Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts

Wednesday, June 04, 2014

MENGAPA TAKUT SALAHKAN PILIHAN KIT SIANG?


Semenjak 2008, di setiap PRK yang akan melibatkan DAP dan BN, pasti DAP dapat mengalahkan BN. Malahan di PRU 13, DAP dengan angkuhnya telah menawan Gelang Patah dengan majoriti yang lebih besar. Faktor kemenangan utama adalah Lim Kit Siang.

Kali ini, calon pilihan di PRK Teluk Intan merupakan pilihan Kit Siang walaupun beliau seorang Melayu dari keluarga UMNO. Sekali lagi, faktor Kit Siang menjadi pertaruhan pertandingan ini.

Pada awalnya, rata-rata melihat inilah cara Kit Siang ingin mengaibkan BN terutamanya UMNO. Maka pertandingan kali ini sebenarnya adalah pertandingan di antara DAP dan UMNO dan bukan BN walaupun calon yang diletak adalah dari parti GERAKAN.

Akhirnya keputusan PRK Teluk Intan berpihak kepada BN walaupun dengan majoriti kecil, yang penting BN dapat mengalahkan DAP dan yang lebih penting ialah dapat mengalahkan si bongkak LIM KIT SIANG.

SALAHKAN HUDUD PAS

Post mortem pun dilakukan DAP dan beberapa faktor utama dipersalahkan seperti berikut;


Guan Eng salahkan Dyana sebagai seorang Melayu dan dari latarbelakang UMNO. Tetapi apakah Guan Eng lupa DAP adalah parti politik bangsa Cina dari awal pertubuhannya sungguhpun hanya segelintir kecil dari bangsa lain juga adalah ahlinya. Yang membuat keputusan muktamad di dalam DAP adalah bangsa Cina, dan bangsa lain hanya layak sekadar memenuhi kouta barisan kepimpinan parti. Apa perlu diletak calon Melayu jika bukan kehendak Kit Siang?

Kita boleh berterusan menceritakan sandiwara DAP untuk dilihat sebagai parti politik pelbagai kaum tetapi keputusan pemilihan CEC jelas menunjukkan cadangan Guan Eng dan Kit Siang untuk sama rata di dalam DAP gagal di peringkat akar umbi dan ditolak mentah.

Dikatakan kepimpinan DAP Perak meletak kekalahan DAP kepada calon pilihan Kit Siang. Dyana ialah Setiausaha Politik Kit Siang di Gelang Patah. Ini telah timbulkan rasa tidak senang di kalangan DAP Perak dan mesej telah disampaikan bahawa Kit Siang tidak menghormati dan terus ketepikan suara mereka. Ketika berkempen pun, kebanyakan yang membantu adalah dari jentera luar Perak.

Isu yang dibawa DAP pula tidak mementingkan kehendak pengundi tempatan melainkan isu nasional. Ditambah pula, ahli-ahli DAP beranggapan Dyana ingin membuka peluang dan meramaikan Melayu di dalam DAP yang pasti tidak disenangi ahli-ahlinya. Sekali lagi akar umbi memberi mesej tidak akan ada tempat untuk Melayu di dalam DAP.

Setelah Melayu dan UMNO dijadikan faktor utama kekalahan DAP, kini Gobind anak mendiang Karpal Singh menuding jarinya kepada Hudud PAS. Ini nyata di dalam kenyataanya;
The Rocket -
I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan.

Gobind dilihat sebagai penyambung perjuangan Karpal Singh untuk menentang hudud mewakili DAP. Ini sesuatu yang perlu kita faham. Pemimpin-pemimpin majoriti Cina tidak boleh dilihat menentang hudud kerana majoriti Cina akan dilihat menentang majoriti Melayu di dalam PAS. Gobindlah sandaran mereka sekarang.

Tanpa berselindung, Gobind dibenarkan menyerang PAS dengan isu hudud walaupun kita mengetahui hukum hudud adalah salah satu matlamat utama perjuangan PAS. Mungkin ada di antara pemimpin PAS yang dilihat liberal tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud namun perlu kita ketahui, ia adalah kata putus dari ulama-ulama PAS.

Pasti penyokong-penyokong DAP juga tidak akan lupa dengan perjuangan PAS dengan isu penggunaan kalimah Allah di dalam gereja dan kitab Bible Bahasa Melayu mereka. Apakah Kit Siang boleh menganggap pengundi-pengundi PAS membenarkan DAP menang dengan melupakan isu ini?

Dyana pula dengan tegas menyatakan akan memberi sokongan di dalam Dewan Rakyat menentang pembentangan rang undang-undang hudud. Sekali lagi DAP terperangkap dengan sokongan pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan.

Salahkan Melayu... Salahkan Hudud...

Tetapi mereka lupa bertanya, siapa yang muktamadkan pilihan calon jika bukan dari kehendak Kit Siang? 

Di dalam kekalahan PRK Teluk Intan, DAP dan Pakatan Rakyat perlu letak sepenuh kesalahan kepada LIM KIT SIANG. Mengapa perlu takut?

Seandainya tidak bersetuju, bolehlah dibaca artikel ini dari mula sekali lagi... dan jangan lupa juga rintihan rakyat Gelang Patah!


Tuesday, June 03, 2014

PRK TELUK INTAN : FAKTOR MENANG DAN KALAH




Calon BN Datuk Mah Siew Keong kalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan undi majoriti 238. BN memperolehi 20,157 undi berbanding 19,919 diperolehi Dyana. Peratus keluar mengundi hanya 66.5% atau 39,850.

Faktor kekalahan DAP dan kemenangan BN yang dikumpulkan dari laporan penganalisa politik dan juga kenyataan sosial media. Di antara yang menarik adalah;


  • PENGUNDI CINA DAPigs TAK MAHU CALON DAPigs SEBAB CALON TU BANGSA MELAYU.... Faktor bangsa dan ugama, ini adalah yang utama.
  • Pengundi Melayu dan India pula dah solid balik ke BN, dan mengundi BN tanpa memikirkan etnik dan bangsa calon BN.
  • Orang Melayu/Islam tidak sesuai berjuang di dalam DAP sehinggalah Islam itu dicabut daripada jiwa orang Melayu...
  • Kesimpulan Alang Pelikat: DAPigs adalah parti Cina, untuk Cina, oleh Cina, selama2nya Cina.
  • Orang Melayu dan penyokong serta ahli UMNO tak racist, sebab tu Mah Siew Kong boleh menang atas undi Melayu.
  • Orang Melayu boleh undi calon Cina, tapi orang Cina tak boleh undi calon Melayu sebab Cina adalah racist setelah dididik DAPigs menjadi racist..
  • Hampir 2800 org penyokong serta ahli toghut Pas dlm kawasan Teluk Intan tak keluar mengundi ...
  • First of all who pick Dyana Sofya as a candidate for PRK Teluk Intan?
  • INILAH DAP PARTI RASIS, BILA KALAH, DISALAHKAN DYANA SOFYA KERANA DYANA SOFYA SEORANG MELAYU..!!

  1. Pengundi Cina marah kerana Anwar kata depa bodoh undi BN. 
  2. Penyokong PAS tak keluar mengundi, boikot kerana calon PAS (DAP) tak sokong Hudud. GuanEng patut marah Bang Mad dia tak buat kerja. 
  3. Penyokong DAP konfiden boleh menang, ramai tak keluar mengundi. 
  4. Penyokong DAP Telok Intan protes DAP letak calon Melayu yang baru aktif dalam parti. 
  5. Hubungan baik calon DAP dengan Perkasa dan UMNO; terutamanya Ibrahim Ali. 
  6. Orang Melayu masih tidak boleh terima agenda Malaysian Malaysia DAP.
  • Kemerosotan peratus keluar mengundi dan jumlah undi rosak yang tinggi adalah protes terhadap calon Melayu DAP. Hampir 8,000 daripada 60,000 pengundi dilaporkan tidak keluar mengundi.


AGENDA PARTI

 
  • BN memilih Mah sebab kongsi kuasa BN, DAP memilih dyana sebab permainan politik,Rakyat lihat jelas agenda ini.
  • Strategi DAP meletakkan calon Melayu pada PRK Parlimen Teluk Intan yang berlangsung kelmarin, memakan diri.
  • Pucuk kepimpinan DAP tidak menghiraukan pandangan penduduk di Teluk Intan yang mahukan calon daripada kalangan ahli politik tempatan.
  • Balasan kepada keangkuhan DAP yang yakin bahawa pengundi Cina akan tetap mengundi mereka walaupun meletakkan calon Melayu. 
  • Hasrat DAP yang mahu mengetengahkan konsep parti yang berbilang kaum, gagal diyakini dan diterima oleh penyokong mereka.
  • Sikap pucuk pimpinan DAP yang dianggap tidak mempercayai kebolehan pemimpin tempatan.

KEMENANGAN BN


  • Kemenangan BN membuktikan pengundi yang mengenali (calon BN) Datuk Mah Siew Keong sudah mula mengundinya kembali seperti yang berlaku pada PRU10 dan PRU11 yang lalu.
  • Pengalaman calon dan manifestonya yang lebih bersifat setempat seperti menyediakan universiti di kawasan itu, berbanding manifesto DAP bersifat nasional.
  • Personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong yang tidak mudah mengaku kalah, bijak dan berpengalaman.
  • Sokongan daripada pengundi tempatan berbanding DAP yang dilihat bergantung kepada pengundi luar. Pada PRU-13 lepas, Mah mendapat undian 20,086 manakala pada PRK Teluk Intan mendapat undian sebanyak 20,157.
  • Keyakinan pengundi terhadap Mah sendiri yang pernah mewakili Parlimen itu sebelum ini.
  • Trek rekod Mah di Teluk Intan dan di peringkat Kabinet, Mah mempunyai jalinan hubungan baik dengan masyarakat setempat.
  • Bergerak sebagai sebuah parti, bukannya mengikut komponen masing-masing.
  • Isyarat jelas rakyat menolak politik kebencian yang selama ini dimainkan pakatan pembangkang. rakyat kini mengamalkan politik sederhana dan memilih untuk berada 'di atas pagar'.

... DAN BERIKUT ADALAH FAKTOR YANG AGAK ISTIMEWA

Salah satu punca kemenangan BN d Teluk Intan adalah kerana sikap tawadduk Presiden UMNO yg menganggap Pas adalah shbt UMNO...

Dengan twitt dari Presiden UMNO ini lah yg menjadikan hati orang-orang  Pas yg pro Ulama rasa rendah diri serta terhutang budi pada YAB DS Najib..

Jom jenguk GURAU SENDA di PRK Teluk Intan untuk meyakini mengapa DAP kalah dan BN berjaya merampas semula Parlimen Teluk Intan!