Tuesday, July 28, 2015

ADA UDANG SEBALIK BATU KE ATAS TUDUHAN WSJ MENGENAI PENGANIAYAAN PEKERJA LADANG FGV

Setelah meneliti laporan the Wall Street Journal di dalam artikelnya "Palm-Oil Migrant Workers Tell of Abuses on Malaysian Plantations", mereka ada menyatakan seperti berikut;


The U.S. Department of Labor in December cited Malaysian palm oil as an industry where forced labor occurs. The State Department, in its annual Trafficking in Persons Report for last year, placed Malaysia at the lowest rank, Tier 3, for alleged insufficient efforts to stop human trafficking.

The U.S. can’t sign a free-trade pact with a Tier 3 country, under U.S. “fast-track” legislation smoothing the way for the proposed Trans-Pacific Partnership. As a result, there now is pressure to upgrade Malaysia to Tier 2. This year’s State Department human-trafficking report, delayed since June, is expected to be released as soon as Monday. The State Department had no comment.

Dengan kata lain, isu sebenar yang ingin WSJ ketengahkan adalah perjanjian TPPA yang sepatutnya diputuskan tetapi oleh kerana wujudnya penindasan pekerja asing di ladang FGV yang menyumbang kepada pencabulan hak asasi manusia di peringkat 3 yang menjurus kepada keadaan kritikal. Oleh itu penulis WSJ berpandangan US tidak boleh membenarkan Malaysia menyertai dengan memeterai perjanjian TPPA.

Namun, pihak FGV telah menjawab tuduhan-tuduhan WSJ dengan jawapan lengkap tetapi hanya sebahagian kecil telah dipetik untuk artikel mereka. Pada masa yang sama, FGV menuntut butiran individu dan kes yang telah didakwa WSJ. Pihak FGV juga menganggap kes-kes yang timbulkan WSJ adalah insiden terpencil dan syarikat mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap apa-apa pun berkenaan penindasan pekerja samada pekerja tempatan mahupun pekerja asing.

WSJ juga telah mendakwa pelarian dari Bangladesh dan Rohingya yang bekerja di ladang-ladang telah dinafikan gaji mereka dan mengalami pelbagai bentuk penderaan. Pelarian ini juga telah mendapat kerja melalui kontraktor buruh pihak ketiga.

FGV dengan tegas menyatakan seandainya mana-mana kontraktor pekerja ladang melanggar peraturan yang telah ditetapkan syarikat, maka mereka akan berhadapan kehilangan kontrak mereka dan segala pampasan pekerja dipantau secara langsung oleh pihak pengurusan estet.

Pada tahun 2014, FGV telah mengurangkan kebergantungnya terhadap kontraktor buruh. Semua pekerja asing yang bekerja di ladang diberikan hak dan keistimewaan yang sama sebagai rakyat Malaysia, manakala dasar buruh adalah berasaskan undang-undang Malaysia

Kemudahan-kemudahan yang dinikmati pekerja ladang termasuk perumahan, perlindungan insurans dan rawatan perubatan. Mereka juga menjalani empat modul kesihatan dan latihan keselamatan sebelum dibenarkan ke ladang. Wakil-wakil pekerja juga hadir di dalam mesyuarat pengurusan bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan pekerja berlaku.

Oleh itu, seandainya niat WSJ untuk menghalang perjanjian TPPA dengan mengadakan cerita-cerita pekerja asing di ladang FGV, maka satu perkara yang mereka perlu faham iaitu, Perdana Menteri Najib Razak bersama-sama Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah pun menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menandatangani TPPA jika ia tidak memberi faedah kepada Malaysia.

No comments: