Thursday, March 29, 2018

ANNUAR MUSA : KONSEP “RAKYAT DIDAHULUKAN ”, PENTADBIRAN PM NAJIB JAUH LEBIH BERJAYA DARI MAHATHIR


Ternyata Dr Mahathir tidak puas mentadbir negara dan setelah 22 tahun diberi peluang, nampaknya PM Najib telah membuka matanya bahawa kons eppentadbirannya yang mendahulukan rakyat dan bukan kroni mahupun kepentingan kaum keluarga, adalah formula sebenar untuk Malaysia menuju ke sebuah negara maju dan mampu menjadi "Harimau Asia" sepertimana yang didakwa Dr Mahathir.

Kejayaan pentadbiran PM Najib Razak selama sembilan tahun sahaja telah dibuktikan di dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017. Tempoh pentadbiran ini yang ternyata lebih cepat dan cekap malahan berkesan berbanding 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir, tetapi negara masih di paras negara membangun walaupun mempunyai hasil sumber asli seperti minyaknya sendiri.

Walaupun parti pemerintah Barisan Nasional yang diterajui PM Najib tidak menguasai 2 negeri termaju dan terkaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor, beliau tetap berjaya membawa negara menuju targetnya sebagai negara maju berdasarkan kepada pendapatan per kapita tahun lalu sebanyak RM37,700, Pendapatan Negara Kasar pula pada tahun lalu sebanyak RM1.32 trilion yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan dari 2011 hingga 2018, sebanyak RM2.68 juta.

Dan di kala Dr Mahathir sentiasa menguasai 2/3 majoriti di parlimen selama 22 tahun, Malaysia hanya mampu digelar sebagai 'anak harimau' sahaja yang diletakkan sebaris Thailand, Vietnam dan Filipina.

Justeru, sebagai salah seorang pemimpin yang pernah bersama-sama pentadbiran Dr Mahathir, Tan Sri Annuar Musa melihat konsep 'mendahulukan rakyat' yang dibawa PM Najib tidak akan mampu dinafikan kejayaannya oleh Dr Mahathir di mana ramai mengetahui yang PM Najib adalah anak didiknya. Malahan, PM Najib seperti mewarisi kesabaran Pak Lah, karisma Anwar Ibrahim, ketegasan Hussein Onn dan kelicikan Dr Mahathir serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak.

Manakan tidak, walaupun sistem kouta telah dihapuskan dalam pemilihan UMNO, PM Najib telah mampu menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat dan mantap. Dalam pergolakan yang cuba ditimbulkan Dr Mahathir dan Muhyiddin, namun beliau telah mampu menghadapinya dengan penuh tabah dan semangat perjuangan yang jitu sehinggakan tidak ada satu pun bahagain UMNO yang dibubarkan termasuk Pagoh sendiri.

Bagi Tan Sri Annuar, yang lebih menonjol adalah kecekapan PM Najib menangani perpaduan nasional sehingga lebih utuh, hubungan di antara pentadbir negara dan negeri dengan istana menjadi lebih baik, rating ekonomi yang mendapat pujian dan pengiktirafan badan-badan dunia, hubungan diplomatik dengan pemimpin dunia menjadi lebih bagus sehinggakan KDNK dan rizab negara jauh melonjak lebih tinggi.

Kesemua yang disebutkan Tan Sri Annuar, hakikatnya telah gagal dilakukan Dr Mahathir selama beliau adalah Perdana Menteri.

Berteraskan konsep 'Rakyat didahulukan', PM Najib juga kini telah membina sesuatu yang lebih baik dari Dr Mahathir di mana Menara TRX akan memintas ketinggian Menara Berkembar Petronas, lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang lebih panjang, terlaksananya MRT dan ECRL yang menghubungi pantai barat dan timur dengan rel yang jauh lebih moden dan bertaraf dunia. Kesemua itu juga gagal dinaiktaraf oleh Dr Mahathir.

Benarlah seperti kata pepatah Inggeris - 'Reality bites' apabila 'bitter truth' terpaksa diakui. Begitu juga dengan Dr Mahathir, kebenaran yang sukar dinafikan beliau yang PM Najib dan pentadbirannya adalah jauh lebih baik daripadanya. Yang pahit bagi Dr Mahathir inilah dilakukan PM Najib hanya kerana 'Rakyat Didahulukan'.
 

No comments: