Saturday, May 05, 2018

OPERASI KHAS PARASIT BARJAYA JERAT 'ULAT'

'Ulat' di tahan di KLIA

Selagi aktiviti 'ulat' masih berleluasa dan aktif melakukan kegaiatan haram mereka, selagi itu mereka tidak akan dapat lari dari pemantauan pihak berkuasa SPAD dan yang pasti kegiatan haram mereka ini pasti akan dapat dikesan.

Beberapa hari lalu, empat individu ditahan pihak penguatkuasa SPAD di Terminal KLIA dan KLIA 2 kerana menjalankan aktiviti prebet sapu pada waktu pagi.

Di dalam Operasi Khas Parasit yang disertai seorang pegawai dan anggota penguatkuasa SPAD seramai 25 orang telah menjalankan penyamaran bermula 8 pagi sehingga kira-kira 5 pagi keesokan harinya. Operasi ini dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Empat lelaki yang telah ditahan didapati sedang memujuk pelanggan di terminal berkenaan dan tiga daripadanya adalah pemandu yang menggunakan aplikasi e-hailing yang berdaftar. Akhirnya tiga kenderaan persendirian telah disita.

Setiap pemantauan juga dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di samping operasi secara penyamaran.

Semua suspek ini memujuk untuk memberi tawaran khidmat kepada warga asing dan juga tempatan di mana perjalanan yang ditawarkan adalah ke Puchong, Balakong, Seri Kembangan dan Kuala Lumpur dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM70 ke RM100.

Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Menariknya, taktik menggunakan aplikasi e-hailling sengaja digunakan sedangkan mereka memujuk penumpang terlebih dahulu tanpa mengguna aplikasi berkenaan terlebih dahulu. Mereka beri alasan pelanggan yang membuat permintaan untuk mengambil mereka di lokasi tetapi hakikatnya, mereka sedang memujuk pelanggan dan menawarkan harga tinggi.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya aktiviti ulat ini jatuh juga ke tangan penguatkuasa SPAD. Orang ramai juga telah memainkan peranan untuk bekerjasama dan aduan mereka pasti diambil serius oleh pihak penguatkuasa SPAD.
 

No comments: