Euro Cup akan kembali dan pada masa yang sama juga, umat Islam akan menyambut Ramadhan Kareem pada masa yang sama di bulan Jun akan datang.
Kepada peminat bolasepak, apa kata kita ramai-ramai berkunjung ke Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) untuk promosi EURO-Sahur.
En Azli Ariffin Penolong Pengurus Besar KLIH telah umumkan yang pihak hotel akan menyediakan skrin besar di coffee house sambil pengunjung menikmati juadah bersahur.
Ini termasuk dalam 3 jenis pakej iaitu pakej Combo Supper, Pakej Buffet Sahur
dan Pakej Nasi Rames dengan harga bermula dari Rm15 bagi
memeriahkan suasana dan menarik pengunjung.
Pakej ini akan bermula pada hari pertama Ramadhan
sehingga akhir Ramadhan bermula dari 1 pagi sehingga Waktu Imsak. Bagi
pakej ini, pengunjung akan disajikan dengan tayangan langsung di skrin
besar di Toppot Cafe di aras 4 KLIH.
Sebagai salah satu cara memeriahkan pakej EURO 2016 ini, pihak KLIH
turut mengadakan pertandingan bola sepak PS4 dari 15 Jun sehingga 2
Julai ini bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.
Pihak KLIH hanya mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM120 dimana
setiap pendaftaran akan diberikan sebuah booklet kupon bernilai 50
ringgit dan perlu dibayar sebelum 28 Mei ini dan terhad kepada 50
penyertaan.
Bagi pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM2 000
bagi tempat pertama, manakala bagi tempat kedua, ketiga dan keempat
masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1000, RM800 dan RM600.
Tonton video di bawah untuk hidangan yang unik dari KLIH semperna bulan Ramadhan ini;
No comments:
Post a Comment