Showing posts with label Rapid KL. Show all posts
Showing posts with label Rapid KL. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

#SPAD JALAN SIASATAN SEGERA INSIDEN BAS RAPID KL TERBAKAR


Orang kata, kemalangan tidak berbau namun siasatan perlu dijalankan mencari puncanya.

Kejadian kebakaran bas Rapid KL di Jalan Wangsa Delima, Seksyen 5 Wangsa Maju adalah di antara insiden yang tidak sekali dijangka-jangka. Ia berlaku kira-kira 4 petang berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju, semasa di dalam perjalanan ke Stesen LRT Sri Rampai melalui laluan T521 LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju.

Pihak SPAD telah mengeluarkan arahan siasatan ke atas kenderaan yang terlibat yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd samada mereka mematuhi Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP).



Walaubagaimanapun, tindakan segera pemandu bas mengarahkan kesemua 6 penumpang agar turun segera dan menyelamatkan diri telah mendapat pujian SPAD. Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, kebakaran dipercayai berpunca dari kerosakan enjin bas.

Tindakan pihak Bomba juga perlu mendapat pujian apabila api yang semarak berjaya dipadam sepenuhnya pada 4.26 petang dengan bantuan 3 jentera dan 20 anggota dari BBP Wangsa Maju, Keramat dan Setapak.

Kebakaran yang tidak diduga ini telah menyebabkan enam kereta yang berada berhampiran telah mengalamai kerosakan.

Diharap tiada sebaran spekulasi terhadap insiden kemalangan ini dan pada masa yang sama pihak SPAD telah pun mengeluarkan arahan pantas mereka kepada Prasarana untuk menyerahkan laporan terperinci seperti berikut;

 

Sunday, January 19, 2014

PENGUMUMAN @SPADChannel : PERUBAHAN LOKASI PERHENTIAN DAN LALUAN BAS RAPID KL

Perubahan sementara terhadap perhentian terakhir dan laluan bas Rapid KL yang melalui Jalan Pahang dan Jalan Ipoh mulai esok.

Mulai Sabtu ini, empat lokasi akhir bagi perkhidmatan bas henti-henti diubah buat sementara waktu ke Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah.

Perubahan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menjaga keselamatan penumpang di sekitar kawasan pembinaan "Heritage Trail".

Antara laluan yang terlibat adalah Medan Pasar-Desa Aman (U4), Bangkok Bank-Segambut/Mont Kiara (U7), Medan Pasar-Taman Sri Sinar (U11), Medan Pasar-Taman Ehsan (U13), Bangkok Bank-Sri Segambut (U14), Medan Pasar-Taman Intan Baiduri (U209) and Medan Pasar-Jinjang Utara (U222)...
[rujuk jadual di bawah]


Hentian Akhir Bandar bagi laluan ini telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas di laluan ini hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan tidak boleh berhenti di City Stop Akhir (HSBC, Lebuh Ampang).

Antara laluan jarak jauh yang terlibat ialah Lebuh Pudu-Pinggiran Batu Caves (U1), Lebuh Pudu-Greenwood (U2), Lebuh Pudu-Pinggiran Batu Caves (U2A), Medan Pasar-Bandar Baru Selayang (U3), Medan Pasar-Taman Perkhidmatan penterjemahan Utama (U6), Medan Pasar-Damansara Damai (U8), Lebuh Pudu-Pinggiran Batu Caves (U10) dan Lebuh Pudu-UIA Gombak (U12)... [rujuk jadual di bawah]


 
Hentian bandar akhir bagi laluan ini telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas-bas akan melalui Jalan Munsi Abdullah dan Dang Wangi sebelum meneruskan ke Jalan Raja Laut seperti biasa.