikan diri dari menabur politik kebencian. Namun, kali ini nampaknya video yang konon ingin menghasut bangsa Cina untuk membenci kerajaan tetapi telah memakan diri sendiri dan perangai jijik sebenar pemimpin-pemimpin DAP telah lebih terserlah. Bagi mereka tuhan yang mereka sembah dan perayaan utama mereka juga tidak akan terlepas untuk digunakan tujuan berpolitik.
Maka kita faham yang DAP tiada langsung sensitiviti dan rasa hormat dan rakyat Malaysia hanyalah guruan jijik mereka.

No comments:
Post a Comment