Showing posts with label ISBSF. Show all posts
Showing posts with label ISBSF. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

SYARIKAT BAS LUAR BANDAR TERUS BERNAFAS DENGAN BANTUAN KERAJAAN



Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan kelulusan sebanyak RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan di dalam meneruskan operasi mereka sejak tahun 2011. Hampir kesemua laluan bas henti-henti ini adalah laluan yang tidak popular dan tidak memberi keuntungan banyak memandangkan kebanyakannya melalui kawasan luar bandar dan di desa.

Oleh kerana keperluan rakyat yang menetap di kawasan luar bandar ini perlu diberi perhatian dan diteruskan perhubungan mereka, maka kerajaan melihat perlunya menyelamatkan syarikat-syarikat bas yang melalui jalan-jalan sosial ini.

Dengan sokongan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF), berikut adalah statistik perbelanjaan yang telah diterima syarikat-syarikat bas henti-henti di seluruh malaysia;


Keseluruhannya sejak dilancarkan pada tahun 2011, syarikat-syarikat pengendali bas henti-henti telah diberi bantuan kerajaan dan ada di antaranya telah berjaya meningkatkan perkhidmatan mereka. Di antaranya adalah ....


Justeru, adalah tepat sekali saranan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar apabila beliau menekankan harapan kerajaan untuk melihat perubahan dan sekali gus peningkatan perkhidmatan bas setelah menerima bantuan kerajaan ini. Bukan saja syarikat-syarikat bas henti-henti ini tidak lagi mengalami masalah aliran tunai untuk beroperasi malahan perkhidmatan dan fizikal bas mereka juga telah dinaiktaraf. Sekali gus, penduduk di luar bandar akan lebih selesa dan terjamin keselamatan mereka.

Menyedari keperluan masyarakat luar bandar yang sangat memerlukan perkhidmatan bas henti-henti ini, maka kerajaan akan berterusan memberi subsidi melalui ISBSF agar syarikat-syarikat bas swasta mahupun milik kerajaan dapat meneruskan perniagaan dan perkhidmatan tidak terhenti. Pada masa yang sama juga, syarikat pengendali bas tidak perlu risau untuk terlalu bergantung kepada jumlah penumpang.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak SPAD;

TRANSFORMASI INDUSTRI BAS TETAP MENJADI TUMPUAN KERAJAAN
 Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas

Kuala Lumpur (9, Ogos 2016) – Transformasi industri bas berhenti-henti tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan dengan penyaluran dana sebanyak RM142.7 juta di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) 2016. Pengguna bas yang bergantung kepada bas berhenti-henti untuk perjalanan harian merentasi bandar-bandar kecil dan desa, akan terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Peruntukan yang kritikal ini akan disalurkan kepada 65 pengendali bas henti-henti yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini.

Pada bulan Mei tahun ini, beberapa pengendali telah memohon agar Kerajaan meneruskan bantuan ISBSF bagi membolehkan mereka untuk menyambung operasi dan perkhidmatan bas di sepanjang laluan yang kurang pengguna atau tidak menguntungkan. Ini adalah penting terutamanya bagi kawasan yang masih mempunyai permintaan daripada kalangan pengguna berpendapatan rendah.

Kami telah mula memproses permohonan bagi 2016, dan setakat ini, pengendali dari Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu, telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM11.62 juta. SPAD akan terus menilai permohonan yang diterima dan mengagihkan dana kepada syarikat-syarikat bas yang layak menerima bantuan pada tahun ini.

ISBSF diperkenalkan pada 2012, bagi menampung kerugian harian yang ditanggung oleh pihak pengendali. ISBSF adalah satu langkah sementara bagi memastikan operasi bas berhenti-henti terutamanya bagi laluan di luar bandar. ISBSF telah memberikan manfaat kepada lebih daripada 347 juta penumpang merentasi 608 laluan.

"Bas masih merupakan mod pengangkutan awam yang penting bagi bandar-bandar kecil dan kawasan yang tidak dihubungkan oleh perkhidmatan rel. Menyedari keperluan untuk mengekalkan laluan-laluan sosial yang penting ini, Kerajaan terus bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan bas berhenti-henti melalui pelbagai inisiatif yang lebih mampan. Dengan penerusan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) ini oleh Kerajaan bagi tahun 2016, jumlah keseluruhan yang telah diperuntukan daripada 2012 sehingga kini adalah RM661.7 juta,"kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar.
Dari segi transformasi jangka panjang dan kemampanan industri bas, penerima dana ISBSF yang mengendalikan perkhidmatan di ibu-ibu negeri akan dialihkan kepada program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) yang telah memperkenalkan perkhidmatan myBAS pada tahun 2015. Program SBST direka untuk meningkatkan daya maju pengendali dan memperluaskan laluan bas dengan bermigrasi dari model kutipan tambang kepada model perkhidmatan baharu. Dengan pelaburan RM100 juta, SPAD telah mengoperasikan perkhidmatan myBAS di Kangar, Seremban dan Ipoh; serta bakal melancarkan perkhidmatan yang sama di Kuala Terengganu dan Johor Bahru " tambah Tan Sri Dato 'Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar.
"Dalam konteks Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, bas berhenti-henti yang menyokong sistem rel, sedang menjalani proses penyusunan semula sejak Disember 2015 yang disasarkan untuk mempertingkatkan perkhidmatan bas yang pada sebelum ini tidak konsisten disebabkan kekerapan yang tidak menentu terutamanya di kawasan yang mempunyai permintaan yang rendah.

Baru-baru ini juga, Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan bajet untuk meneruskan perkhidmatan bas percuma GoKL sehingga tahun 2021. Kami menganggarkan bajet tahunan sebanyak RM13 juta diperlukan bagi meneruskan perkhidmatan GoKL. Pada mulanya perkhidmatan GoKL terdiri daripada dua laluan, Hijau dan Ungu yang memberi perkhidmatan sepanjang laluan KLCC - Bukit Bintang dan laluan Pasar Seni - Bukit Bintang. Perkhidmatan GoKL telah dikembangkan pada tahun 2014 dengan dua laluan baru, biru dan merah untuk laluan Medan Mara - Bukit Bintang dan KL Sentral - Jalan Tuanku Abdul Rahman. Setiap hari, lebih daripada 52,000 warga kota terus menikmati perkhidmatan bas percuma GoKL,"kata Azharuddin Mat Sah.

-    Tamat



 

Sunday, May 08, 2016

BANTUAN DANA SEMENTARA BAS HENTI-HENTI PERLU DILANJUTKAN UNTUK RAKYAT LUAR BANDAR

Di dalam mencapai matlamat mod pengangkutan awam darat sebagai pilihan utama rakyat, kerajaan telah mengambil langkah bukan sekadar menaik taraf infrastrukturnya, menambahbaik perkhidmatan dan operasinya malahan membantu syarikat-syarikat pengendali. Bas henti-henti adalah di antara pilihan utama kenderaan awam rakyat selain daripada rel dan teksi.

Pada satu ketika, perkhidmatan bas henti-henti yang kebanyakannya beroperasi di kawasan luar bandar dan kawasan perumahan, hampir tidak bernyawa dan terdapat juga beberapa syarikat pengendali yang tidak mampu meneruskan perniagaan mereka oleh kerana kos operasi yang meningkat dan kebanyakan rakyat telah mampu untuk memiliki kenderaan persendirian.

Namun masih ada pertimbangan dari pihak kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat pengendali bas henti-henti memandangkan permintaan penumpang masih wujud terutama di kawasan perumahan yang rancak diwujudkan di sekitar berhampiran bandar-bandar kecil di seluruh tanahair.

Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti atau Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta bermula Januari 2012. Ia adalah bantuan sementara untuk membantu syarikat pengendali bas henti-henti dapat meneruskan operasi mereka di laluan-lauan sosial atau laluan yang kurang menguntungkan mahupun mengaktifkan laluan yang telah ditamatkan perkhidmatan.

Dana sementara dari kerajaan akan berakhir pada tahun ini dan di dalam penilaian pihak SPAD ia perlu diteruskan agar perkhidmatan bas henti-henti ini terus dapat memberi perkhidmatannya kepada rakyat terutama di sekitar bandar-bandar kecil dan juga kawasan luar bandar. Peratusan penggunaan bas henti-henti sebagai pengangkutan awam di ibu-ibu negeri adalah lebih kurang 5%.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD yang telah dipertanggungjawabkan memantau dan menganalisa keberkesanan bas henti-henti mendapati hampir 245,000 penumpang harian di setiap ibu negeri di Malaysia dan memberi faedah serta kemudahan pengangkutan awam kepada 90 juta penumpang setiap tahun yang melalui 608 laluan bas di Semenanjung Malaysia. Laluan bas henti-henti di bawah ISBFS ini juga tidak meliputi laluan MyBus dan juga laluan rel bandar.
Oleh itu, ISBSF seharusnya dilanjutkan dan diteruskan agar lebih dari 100 syarikat pengendali bas henti-henti meneruskan perkhidmatan mereka terutama laluan-laluan kecil di luar bandar di mana penduduk sangat-sangat memerlukan dan bergantung kepada bas henti-henti sebagai pengangkutan utama mereka.

Baca juga ... 172 PENGENDALI BAS HENTI-HENTI DISELAMATKAN DENGAN DANA SOKONGAN SEMENTARA SEJAK 2012

Monday, August 24, 2015

172 PENGENDALI BAS HENTI-HENTI DISELAMATKAN DENGAN DANA SOKONGAN SEMENTARA SEJAK 2012

Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti atau ISBSF, (Interim Stage Bus Support Fund) adalah inisiatif kerajaan di atas prihatin Perdana Menteri DS Najib Razak bagi mengatasi pengendali-pengendali bas henti-henti dapat meneruskan perniagaan di samping memastikan kualiti perkhidmatan ditingkatkan dan sekali gus menggalakkan rakyat menjadikan bas sebagai mod pengangkutan.

Dana ini adalah langkah sementara agar dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti, demi kepentingan rakyat yang terlibat selaras dengan 'Rakyat Didahulukan' yang sentiasa menjadi pendekatan kerajaan.

Bermula 3 Januari 2012 lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta dana kepada pengendali-pengendali bas henti-henti yang masih bersedia untuk meneruskan perniagaan mereka terutama di kawasan luar bandar dan mereka yang layak perlu memohon kepada SPAD.

Dana bantuan ini diuruskan oleh SPAD dan ini merupakan rancangan jangka pendek terhadap masalah yang dihadapi oleh pengendali dan tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengendali bas untuk tampil memohon dana tersebut.

Sejak pengumuman itu, sebanyak 172 pengendali bas henti-henti dari seluruh Malaysia telah layak dengan keseluruhan jumlah bayaran sebanyak RM386.16 juta dari mula diluluskan kerajaan.

Dana ISBSF telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sehari dengan 656 laluan di seluruh Tanah Air. Ini melibatkan perjalanan terkumpul sejauh 38.65 juga kilometer yang dikendalikan oleh 1,704 buah bas sebulan.



Pada Jumaat lalu, di dalam Majlis Penyampaian cek replika telah disampaikan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif, En Nur Ismal Mohamed Kamal kepada wakil-wakil daripada syarikat bas henti-henti dengan jumlah RM10.3 juta.

Di antara 11 wakil yang hadir adalah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan juga Sarawak.

Namun, dana yang berbentuk sementara ini sekadar membantu pengendali-pengendali bas meneruskan perniagaan setelah terkesan daripada peningkatan kos operasi. Kini satu lagi langkah dan inisiatif kerajaan yang disarankan pihak SPAD memperkenalkan satu skim yang lebih berbentuk kekal, iaitu Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) dengan pelancaran myBAS di setiap negeri.

Operasi myBAS telah pun bermula sejak 1 Ogos di Perlis dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos. Pelancaran myBAS yang seterusnya akan dilakukan di Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching.