Selepas lihat klip video di atas, apakah masih ingin percaya yang kononnya ramai pemandu teksi keluar ketika PM Najib sedang berucap? Apakah benar dakwaan lebih dari 10,000 pemandu mengejek PM Najib dengan laungan 'booo' sepertimana yang dilaporkan Malaysiakini? Apakah lautan pemandu teksi yang sedang asyik mendengar ucapan PM Najib itu sebenarnya satu photoshop saja?
Kemudian lihat pula klip video di bawah...
Memang benar, keadaan huru-hara berlaku ketika pemandu-pemandu teksi hendak mendapatkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia masing-masing. Sedangkan, pihak SPAD telah mengumumkan kaunter Kad Bantuan Teksi ini hanya akan dibuka pada pukul lima. Oleh kerana tidak ingin berbaris lama, ada di antara pemandu teksi yang sengaja merempuh kawasan yang disediakan penghadang sedangkan pihak SPAD telah membuka sebanyak 60 kaunter pada ketika itu.
Di sini, apakah pihak SPAD perlu dipersalahkan?
Selama ini, pembangkang sentiasa menghasut pemandu-pemandu teksi untuk menentang GrabCar dan Uber yang dilihat sebagai menutup mata pencarian mereka. Namun, di dalam ucapan PM Najib, jelas yang kerajaan BN berlaku adil kepada pemandu teksi apabila semua pemandu kereta sewa yang mengguna sistem e-hailing tidak akan terlepas dari syarat-syarat ketat sepertimana yang dikenakan ke atas pemandu teksi. Ini termasuklah mendapatkan lesen PSV, pemeriksaan PUSPAKOM dan paling utama, mereka tidak akan terlepas dari pemantauan SPAD.
Maka bersorak gembiralah pemandu-pemandu teksi yang hadir kerana kerajaan BN berlaku adil kepada mereka. Oleh kerana tergamam dengan sokongan besar-besaran yang diberikan kepada ucapan PM Najib, Malaysiakini terpaksa memutarbelitkan laporan mereka kononnya hadirin pemandu teksi menjerit kerana tidak puas hati.

Berikut adalah Kenyataan Media dari pihak SPAD menyentuh pemberian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia;
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA
15 April 2018
Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.
Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di jadual di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.
Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara.
SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya “para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya.” Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.
Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.
SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan pemandu dan seluruh pemandu teksi yang telah meluangkan masa untuk hadir pada majlis berkenaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari di sini.
LAMPIRAN
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)
Pejabat SPAD Kelana Jaya (pada 16-18 April sila hadir di Stadium MBPJ Kelana Jaya bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang)
Pejabat SPAD Pulau Pinang
Pejabat SPAD Kuala Terengganu
Pejabat SPAD Johor Bahru
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)
Cawangan SPAD UTC Kuantan
Cawangan SPAD Melaka
Cawangan SPAD UTC Ipoh
Cawangan SPAD UTC Alor Setar
Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
Cawangan SPAD Langkawi
No comments:
Post a Comment