Thursday, May 03, 2018

#PRU14 : ANNUAR MUSA - JANGAN BIARKAN EMOSI DAN BERITA PALSU SEBAGAI PILIHAN


Kritikan dan serangan media asing terhadap negara bukan perkara baru malahan negara hampir gagal menikmati kemerdekaan kerana pelbagai berita palsu sengaja diada-adakan mereka. Ada yang memandang rendah kebolehan rakyat Tanah Melayu mentadbir negara memandangkan negara ketika itu sangat mundur dan hanya beberapa kerat saja rakyat yang mempunyai pendidikan tinggi.

Setelah merdeka berjaya dicapai, timbul pula cerita bangsa minoriti  dipinggirkan dan hidup sengsara sehingga tercetusnya pemberontakan kaum besar-besaran di antara bangsa Melayu dan Cina dalam tragedi berdarah 13 Mei. Media asing bukan saja mengada-adakan cerita malahan mereka berperanan menjadi batu-api.

Di zaman Mahathir juga tidak terlepas dari serangan media antarabangsa dan kini disambung hingga ke zaman PM Najib. Pendek kata, negara kita akan sentiasa diserang dengan pelbagai berita-berita palsu antarabangsa kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang mempunyai rakyat dari pelbagaikaum, fahaman agama dan budaya.

Oleh itu, tepat sekali peringatan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa agar kita jangan mudah diperdaya dan mempercayai laporan tidak benar media-media asing yang sengaja mengada-adakan cerita palsu. Segala permainan media asing, ada sokongan pembangkang dibelakangnya. Lihat saja Sarawak Report yang jelas bersekongkol dengan Dr Mahathir dan DAP membawa cerita rekaan 1MDB dan jangan lupa bagaimana pemberi maklumat Xavier Justo mengaku mendapat tawaran berjuta ringgit dari taikun yang menyokong DAP.

Menjelang pilihanraya tidak berapa lama lagi, pelbagai laporan pelik akan timbul dari media asing. Jangan terperanjat apabila ada yang akan melaporkan pakatan pembangkang Mahathir telah menang. Tetapi jika Barisan Nasional yang menang, media asing akan mereka pelbagai cerita pelik seolah-olah Barisan Nasional telah menipu dalam pengiraan undi dan menggunakan taktik-taktik kotor.

Negara kita acuan kita dan bukan diatur oleh pengaruh media asing. Di dalam membuat penilaian berita-berita asing ini, kita tau agenda mereka yang sengaja menetang segala kemajuan di negara ini. Tan Sri Annuar mengingatkan buatlah perbandingan dengan segala bentuk pencapaian yang Barisan Nasional telah laksanakan. Ketika membuat pilihan di kertas undi nanti... JANGAN BIARKAN EMOSI DAN BERITA PALSU MENGUASAI DIRI DAN DIJADIKAN SEBAGAI PILIHAN.

No comments: