Sunday, May 22, 2016

17 SEKOLAH BAKAL MANFAAT #KVMRT SG BULOH-KAJANG PADA JANUARI TAHUN DEPAN


Setelah dilancarkan pada 8 Julai 2011 oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, projek infrastruktur terbesar negara Mass Rapid Transit (MRT) kini telah menepati jadualnya.

Sebagaimana di dalam Rancangan Pembangunan Bandar Rapid oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah mengenal pasti khidmat tiga laluan MRT ini adalah sebagai tulang belakang rangkaian pengangkutan awam yang bersepadu di sekitar Lembah Klang.

Laluan 1 dari Sungai Buloh ke Kajang di dalam rangkaian KVMRT kini telah hampir siap lebih dari 80 peratus dan dijangka mula beroperasi pada bulan Disember nanti. Ia merangkumi perjalanan sejauh  51 km di mana perjalanan bawah tanah adalah sepanjang 9.5km dengan meliputi 31 stesen.

Justeru, satu lagi berita baik terutama kepada ibubapa dan para pelajar di mana KVMRT Sungai Buloh ke Kajang ini akan melalui sebanyak 17 sekolah berhampiran. Di antarnya termasuk;



1. SJK (T) Saraswathy.
2. Sri KDU International School.
3. SMK Bandar Utama Damansara (4).
4. SM Stella Maris.
5. SJK (C) Jalan Davidson.
6. SMJK (C) Confucian.
7. Victoria Institution.
8. SMK Cochrane Perkasa.
9. SMK Cochrane.
10. SMK Yaacob Latif.
11. SK Yaacob Latif 1 & 2.
12. SMK Convent Jalan Peel.
13. SK Seri Cheras.
14. SK Convent.
15. SM Convent.
16. SK Jalan Bukit 1.
17. SMK Jalan Bukit.

Di samping mampu mengelak daripada kesesakan lalulintas, perjalanan pelajar akan lebih terurus dengan ketepatan jadual perjalanan dan menjimatkan masa. Malahan ibubapa dapat mengurangkan beban kos sara hidup apabila tambangnya adalah lebih murah.

Projek mega MRT ini juga adalah yang pertama mengguna konsep Project Development Partner (PDP) dalam pembangunan infrastruktur agar aspek utama seperti keselamatan, pengurusan trafik dan kepentingan pengguna bukan sahaja dapat diperbaiki malahan diberi jaminan.

Akhirnya, konsep PDP yang digunapakai ini mampu memastikan projek-projek menepati sasaran waktunya, kosnya tanpa menjejaskan keselamatan dan kualiti pembinaan struktur infrastruktur.

Seperkara yang menarik lagi, rekabentuk bangku stesen bawah tanah adalah hasil dari ciptaan pelajar-pelajar dari 19 institusi dan universiti tempatan yang telah pun menghantar sebanyak 133 jenis rekabentuk.

Adalah menarik apabila setiap rekabentuk bangku di stesen bawah tanah ini bertemakan identiti setiap stesen. Contohnya stesen di Muzium negara, temanya adalah 'perubahan' yang berdasarkan kepada konsep sesebuah muzium itu sendiri yang melalui proses perubahan dari zaman harta karun hingga ke zaman moden.

Stesen bawah tanah di Dataran Merdeka pula rekabentuk bangkunya menyuntik semangat merdeka manakala stesen di Bukit Bintang bertemakan 'Dinamik' di mana memberi ilham sesuatu tempat yang sentiasa rancak dan tidak pernah tidur.

Paling menarik adalah stesen bawah tanah di Tun Razak Exchange yang mengambil tema "Korporat Islam" bersesuaian dengan sasaran pembangungannya sebagai hab kewangan masa hadapan. Maka rekabentuk bangku di sini lebih memaparkan imej seperti perniagaan.

Inilah juga di antara sebab mengapa projek #KVMRT sangat-sangat dinantikan rakyat Malaysia dan seluruh dunia dan segalanya adalah untuk rakyat jua.

No comments: