Saturday, February 06, 2016

7 LALUAN BAS KORIDOR DISUSUN SEMULA, BENARKAH NETIZEN TIDAK PUAS HATI?


Kenyataan 7 laluan susunan semula bas telah diwar-warkan sejak 29 Januari lalu, namun masih ada yang tidak pasti apakah laluan-laluan tersebut. Seperti yang telah diterangkan oleh pihak SPAD, ia adalah untuk perkhidmatan bas yang lebih baik dan lebih sistematik.

Maka 2 koridor yang terlibat adalah koridor Sungai Besai dan Jalan Klang Lama dan di sini disenaraikan 7 laluan bas yang terlibat dan perubahan ini berkuatkuasa 1 Februari 2016;

1) Laluan 523 (Dengkil - IOI City Mall melalui Putrajaya/Cyberjaya)
   - Dikendalikan oleh Nadi Putra
   - Disusunsemula sebagai laluan 521
   - Bermula dari Dengkil ke IOI City Mall melalui Putrajaya
   - Operasi dari 6.30 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit

2) Laluan 608 (IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti)
    - Dikendalikan oleh Nadi Putra
    - Disusunsemula sebagai laluan 503
    - Bermula dari IOI Mall Puchong ke Putrajaya Sentral melalui Pulau Meranti
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit

3) Laluan 541 (Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - Bermula dari Flat Enggang Kinrara - Pasar Borong Selangor - KTM Serdang
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan permulaan 40 minit
    - Boleh menukar ke Laluan 671 di Flat Enggang Kinrara untuk ke IOI Mall Puchong

4) Laluan 671 (Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - dari Flat Enggang Kinrara ke HAB Pasar Seni melalui IOI Mall Puchong
    - Operasi dari 6:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan permulaan 45 minit. 

5) Laluan T570 (UPM - KTM Serdang melalui Serdang Jaya)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - Perkhidmatan terus dari UPM ke KTM Serdang  
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 30 minit
  
6) Laluan T601 (Puchong Prima – Saujana Puchong melalui Puchong Utama)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - T601 : Laluan Puchong Prima - Puchong Utama
    - T602 : Laluan Saujana Puchong - Puchong Utama
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit.
 
7) Laluan 670 (PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni)
     - Dikendalikan oleh RapidKL
     - Digabungkan dengan laluan T651
     - Bermula dari Taman OUG – PPR Muhibbah – HAB Pasar Seni
     - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit

Usaha yang dilakukan SPAD ini bukanlah sesuatu yang statik dan dengan sikap terbuka SPAD untuk sentiasa mengkaji semula dan menambah baik laluan-laluan bas dalam rangkaian BNR juga adalah setelah mendapat maklum balas dan permintaan dari pengguna bas.

Apabila dibaca respond netizen di FB SPAD, kebanyakan aduan yang dikemukakan mereka didapati maklumat yang tidak lengkap terutamanya aduan mengenai perkhidmatan bas.

Di antaranya;




Oleh itu adalah dinasihatkan agar beberapa maklumat perlu disertakan sebelum membuat aduan seperti;
a. Laluan bas
b. Nombor pendaftaran kenderaan - bas
c. Gambar sebagai bukti (jika ada)

Di antara contoh aduan yang lengkap dari netizen;


Pihak SPAD juga didapati segera memberi respon kepada setiap aduan penumpang dan sekaligus dapat meredakan keresahan mereka. Namun, ada juga di antara netizen yang sengaja mengambil kesempatan dengan aduan-aduan yang tidak relevan dan tidak bertanggungjawab. Lebih dikesali apabila ruangan ini disalahgunakan mereka untuk mengecam dan mengutuk sikap terbuka SPAD.

Perlu kita ingat, SPAD tidak akan dapat bertindak sekiranya aduan tidak lengkap dan apabila SPAD kemukakan soalan untuk mendapat maklumat terperinci, ada di antara mereka yang tidak respon pula.

Seharusnya usaha SPAD ini perlu dipuji yang bukan sekadar membuat perubahan tetapi bertanggungjawab memberi penerangan dan yang paling utama respon dan bertindak dengan pantas dan penuh tanggungjawab. 

Ubahlah sikap kita agar lebih bertanggungjawab dan bersama-sama pihak SPAD memperbaiki sistem laluan BRN ini dan juga perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada pengusaha-pengusaha bas dilaksanakan dengan penuh hemah dan displin.

No comments: