Friday, April 06, 2018

GUAN ENG PENGECUT DAN KIT SIANG TAKUT. KENAPA?


Selepas MCA hantar surat jemputan debat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, bukan saja mereka berdua anak-beranak gagal hadir tetapi pelbagai alasan diberi dengan hanya satu niat, mengelak dari bertemu secara terbuka dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong.

Isu yang telah ditetapkan oleh MCA menyentuh skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dan telah mendapat perhatian rakyat Malaysia amnya dan khususnya, rakyat Pulau Pinang perlu diberi penjelasan dan nampaknya ia sangat menggerunkan Guan Eng, bapanya dan juga DAP. Ini terbukti apabila mereka berdua gagal menghadirkan diri.

Isu yang ingin didebatkan bukan sesuatu yang remeh atau pun kecil malahan ia melibat berbilion duit rakyat Pulau Pinang dan juga masa depan mereka. Malahan DAP yang sering mendabik dada seolah-olah mereka sentiasa suci dan betul, kini tiba-tiba takut berhadapan menuntut keadilan.

Dalam pada itu, Guan Eng dan bapanya sering memberi pelbagai alasan mengelak dari bertembung secara terbuka dengan Datuk Wee yang mereka anggap tidak sesuai untuk berdebat tetapi hakikatnya mereka sengaja mewujudkan alasan kerana takut. Walaupun gagal memberanikan diri, Kit Siang terus beri alasan yang tidak munasabah termasuklah mencabar Datuk Wee bertanding di Bagan pula barulah mereka boleh berdebat.

Kemudian alasan Kit Siang berubah lagi, Datuk Wee kononnya tidak perlu berdebat hanya kerana Liew Chin Tong bakal menentangnya di Ayer Hitam. Lebih jelas ketakutan Guan Eng dan kali ini beri alasan menyamakan debat skandal terowong ini dengan debat kempen pilihanraya Presiden Amerika. Alasan yang sememangnya menyimpang jauh.

Datuk Wee dan rakyat Malaysia ingin mengingatkan Guan Eng dan Kit Siang yang cabaran debat ini adalah mengenai skandal projek RM20.5 bilion yang telah diluluskan exconya sendiri dan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang telah mempertahankan bermati-matian untuk sekian lama.

Apabila Kit Siang juga bermati-matian mempertahankan anaknya dengan pelbagai alasan tidak munasabah, teringat kita bila Guan Eng pernah beri alasan yang Datuk Wee hanyalah No. 2 dalam MCA dan secara langsung mengakui yang dia adalah No. 1 dalam DAP. Ini bermakna, Guan Eng telah meletakkan bapanya sebagai orang No. 2 saja di dalam DAP. Lantas, bagi Datuk Wee, kini beliau sememangnya layak untuk berdebat dengan Kit Siang.

Demi anaknya, beranikah Kit Siang berhadapan dengan Datuk Wee yang bukan saja seorang ahli politik tetapi seorang jurutera profesional yang jelas mampu menerangakan setiap inchi skandal projek mega terowong dasar laut? Sehubungan dengan itu, bukan Liew Chin Tong yang harus diletakkan mencabar Datuk Wee di Ayer Hitam pada PRU14 nanti, tetapi Kit Siang harus berani bertembung dengan Datuk Wee sepertimana kedudukannya telah diiktirafkan anaknya sendiri sebagai orang No. 2 dalam DAP.

Alasan demi alasan hanya untuk mengelak dari berdebat tidak akan mampu meleraikan pembabitan Guan Eng dalam skandal terbesar ini. Jelas sekali Guan Eng dan Kit Siang sangat takut berhadapan dengan Datuk Wee yang sememangnya tidak langsung gentar berhadapan dengan kedua-dua dinosur DAP ini.

 

Thursday, April 05, 2018

MALAYSIA ATAU MAHATHIR YANG KORUP?



Isu Malaysia Antara Negara Paling Korup seperti yg dinyatakan oleh pemimpin top dog PH dan disebarkan oleh media rasmi mereka. Dapatan kajian saya mengenai isu ini adalah merujuk kepada posting Transparency International (TI), Forbes, Expres.Co.Uk, dlln. Senarai di bawah adalah ranking dan skor yang diberi oleh TI. Dalam ( ) ialah ranking di dunia dari 180 negara dan dalam " " ialah skor yg diperolehi oleh setiap negara. Skor yg tinggi menggambarkan kurang korupsi dan begitu sebaliknya.

Pada tahun 2017 kedudukan index Malaysia ialah yang ke 62 dari 180 buah negara dgn skor 47

Dalam Asia Malaysia meduduki tempat ke 11 sebagai negara paling tidak korup.

Index 6 negara Muslim paling TIDAK korup pd tahun 2017
(21) UAE 75
(29) Qatar 63
(32) Brunei 62
(54) Mauritius 50
(57) Jordan 48
(62) Malaysia 47 ... Malaysia mengatasi Turki, Kuwait dan Indonesia
(81) Turki 40
(85) Kuwait 39
(96) Indonesia 37.... Dr. M dalam wawancara CNN Indonesia pd 10/3/16 dgn topik "Mahathir: Korupsi Malaysia Melebehi Indonesia" adalah jelas bahawa Dr. M membuat tuduhan tidak berdasarkan kepada fakta


Index korupsi 10 negara PALING korup di dunia pada tahun 2017:
(171) Equitorial Guinea 17
(171) Guinea Bissau 17
(171) North Korea 17
(171) Libya 17
(175) Sudan 16
(175) Yemen 16
(177) Afghanistan 15
(178) Syria 14
(179) South Sudan 12
(180) Somalia 9

Jelas bahawa tuduhan pemimpin PH yang Malaysia adalah antara negara paling korup di dunia adalah TIDAK BENAR seperti yang terbukti di atas.


Petikan media mesra PH yang menuduh Malaysia adalah negara paling korup boleh didapati seperti berikut di bawah:

19 April 2017 - Chedet.cc (blog rasmi Dr. M)
20 Disember 2017 (Keadilan Daily) - Tajuk: Malaysia Juara Rasuah Dunia
28 Mei 2015 (Sinar Harian) - Tajuk: Menteri Kena Tanggungawab Jawapan di Parlimen (komen Dr. M)
29 June 2017 (Malaysia Insight) - Tajuk: Pemimpin UMNO, BN tidak peduli Reputasi Malaysia Kata Dr. Mahathir
Amanah Daily.com - Tajuk: Tun Mahathir Kesal Pemimpin UMNO, BN tak peduli reputasi buruk negara angkara 1MDB (alamak lupa catat tarikh..he he)
24 Oktober 2013 (Roketkini.com) - Tajuk: SPRM gagal benteras rasuah, Malaysia Negara paling korup di dunia - Ko Chung Sen

Data yang saya analisis dari tahun 1993 hingga 2017 menunjukkan Skor index korupsi paling tinggi bagi Malaysia ialah *50 dan yang paling rendah ialah 43


Semuga maklumat di atas dapat membantu sahabat sekelian untuk berpolitik secara bersih. Aamiin

Wallahu 'alam.

Prof Yahya Md Som

BERITA PALSU - PAKATAN PEMBANGKANG AKAN LUMPUH PADA PRU14 TANPANYA


Menjelang pilihanraya, pakatan pembangkang bukan saja akan menggunakan berita-berita palsu dan isu-isu sensitiviti kaum tetapi ia akan diganda dan dirancakkan lagi seolah-olah tanpa kesemua itu, mereka pasti lumpuh. Namun, Barisan Nasional tidak sekali-kali akan menari mengikut rentak mereka untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakyat.

Ini telah ditegaskan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Justeru, BN telah mempersiapkan seramai lebih kurang 60,000 jentera penerangan di seluruh negara untuk memerangi berita-berita palsu dalam persiapan menghadapi PRU14 nanti. Tugas mereka fokus kepada penerangan secara bersemuka dengan pengundi dan juga sebaran maklumat di media sosial.

Lebih getir apabila taktik pembangkang sengaja melepaskan pelbagai bentuk berita palsu di saat-saat akhir pilihanraya dan jentera-jentera BN akan digerakkan untuk memberi penerangan kepada rakyat dengan kadar segera dengan maklumat yang sebenarnya.

BN telah mengenalpasti modus operandi pakatan pembangkang yang menggunakan media antarabangsa dan institusi luar untuk memanipulasi isu-isu seperti1MDB dan GST untuk mendapatkan perhatian pengundi dan rakyat. Mereka juga akan menabur umpan berbisa yang sengaja menyentuh sensitif perkauman dan target utama mereka adalah memecahkan undi Melayu yang sememangnya adalah idaman DAP.

DAP adalah dalang sebenar kepada perpecahan undi Melayu yang digerakkan melalui pemimpin-pemimpin Melayu seperti Dr Mahathir, Wan Azizah dan juga sebelum ini, Anwar Ibrahim. PAS satu ketika pernah dijadikan alat mereka dan dengan pembubaran Pakatan Rakyat, DAP telah dapat mengekalkan agenda 'Malaysian Malaysia'nya mengguna pisau belati yang baru.

Setelah menyedari Tsunami Cina telah berakhir, DAP cuba wujudkan Tsunami Melayu pula dengan mengguna Dr Mahahtir. Mereka juga menyedari yang DAP pasti gagal menawan Putrajaya sekali lagi jika hanya bergantung kepada pengundi Cina, maka mereka terpaksa akur kepada tipu daya seterusnya iaitu, meraih undi Melayu.

Segalanya tidak dapat dinafikan DAP lagi apabila 'Superman Hew' mereka telah membongkar rahsia ini di hadapan rakyat Sabah walaupun berceramah di dalam bahasa Mandarin. Beliau telah jelas menyebut nama Dr Mahathir adalah senjata baru DAP untuk mendapatkan undi Melayu dan sehingga hari ini, DAP tidak pernah menafikannya.

Bagi Tan Sri Annuar, memberi penerangan agenda ekonomi yang telah terbukti mendapat pengiktirafan badan-badan dunai, keharmonian antara kaum, pencapaian AkuJanji BN dan keikhlasan PM Najib serta Barisan Nasional memberi khidmat terbaik kepada rakyat adalah penerangan terbaik. Sepertimana yang terbuku dalam manifesto PRU14 dan pencapaian 99.4% AkuJanji PRU13, tiada yang lebih boleh diharapkan rakyat melainkan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional dan itu adalah pilihan terbaik untuk rakyat nanti.

#HebatkanNegaraku
 

Friday, March 30, 2018

SPAD PASTIKAN GABUNGAN GRABCAR DAN UBER TIDAK MENINDAS PENGGUNA


Sesuatu yang sangat membimbangkan pelanggan perkhidmatan GrabCar setelah syarikat ini mengumumkan mengambil alih Uber Technologies Inc’s dan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara adalah berkemungkinan menyebabkan kenaikan kadar tambang dan prestasi perkhidmatan yang bakal menurun. Apabila tiada persaingan dan monopoli berlaku, tidak mustahil kebimbangan ini akan berlaku.

Suruhanjaya Persaingan Singapura pada awalnya telah mendapati kesan dari penggabungan GrabCar dan Uber mampu mengakibatkan persaingan terjejas di mana GrabCar yang kini adalah syarikat terbesar memberi perkhidmatan alternatif teksi akan sewenang-wenangnya menentukan perubahan dan kenaikan tambang.

Namun, setelah diadakan mesyuarat segera di antara Datuk Seri Nancy Shukri dan GrabCar, syarikat tersebut telah memberi jaminan kepada SPAD dan juga Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), paling utama struktur tambang terkini tidak akan berubah dan terkesan walaupun GrabCar kini merupakan operator utama di dalam industri 'ride-hailing' ini.

Pada 26 Mac lalu, GrabCar telah mengesahkan mengambilalih semua operasi Uber di Asia Tenggara termasuk perkhidmatan penghantaran makanan, Uber Eats.

SPAD pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengawalselia sektor e-hailing dan mereka telah memberi jaminan untuk memantau perkhidmatan GrabCar dalam rangka perundangan dan polisi sedia ada, tahap keselamatan operasi yang baik serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.

Pihak SPAD juga tidak akan teragak-agak campurtangan sekiranya ada unsur-unsur nyata dalam perlaksanaan anti-persaingan dan pihak pengguna sistem e-hailing juga digalakkan membuat aduan kepada SPAD untuk disiasat dan diambil tindakan undang-undang terutamanya jika GrabCar sengaja mengenakan kenaikan tambang.

Inilah kelebihan yang ada di negara kita, walaupun pelbagai insentif dan peluang diberikan kerajaan untuk mewujudkan perkhidmatan baru seperti GrabCar, namun mereka terikat dengan undang-undang dan sentiasa dipantau SPAD serta agensi-agensi kerajaan lain. Rakyat juga perlu memainkan peranandan ruang untuk membuat aduan juga telah disediakan.
 

Thursday, March 29, 2018

ANNUAR MUSA : KONSEP “RAKYAT DIDAHULUKAN ”, PENTADBIRAN PM NAJIB JAUH LEBIH BERJAYA DARI MAHATHIR


Ternyata Dr Mahathir tidak puas mentadbir negara dan setelah 22 tahun diberi peluang, nampaknya PM Najib telah membuka matanya bahawa kons eppentadbirannya yang mendahulukan rakyat dan bukan kroni mahupun kepentingan kaum keluarga, adalah formula sebenar untuk Malaysia menuju ke sebuah negara maju dan mampu menjadi "Harimau Asia" sepertimana yang didakwa Dr Mahathir.

Kejayaan pentadbiran PM Najib Razak selama sembilan tahun sahaja telah dibuktikan di dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017. Tempoh pentadbiran ini yang ternyata lebih cepat dan cekap malahan berkesan berbanding 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir, tetapi negara masih di paras negara membangun walaupun mempunyai hasil sumber asli seperti minyaknya sendiri.

Walaupun parti pemerintah Barisan Nasional yang diterajui PM Najib tidak menguasai 2 negeri termaju dan terkaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor, beliau tetap berjaya membawa negara menuju targetnya sebagai negara maju berdasarkan kepada pendapatan per kapita tahun lalu sebanyak RM37,700, Pendapatan Negara Kasar pula pada tahun lalu sebanyak RM1.32 trilion yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan dari 2011 hingga 2018, sebanyak RM2.68 juta.

Dan di kala Dr Mahathir sentiasa menguasai 2/3 majoriti di parlimen selama 22 tahun, Malaysia hanya mampu digelar sebagai 'anak harimau' sahaja yang diletakkan sebaris Thailand, Vietnam dan Filipina.

Justeru, sebagai salah seorang pemimpin yang pernah bersama-sama pentadbiran Dr Mahathir, Tan Sri Annuar Musa melihat konsep 'mendahulukan rakyat' yang dibawa PM Najib tidak akan mampu dinafikan kejayaannya oleh Dr Mahathir di mana ramai mengetahui yang PM Najib adalah anak didiknya. Malahan, PM Najib seperti mewarisi kesabaran Pak Lah, karisma Anwar Ibrahim, ketegasan Hussein Onn dan kelicikan Dr Mahathir serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak.

Manakan tidak, walaupun sistem kouta telah dihapuskan dalam pemilihan UMNO, PM Najib telah mampu menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat dan mantap. Dalam pergolakan yang cuba ditimbulkan Dr Mahathir dan Muhyiddin, namun beliau telah mampu menghadapinya dengan penuh tabah dan semangat perjuangan yang jitu sehinggakan tidak ada satu pun bahagain UMNO yang dibubarkan termasuk Pagoh sendiri.

Bagi Tan Sri Annuar, yang lebih menonjol adalah kecekapan PM Najib menangani perpaduan nasional sehingga lebih utuh, hubungan di antara pentadbir negara dan negeri dengan istana menjadi lebih baik, rating ekonomi yang mendapat pujian dan pengiktirafan badan-badan dunia, hubungan diplomatik dengan pemimpin dunia menjadi lebih bagus sehinggakan KDNK dan rizab negara jauh melonjak lebih tinggi.

Kesemua yang disebutkan Tan Sri Annuar, hakikatnya telah gagal dilakukan Dr Mahathir selama beliau adalah Perdana Menteri.

Berteraskan konsep 'Rakyat didahulukan', PM Najib juga kini telah membina sesuatu yang lebih baik dari Dr Mahathir di mana Menara TRX akan memintas ketinggian Menara Berkembar Petronas, lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang lebih panjang, terlaksananya MRT dan ECRL yang menghubungi pantai barat dan timur dengan rel yang jauh lebih moden dan bertaraf dunia. Kesemua itu juga gagal dinaiktaraf oleh Dr Mahathir.

Benarlah seperti kata pepatah Inggeris - 'Reality bites' apabila 'bitter truth' terpaksa diakui. Begitu juga dengan Dr Mahathir, kebenaran yang sukar dinafikan beliau yang PM Najib dan pentadbirannya adalah jauh lebih baik daripadanya. Yang pahit bagi Dr Mahathir inilah dilakukan PM Najib hanya kerana 'Rakyat Didahulukan'.