Tuesday, May 24, 2016

PM NAJIB DAN DATUK LIOW BERPESAN DI HARI WESAK


Hari Wesak diraikan penganut agama Buddha setiap tahun kerana ia adalah hari untuk memberi penghormatan kepada Guru Agung mereka Gautama Buddha. Penganunt Buddha untuk mengamalkan untuk mencari kedamaian dalam hidup serta muafakat dan saling membantu sesama insan.

Begitu juga nilai-nilai di dalam model yang telah lama ditegakkan MCA yang berasaskan keharmonian dan kestabilan antara kaum dan menolak segala perkara yang menjurus kepada ekstremis.

Peringatan ini dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di dalam perutusannya yang sejajar dengan perutusan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak agar memenuhi tanggungjawab ini tanpa mengira kaum, bangsa dan latar belakang.

Berkat dari sikap toleransi dan hormat terhadap perbezaan bangsa dan ugama, parti MCA yang mewakili bangsa Cina telah setia bersama-sama dengan parti-parti politik lain di bawah Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan.

Berbeza dengan parti-parti pembangkang yang tidak mampu untuk bersatu sebagai satu pakatan kerana terlalu mengamalkan ideologi politik kebencian dan penipuan semata-mata.

Kedua-dua Presiden komponen Barisan Nasional ini mengajak rakyat Malaysia menolak ekstremism kerana semua agama mengajak kepada kesederhanaan samada Islam mahupun Buddha.

DS Najib pada masa yang sama memuji kumpulan penganut Buddha yang sering tampil ke hadapan untuk membantu rakyat Malaysia yang lain ketika diperlukan seperti banjir Kelantan pada 2014 di mana begitu ramai penganut Buddha mendekati umat Islam dan masyarakat Orang Asli yang terjejas teruk akibat banjir.

Sebagaimana Datuk Seri Liow, Perdana Menteri juga menekankan dalam perutusan Hari Wesak mereka bahawa semua agama menitikberatkan kepada membantu sesama manusia dan kumpulan Buddha Malaysia adalah contoh terbaik apabila setiap hari mengendalikan 'soup kitchen' untuk memberi makan kepada orang miskin.


Oleh itu adalah amat penting untuk kita sama-sama mengukuhkan hubungan dan belayar bersama-sama menuju kejayaan demi mencapai matlamat negara maju dan berpendapatan tinggi.

No comments: