Wednesday, April 18, 2018

PENGUNDI DI P148 AYER HITAM INGIN DATUK WEE KEKAL MENANG



Jika diamati klip video di atas, jelas menunjukkan Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Wee Ka Siong tidak langsung kekok meredah setiap pelusuk kawasan di Ayer Hitam terutamanya apabila mendampingi masyarakat yang susah dan memerlukan bantuan. Malahan semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan fahaman politik, pasti mengetahui siapa Ahli Parlimen mereka yang telah berkhidmat selama 3 penggal ini.

Justeru, program "Ziarah Kasih" yang dianjurkan Datuk Wee bukan sesuatu yang baru malahan tidak diadakan hanya menjelang pilihanraya. Malahan program ini adalah acara bantuan rakyat yang telah berterusan sejak pertama kali beliau menang dalam PRU11 lagi. Malahan, jika dilihat lanskap kawasan parlimen ini, ia telah berubah jauh bezanya sehingga menjadi sebuah kawasan parlimen yang moden dan dipenuhi dengan aktiviti pembangunan dan perniagaan.




Datuk Wee yang mewakili MCA untuk kali ke4 akan bertanding di bawah lambang Barisan Nasional, bukan saja mendapat kepercayaan dari partinya sendiri, malahan beliau telah mendapat perhatian PM Najib sehingga diberi tanggungjawab sebagai Menteri khusus memberi perhatian kepada pembangunan masyarakat Cina di seluruh negara. Lantas, agak tidak keterlaluan apabila beliau kini digelar sebagai 'Juara masyarakat Cina' sepertimana yang telah dilaporkan seperti berikut... DI SINI

"Some of them have asked why they should kill off Dr Wee who has championed Chinese education and spoken up on Chinese issues. They see him as a capable leader."
Namun, parlimen Ayer Hitam yang terdiri daripada 56.39% pengundi Melayu dan diwakili Ahli Parlimen dari MCA, masyarakat Melayu tidak pernah dipinggirkan malahan ia terbukti apabila UMNO Ayer Hitam sentiasa memberi sokongan padu kepada Datuk Wee Ka Siong. Peningkatan sokongan pengundi Melayu di DUN Semarang pada PRU13 lalu dari majoriti 7,314 (PRU12) ke 8,075 (PRU13), menunjukkan masyarakat Melayu sangat menyenangi kepimpinan Datuk Wee.

Apabila Datuk Wee sendiri meraikan perwakilan UMNO Ayer Hitam ketika Perhimpunan Agong UMNO, jelas, beliau sangat menghargai sokongan yang telah diberi pengundi Melayu sejak 3 pilihanraya yang lalu. Malahan Ketua Bahagian UMNO Ayer Hitam Datuk Samsol Bari Jamali yang juga penyandang DUN N20 Semarang, telah meletakkan keyakinannya kepada Datuk Wee terus berhadapan dengan sesiapa saja yang dicalonkan pakatan pembangkang.

Parlimen Ayer Hitam kini adalah salah satu kerusi panas yang sedang diintai DAP dan baru-baru ini, Guan Eng telah mengesahkan Datuk Wee akan berhadapan dengan calon superstar Johor mereka, Liew Chin Tong, tetapi hakikatnya adalah calon payun terjun DAP. Namun, ini jawapan balas Datuk Wee ketika ditanya mengenai strategi Kit Siang menghentikan serangan Datuk Wee ke atas skandal terowong Pulau Pinang yang dikaitkan dengan anaknya Lim Guan Eng;

"Saya tak lari ke mana-mana. Saya anak jantan. Hanya di sini Ayer Hitam. Kata pepatah Melayu 'di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Kali pertama saya menang saya di sini, saya akan terus berkhidmat di sini".

Oleh kerana masyarakat Melayu sangat mengetahui akan perkhidmatan cemerlang Datuk Wee sejak pertama kali diberi kemenangan pada PRU11, mereka pasti ingin melihat kemenangan ini kekal kepadanya. Tidak lain dan tidak bukan kerana matlamat utama Datuk Wee adalah untuk berkhidmat kepada rakyat Ayer Hitam sepertimana dakwanya;

"Saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat. Kalau kita suka berhijrah, macam mana nak berkhidmat kepada rakyat?"


 
Amat jelas, DAP memindahkan Liew Chin Tong dari Parlimen Kluang bertanding di Ayer Hitam bukan untuk berkhidmat tetapi semata-mata memenuhi dendam dan amarah Kit Siang dan Guan Eng kepada Datuk Wee. Walaupun Liew Chin Tong dianggap 'giant slayer', namun masyarakat Kluang telah mula mempersoal sumbangannya di sana yang ketara gagal.

Walaupun berkemungkinan DUN Yong Peng yang majoritinya adalah masyarakat Cina, pada PRU lepas, majoriti yang diperolehi tidaklah begitu ketara dan kekal mendapat saingan hebat kepada calon BN. Apakah masyarakat Cina di Yong Peng tidak akan membuat perbandingan dengan nasib penduduk di Kluang yang telah dipinggir Chin Tong?

Keikhlasan Datuk Wee bertanding di Ayer Hitam bukan sekadar memenuhi proses demokrasi dalam pilihanraya tetapi khidmat dengan rekod cemerlang kepada masyarakat Ayer Hitam menyebabkan khidmatnya diperlukan berterusan dan kemenangan besar perlu diberikan kepada Datuk Wee pada PRU14 nanti. 



No comments: