Showing posts with label Chew Mei Fun. Show all posts
Showing posts with label Chew Mei Fun. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA DALAM INISIATIF 'SILK ROAD BELT' DITERAJUI MCA


Di dalam meredakan kemarahan dan kesangsian rakyat China terhadap Malaysia ke atas tragedi MH370, MCA diberi kepercayaan sebagai jambatan jalinan diplomatik dan perniagaan di antara kedua-dua negara.

Terkini, MCA sekali lagi telah memainkan peranan penting dan kali ini sebagai sahabat China dalam inisiatif 'Silk Road Belt'.

Sedikit penerangan mengenai inisiatif 'Belt and Road' negara China di mana telah diumumkan oleh pemimpin China Xi Jinping pada tahun 2013. Terdapat 2 komponen utama iaitu laluan ekonomi 'Silk Road Belt' dan 'Maritime Silk Road'. Jika dilihat sejarah China dalam mengadakan hubungan perdagangan darat dunia, yang melalui Asia Tengah, Asia Barat, Timur Tengah dan Eropah, ia dinamakan sebagai 'Silk Road'.

Malaysia adalah di antara negara rantau Asia Tenggara dan MCA yang diketuai Datuk Seri Liow Tiong Lai, selaku Presidennya telah melakukan lawatan 5 hari di atas jemputan kerajaan China. 

Di dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala, negara China telah menjemput Malaysia untuk bersama-sama menganjurkan satu seminar mengenai 'Belt and Road' yang dijangkakan akan diadakan pada awal Julai nanti. Justeru respon positif dari pihak MCA telah disambut baik Tuan Liu Yunshan, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

Pada masa yang sama, kerajaan China juga turut gembira apabila Malaysia mempengerusikan Asean 2015 dan berharap agar Malaysia membawa Asean terus bekerjasama dengan China terutamanya di dalam inisiatif Belt Road.

Rombongan MCA yang disertai juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengadakan pertemuan dengan Air China Ltd.

Setelah hubungan Malaysia dengan Air China Ltd agak renggang, kini mereka telah menunjukkan minat untuk menyambung semula laluan Beijing-Kuala Lumpur semula dan keputusan bakal dibuat pada Oktober nanti. Ini adalah kerana Malaysia masih dekat di hati rakyat China dan Air China yakin dengan permintaan pasaran pelancongan ke negara kita.

Delegasi MCA juga telah melawat Shanghai dan membuat pertemuan dengan wakil-wakil dari China Eastern Airlines dan Juneyao Airlines bagi meneroka peluang untuk melancarkan penerbangan terus dari Shanghai ke Kuala Lumpur.

Seterusnya, ketika lawatan mereka ke Universiti Tsinghua, kerjasama dengan universiti untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar China melanjutkan pelajaran mereka di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Pihak Universiti Tsinghua juga menawarkan biasiswa bagi pelajar Malaysia untuk menggalakkan pertukaran bakat di antara kedua-dua negara.

Saturday, March 22, 2014

#PRKN25KAJANG : BIRUKAN #KAJANG UNTUK @chewmeifun


Sejurus penamaan calon, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meniup semboyan kepada semua jentera kempen Barisan Nasional (BN), khususnya Pemuda supaya ‘memBIRUkan’ seluruh Kajang bagi menunjukkan parti itu sedia mengambil tanggungjawab membela rakyat di kawasan ini.

Pergerakan itu perlu sedar bahawa perjuangan atau jihad BN bukan sahaja untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tetapi lebih utama bagi membela nasib seluruh penduduk.

Pesanan Tan Sri kepada jentera BN supaya memenangkan calon (Datin Paduka Chew Mei Fun) walaupun dengan hanya satu undi adalah satu tanggungjawab.

BN sebagai parti yang perjuangkan nasib rakyat perlu bertemu pengundi di setiap ceruk kampung dan di mana sekalipun.

Hanya tinggal sehari kempen pilihanraya Kajang akan berakhir, kini nampaknya MEMBIRUKAN KAJANG bukan saja berada di tanah Kajang, tapi di alam maya pun telah turut serta.

Komitmen memBIRUkan Kajang juga disambut baik oleh kesemua parti komponen BN;

Boleh dianggap inilah kempen pilihanraya kecil BN yang terbaik, apabila kita pasti dapat melihat di serata Kajang diBIRUkan.

Syabas kepada parti-parti komponen BN... kita mampu buktikan kita sememangnya bersatu hati menentang fitnah pembangkang.

BN boleh!

Kepada pengundi Kajang... BERILAH MANDAT KEPADA BN UNTUK MEMBANGUNKAN KAJANG

Thursday, March 20, 2014

#PRKN25Kajang : PENIAGA #KAJANG DIABAIKAN PKR... HABISLAH!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR telah gagal beri perkhidmatan yang baik kepada penduduk terutamanya peniaga di Pasar Kajang. Selama 6 tahun diberi kepercayaa rakyat Kajang, Lee Chin Cheh telah gagal beri perhatian terhadap in infrustruktur dan keselamatan di kawasan ini.

Rungutan peniaga telah diabaikan PKR dan kini Mei Fun berjanji berjanji akan memberi khidmat terbaik dan mendengar denyut nadi penduduk andai diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.


Pemimpin pembangkang pernah menuduh kerajaan BN tidak menunaikan janji pilihan raya, tetapi apabila tinjauan dibuat di sekitar Kajang, didapati peniaga-peniaga di sekitar bandar Kajang merungut kerana kerajaan Selangor telah mengenakan caj pintu dan lesen perniagaan yang sangat tinggi. 

Kenaikan lesen dari 46 hingga 500 peratus telah dikenakan dengan sewenang-wenangnya ddan kerajaan Selangor yang diterajui PKR hanya mengambil pendekatan membisu dan tidak memikirkan soal hidup orang susah.


Tuesday, March 18, 2014

#PRKKajang : ISU SEKOLAH CINA... PKR ATASI MEI FUN?



Walaupun PKR adalah parti yang terdiri dari pelbagai kaum, tetapi nampaknya cina dalam PKR lebih rasis daripada DAP yang 95% adalah dominan kaum Cina. Ini dapat dibuktikan dalam kenyataan mereka di akhbar Harakah yang dipetik;

"Ketika isu sekolah ini timbul, Mei Fun yang merupakan Ahli Parlimen PJU bukan sahaja tidak membela nasib sekolah tersebut tetapi tidak pernah datang ke sekolah tersebut.

"SJK(C) Damansara ini terletak dalam kawasan parlimen beliau, tetapi beliau tidak mengambil berat dalam isu tersebut," jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

PKR bukan saja rasis tetapi telah membuat fitnah terhadap kredibiliti Mei Fun dengan tuduhan yang beliau akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika dipilih sebagai Adun Kajang.

Ini pula penjelasan Datin Paduka Chew Mei Fun;

Antaranya;
“Sekolah itu tidak pernah tutup. Kita ikut permintaan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan pengurusan sekolah untuk pindah ke lokasi lebih besar, lebih kondusif dan sesuai supaya lebih ramai murid dapat belajar,”

“Itulah satu-satunya SJKC yang ada pendidikan istimewa. Tuduhan (pembangkang) saya tidak peduli adalah satu pembohongan. Itu untuk merosakkan imej serta hina saya. Hakikatnya, apa yang mereka cakap berbeza dengan mereka yang tahu (perkara sebenar).”

"Pemindahan sekolah itu juga merealisasikan permintaan ibu bapa."

“Mana ada elemen yang saya akan tutup sekolah Cina?"

DI MANA RASIONAL TUDUHAN PKR?

Berlatar belakangkan pendidikan Cina dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, apa mungkin Mei Fun akan menutup SJKC dan melakukan sesuatu yang akanmemudaratkan pendidikan Cina jika dipilih sebagai wakil rakyat Kajang?

Beliau memperoleh Sarjana Muda Dalam Pengajian Cina di Taiwan, dan menyambung pengajian di Universiti Tunku Abdul Rahman, UTAR, dengan membuat kajian mengenai masyarakat Cina Malaysia.

Inilah perangai PKR, apabila isu tempatan GAGAL ditangani ketika 6 tahun diberi peluang berkuasa di Kajang, kini dengan menimbulkan fitnah, mereka berharap dapat merosakkan imej Mei Fun.

Pendekatan tepat yang digunakan Mei Fun untuk menguatkan budaya Cina dengan kaum lain, bertepatan dengan ikrar Mei Fun kepada penduduk kajang sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

 

JIKA KOR MING KENCING BERLARI, PENGIKUT KENCING... MENGEPIT?

Kita masih ingat, cemuhan Nga Kor Ming menggelar calon PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan pelbagai gelaran dan sengaja memanggil Mei Fun dalam bahasa kantonis iaitu 'mee goreng'. Kor Ming juga telah mengaitkan Mei Fun sebagai pembantu rumah hanya kerana beliau memegang penyapu dalam satu gotong royong bersama masyarakat Kajang dan Mei Fun menggunakan objek seterika lama sebagai simbol di dalam mesejnya pada hari wanita sedunia.


Berikut adalah terjemahan lambang seterika tersebut;

"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita."

Dengan sabar Mei Fun hanya dapat mengatakan Kor Ming sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dan bukan mencemuh tugas-tugas seorang wanita.

KOR MING KENCING BERLARI...

Perangai pemimpin DAP yang gemar mengguna pendekatan mencemuh pihak lawannya terutama seperti Nga Kor Ming inilah yang menjadi ikutan penyokong-penyokong mereka.

Memang benar kata Datin Paduka Chew Mei Fun, Kor Ming sepatutnya menjadi pemimpin contoh yang baik dan bukan sebaliknya.

Terkini, Mei Fun telah diserang sekali lagi dengan menyebar ilustrasi gambar yang tidak sopan di media sosial.


Wanita MCA telah mengutuk perbuatan hina 'cyber bullies' yang terang-terang bertujuan menjatuhkan maruah dan seterusnya merosakkan personaliti Mei Fun. Tingkah laku yang memalukan ini amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali.
 
Bagi menghalang perkara terkutuk ini berlaku lagi, pengundi Kajang hendaklah bersama-sama Datin Paduka Chew Mei Fun membela keadilan terhadap maruah wanita yang telah dicemuh pihak Pakatan Rakyat.

Berilah undi kepada Chew Mei Fun dan nayatakan secara terang-terangan
dengan mengatakan "TIDAK". Dengan ini kita sama-sama menunjukkan protes kepada perbuatan terkutuk terutama penganiayaan terhadap kaum wanita .



Thursday, March 13, 2014

ADAKAH WAN AZIZAH SEORANG WANITA... ZURAIDA MESTI JAWAB!!!

Adakah kita masih ingat cemuhan Zuraidah terhadap Datin Paduka Chew Mei Fun ketika dicalonkan untuk bertanding di PRK N25 Kajang?

Apa kata beliau?

 
Ketua Wanita PKR,  Zuraida Kamarudin yang menyifatkan pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil Kajang akan datang. YB Zuraida juga memberi alasan bahawa MCA hanya akan meletakkan calon lelaki jika ia akan membawa kemenangan.

Pada Zuraida, ia berbeza dengan calon yang diletakkan di pilihanraya kecil Kajang yang akan datang di mana MCA telah menamakan Datik Paduka Chew Mei Fun sebagai calonnya dan sekiranya BN kalah maka DP Mei Fun akan dipersalahkan nanti.

Sekarang, Wanita MCA mencabar Wanita PKR supaya mereka tidak bersetuju dengan kata-kata Ketua Wanita mereka yang terdahulu setelah meletak pencalonan seorang wanita dari MCA sebagai di'kambing hitamkan' kaum lelaki dari BN.

Apa yang berlaku hari ini, Wan Azizah telah dicalonkan PKR mengganti suaminya setelah didapati bersalah di dalam isu LIWAT KEDUANYA.

Maka, apakah jantina Wan Azizah?

Seandainya, wanita PKR berprinsip dan tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanitanya, maka PKR perlu menyingkirkan Ketua Wanitanya kerana masih
menghina pencalonan Wan Azizah kerana jantinanya. Zuraida juga perlu disingkirkan dari perlantikannya sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa pilihanraya kecil
PRK Kajang.

Apabila pencalon Chew Mei Fun diumumkan pada 21 Februari lalu, Zuraida telah mencemuh Mei Fun kerana menerima tawaran untuk bertanding dan akan merosakkan peluang kaum wanita untuk bertanding di masa hadapan.

Setelah rasmi Wan Azizah bertanding mewakili PKR, ternyata kata-kata cemuhan Zuraida terhadap Mei Fun adalah SALAH sama sekali dan beliau juga ternyata menghina maruah kaum wanita.

Seandainya Zuraida seorang yang bermaruah dan juga maruah barisan wanita PKR, beliau seharusnya meletak jawatan, memohon maaf dan tidak perlu untuk PKR mengambil tindakan terhadapnya.

Kita juga tertanya-tanya, Zuraida sebagai seorang wanita dan seorang ahli politik wanita, sepatutnya mendukung hak politik dan sosial serta kedudukan wanita dalam peluang yang diberi untuk bertanding di mana-mana pilihanraya. Tetapi, Ketua Wanita PKR sangat 'double standard' di mana pencalonan Wan Azizah disokong tetapi mencemuh Mei Fun. Adakah ini level Ketua Wanita PKR yang perlu dibanggakan ahli-ahlinya?

DI MANA MARUAH AHLI-AHLI WANITA PKR SEKARANG? APAKAH ZURAIDA MASIH LAYAK SEBAGAI KETUA WANITA PKR?

Wednesday, March 05, 2014

PESANAN TPM KEPADA JENTERA BN DI #PRKKajang ... TERUSKAN USAHA MEI FUN

Oleh kerana nafsu besar, hajat besar dan niat besar Anwar Ibrahim untuk bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor, maka pilihanraya kecil di Kajang diadakan. Ini lanjutan daripada perletakan jawatan wakil rakyat dari PKR mengosongkan kerusi untuk diberikan kepada Anwar atas tujuan dan muslihat tertentu Ketua Pembangkang.

BN bakal menghadapi satu perjuangan yang boleh dianggap sebagai satu pertempuran politik yang besar dan kepada jentera BN yang bakal berjuang di Pilihanraya Kajang nanti, ikuti pesanan Tan Sri Muhyiddin Yassin;


Walaupun keputusan PRK ini tidak akan mengubah keadaan di mana Selangor masih di bawah Pakatan Pembangkang tetapi BN ingin membuktikan keupayaan dan bersedia memberikan perkhidmatan yang baik.

Di PRK inilah kesempatan yang baik kerana ia ada hikmahnya di mana BN boleh mengambilnya sebagai satu kesempatan.

Platform ini akan digunakan untuk mematahkan serangan-serangan bertalu-talu dihamburkan oleh pihak pembangkang kepada BN seolah-olah ia sebuah kerajaan yang zalim, tidak bertanggungjawab dan tidak berkemampuan. Ini semua adalah tipu helah untuk menjatuhkan imej dan maruah BN.

Ada yang menganggap BN menghantar calon di PRK ini sebagai underdog seolah-olah kita tak akan menang tetapi sebagai parti yang bermaruah, BN telah menyatakan apabila keputusan telah diambil untuk bertanding... BN mahukan kemenangan.

Calon yang telah dipilih bukan calang-calang kerana beliau dipilih ke atas moralnya, prestasi kerjanya, keberaniannya, pengalaman luasnya, hubungan baiknya dengan kerajaan. Selama Datin Paduka Chew Mei Fun bertemu rakyat Kajang, ada yang telah memberi gelaran 'ComeyFun' dan ini adalah petanda awal yang sangat baik. Penerimaan rakyat tempatan nampaknya memberi sokongan.

Dalam tempoh tiga minggu ini, BN akan pastikan setiap 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak ada satu pun kawasan yang akan terbiar.

Terdapat seramai 39 ribu pengundi pelbagai kaum dan setiap pengundi adalah raja. Oleh itu BN hormat dan layan mereka. Jentera BN perlu teruskan kesinambungan kemesraan yang telah dibina Mei Fun serta pelihara dan berikan perhatian kepada apa sahaja yang mereka kehendaki.

Temui mereka dan bertanya khabar. Turun ke rumah mereka, ketuk pintu setiap rumah bertanya khabar dan duduk bersama dengan mereka.

Jentera Wanita adalah penentu kemenangan

Seandainya ini dilakukan oleh semua jentera BN, BN boleh mencapai kemenangan. Yakinlah!

Walaupun ada orang kata apa guna BN bertanding kerana sudah pasti akan kalah. Mereka kata "no point" dan macam-macam untuk memperkecilkan keupayaan dan kekuatan BN.

Sebagai parti yang telah banyak berjasa, BN mampu buktikan yang mereka salah. Dengan bekerja keras dan turun bawah, gunakan sepenuhnya untuk menceritakan perkara yang benar. Bukan menjadi kesalahan jika menceritakan apa yang kerajaan BN telah lakukan. Di peringkat Pakatan Pembangkang pun mereka ada masalah.


Monday, March 03, 2014

PENCALONAN CHEW MEI FUN - APA KATA MEREKA?

Pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakilili MCA untuk bertanding sebagai calon BN di PRK Kajang nanti adalah satu pilihan yang dilihat sebagai satu cabaran sengit kepada Anwar Ibrahim yang dianggap tokoh gergasi politik tanahair.

Walaupun DP Mei Fun dikatakan sebagai calon 'underdog' oleh sesetengah pihak terutama yang tidak memihak kepada BN, beliau bukanlah seseorang yang asing kepada BN terutama MCA dan di kalangan pengundi Cina. Biodata Datin Paduka boleh dinilai ... DI SINI.

Namun, sesuatu yang mengagumkan apabila pencalonan mendapat sokongan padu dan sebulat suara dari kesemua pemimpin komponen BN walaupun pada satu ketika ada di antara pemimpin-pemimpin UMNO berkeras untuk meletakkan calon dari UMNO dan ada juga beberapa pemimpin yang mencadangkan agar BN tidak bertanding.

Akhirnya parti-parti komponen BN, berpakat dan bersetuju sepenuhnya. Berikut adalah sokongan yang ditunjukkan mereka dan di antaranya ialah;

"Pucuk pimpinan BN sebulat suara memilih Mei Fun kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan, berjiwa rakyat dan berpengalamanluas dalam bidang politi." Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri | BH
"Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - mStar
"Kami telah mencadangkan seorang calon yang berintegriti dan boleh dipercayai selain berwibawa untuk menunaikan janji-janjinya dengan penuh dedikasi." - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai | Bernama
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula percaya Chew mampu membawa pembaharuan ke Kajang serta negara.


"Beliau tahu bagaimana untuk menarik perhatian pengundi kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan persekutuan sebelum ini. Kami menaruh kepercayaan penuh bahawa Chew adalah calon tepat untuk Kajang," - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas 
Sementara Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Kader Ibrahim yakin Chew mampu menunaikan janji-janjinyakepada penduduk Kajang.

Tidak ketinggalan juga, persepsi positif dari para penganalisa politik dan juga ahli-ahli akademik

"Sejarah telah membuktikan bahawa calon wanita boleh menang di Dun Kajang, ini terbukti dengan kemenangan calon wanita di Dun tersebut sebelum ini," demikian menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali.

"Saya rasa Chew Mei Fun mampu memberi tamparan terhadap Anwar." - SH

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Mei Fun yang juga seorang tokoh nasional mempunyai penyokong tersendiri dan mampu memberi saingan hebat kepada Anwar sekaligus menolak persepsi awal BN tidak perlu meletakkan calon.
"Namun Mei Fun ini juga ada penyokong 'hardcore' dan jika dia berjaya berkempen dengan betul, kemungkinan dia boleh menang dengan menarik kaum Cina dan wanita yang mempunyai kecenderungan untuk memilih calon wanita juga,"
Di era dunia berada di hujung jari, peranan media sosial telah diiktiraf oleh masyarakat hari ini sebagai kaedah untuk menyampaikan berita dan juga propaganda samada putih atau hitam dengan lebih pantas dan terbuka.

Pandangan terbuka bloggers dan cybertroopers juga telah mendapati pencalonan DP Mei Fun sebagai positif dan di antaranya;
"She is cute. The Kajang folks may not have the heart to see her bullied by Anwar." - Life of Annie


Dengan maklumbalas yang sangat positif ini, maka diharap BN tidak akan mudah tunduk dengan tekanan-tekanan yang bakal dikenakan walaupaun kali ini Selangor dikuasai pihak Pakatan.


Yang pasti, BN tidak akan membenarkan Anwar dan sekutu-sekutunya selesa di Kajang!!!


Saturday, March 01, 2014

#PRKKajang : CHEW MEI FUN aka COMEYFUN BAKAL UBAH SOKONGAN CINA

Semenjak pencalonan Chew Mei Fun diumumkan mewakili Barisan Nasional, rata-rata sokongan dan pandangan positif terhadap beliau tidak dapat dinafikan sama sekali. BN meletakkan calon MCA bukan kerana UMNO tunduk dengan kehendak parti komponen yang mewakili bangsa Cina tetapi ia adalah hak MCA memenuhi kouta kerusi DUN Kajang.


Baru-baru ini Chew Mei Fun bersama-sama Timbalan Perdana Menteri telah berada di Sungai Chua, Kajang. Lawatan tinjauan ini adalah untuk berjumpa dengan penduduk tempatan dan pemimpin-pemimpin persatuan dan badan-badan yang sebahagian besarnya mewakili masyarakat Tionghua.


Bukan sahaja TS Muhyiddin yakin dengan pencalonan Chew Mei Fun, tetapi keyakinan dan kegembiraan penduduk Sungai Chua diserlahkan ketika sesi berdialog. Kesungguhan penduduk Sg Chua memberi sokongan calon BN telah dinyatakan kepada TS Muhyiddin kerana sikap Tionghua di Kajang yang mementingkan rasional daripada retorik.

Ini terbukti di dalam dialog bersama mereka apabila topik perbincangan yang diutarakan lebih kepada untuk menyelesaikan masalah setempat di Kajang. Adalah sangat menepati citarasa dan harapan rakyat Kajang, apabila Chew Mei Fun yang pernah menyandang sebagai Ahli Parlimen PJ Utara, terkenal sebagai seorang ahli Parlimen yang sangat rajin bekerja dan bersedia menyelesaikan masalah rakyat.


Ditambah lagi dengan latar belakangnya sebagai seorang tokoh terkenal MCA di kalangan masyarakat Cina dan berpengalaman.

Ini bagi saya satu perkembangan yang menggalakkan walaupun saya tahu kita kena kerja lebih kuat lagi dan saya telah menyatakan harapan saya kepada semua wakil pertubuhan-pertubuhan Cina yang hadir di sini untuk memberikan peluang kepada calon kita untuk dipilih bila PRK diadakan nanti.

Mengimbau semula pengalaman Mei Fun ketika menjadi ahli parlimen PJ Utara, beliau pernah ditegur mantan menteri Kerja Raya, Tan Sri Samy Vellu kerana pendirian kritikalnya terhadap kementerian tersebut sehingga dicop sebagai mewakili pembangkang.

Pada masa yang sama juga, beliau telah diberi gelaran sebagai MP Longkang dari Tony Pua (DAP) hanya kerana kesungguhan beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat walaupun ia isu sebuah longkang.

Jika rakyat di Kajang pernah berketuakan seorang wakil rakyat PKR yang tidak pernah menjengok mereka, mengambil kisah tentang masalah rakyat sehingga pusat perkhidmatan pun seperti tidak wujud, apakah dengan latarbelakang Chew Mei Fun yang telah terbukti dengan kesungguhannya berkhidmat untuk rakyat dan mendahulukan rakyat berbanding bersembang untuk rakyat, maka May Fun tidak diberi peluang?

Jika dilihat raut wajah keibuan Mei Fun, kita pasti akan berasa tenang di kala menghadapi dugaan-dugaan hidup. Apatah lagi dengan krisis yang sedang dihadapi rakyat Selangor dengan isu kekurangan air bersih. Pernah ada di antara rakan-rakan blogger menyatakan lihat saja Mei Fun, terpancar satu harapan dan kesanggupan untuk diselesaikan.

Kepada pengundi Kajang, inilah harapan kamu... 

Berilah undi kamu kepada  calon ... 

CHEW MEI FUN aka COMEYFUN...