Friday, April 06, 2018

GUAN ENG PENGECUT DAN KIT SIANG TAKUT. KENAPA?


Selepas MCA hantar surat jemputan debat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, bukan saja mereka berdua anak-beranak gagal hadir tetapi pelbagai alasan diberi dengan hanya satu niat, mengelak dari bertemu secara terbuka dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong.

Isu yang telah ditetapkan oleh MCA menyentuh skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dan telah mendapat perhatian rakyat Malaysia amnya dan khususnya, rakyat Pulau Pinang perlu diberi penjelasan dan nampaknya ia sangat menggerunkan Guan Eng, bapanya dan juga DAP. Ini terbukti apabila mereka berdua gagal menghadirkan diri.

Isu yang ingin didebatkan bukan sesuatu yang remeh atau pun kecil malahan ia melibat berbilion duit rakyat Pulau Pinang dan juga masa depan mereka. Malahan DAP yang sering mendabik dada seolah-olah mereka sentiasa suci dan betul, kini tiba-tiba takut berhadapan menuntut keadilan.

Dalam pada itu, Guan Eng dan bapanya sering memberi pelbagai alasan mengelak dari bertembung secara terbuka dengan Datuk Wee yang mereka anggap tidak sesuai untuk berdebat tetapi hakikatnya mereka sengaja mewujudkan alasan kerana takut. Walaupun gagal memberanikan diri, Kit Siang terus beri alasan yang tidak munasabah termasuklah mencabar Datuk Wee bertanding di Bagan pula barulah mereka boleh berdebat.

Kemudian alasan Kit Siang berubah lagi, Datuk Wee kononnya tidak perlu berdebat hanya kerana Liew Chin Tong bakal menentangnya di Ayer Hitam. Lebih jelas ketakutan Guan Eng dan kali ini beri alasan menyamakan debat skandal terowong ini dengan debat kempen pilihanraya Presiden Amerika. Alasan yang sememangnya menyimpang jauh.

Datuk Wee dan rakyat Malaysia ingin mengingatkan Guan Eng dan Kit Siang yang cabaran debat ini adalah mengenai skandal projek RM20.5 bilion yang telah diluluskan exconya sendiri dan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang telah mempertahankan bermati-matian untuk sekian lama.

Apabila Kit Siang juga bermati-matian mempertahankan anaknya dengan pelbagai alasan tidak munasabah, teringat kita bila Guan Eng pernah beri alasan yang Datuk Wee hanyalah No. 2 dalam MCA dan secara langsung mengakui yang dia adalah No. 1 dalam DAP. Ini bermakna, Guan Eng telah meletakkan bapanya sebagai orang No. 2 saja di dalam DAP. Lantas, bagi Datuk Wee, kini beliau sememangnya layak untuk berdebat dengan Kit Siang.

Demi anaknya, beranikah Kit Siang berhadapan dengan Datuk Wee yang bukan saja seorang ahli politik tetapi seorang jurutera profesional yang jelas mampu menerangakan setiap inchi skandal projek mega terowong dasar laut? Sehubungan dengan itu, bukan Liew Chin Tong yang harus diletakkan mencabar Datuk Wee di Ayer Hitam pada PRU14 nanti, tetapi Kit Siang harus berani bertembung dengan Datuk Wee sepertimana kedudukannya telah diiktirafkan anaknya sendiri sebagai orang No. 2 dalam DAP.

Alasan demi alasan hanya untuk mengelak dari berdebat tidak akan mampu meleraikan pembabitan Guan Eng dalam skandal terbesar ini. Jelas sekali Guan Eng dan Kit Siang sangat takut berhadapan dengan Datuk Wee yang sememangnya tidak langsung gentar berhadapan dengan kedua-dua dinosur DAP ini.

 

No comments: