Thursday, May 05, 2016

#MCDONALD'S MALAYSIA TEGAS MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP BLOGGER


Mungkin artikel yang telah ditulis di dalam blog Firdaus Ariff agak lama tetapi malangnya ia masih dijadikan rujukan walaupun pihak McDonald's telah membetulkan tuduhan-tuduhan blog itu di Berita Harian sejurus diterbitkan. 

Artikel bertajuk "Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia" telah disiarkan sekitar bulan Julai 2014 telah mendapat perhatian Jabatan Perundangan McDonald's Malaysia dan tegas untuk mengekalkan hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger ini.

Namun, tanpa mengendah amaran dari pihak McDonald's, penulis blog Firdaus Ariff masih mengekalkan artikel mereka dan malang sekali apabila ia terus disebarkan di media sosial.

Admin blog Firdaus Ariff telah diberi masa yang mencukupi hampir 2 tahun untuk bertindak dan kini tiba masanya pihak McDonald's meneruskan tindakan undang-undang demi mengekalkan hak mereka.

Pada masa yang sama, pihak McDonald's sekali lagi memberi penerangan ke atas segala tuduhan blog ini dan secara ringkasnya;

Tuduhan yang McDonald's Malaysia sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan sedangkan pihak McDonald's Malaysia memberi respon di atas rasa tanggungjawab dan juga permintaan dari rakyat Malaysia juga.

Blogger Firdaus Ariff cuba menimbulkan sentimen rasis di kalangan franchisi dan bakal franchisi McDonald's sedangkan semua rakyat Malaysia yang berkemampuan dan layak diterima dan tiada istilah pilih kasih. Lembaga Pengarah McDonald's Malaysia juga cuba dikelirukan di dalam blog tersebut, sedangkan McDonald's tidak mengamalkan diskriminasi kaum.

Paling dangkal apabila artikel ini tidak memahami konsep francais yang dilaksanakan di Malaysia sehingga menuduh tiada entiti Malaysia dan Melayu dalam pegangan saham.

Walaupun penulis cuba memperlekehkan penyertaan bangsa Melayu dengan menulis, "Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia", hakikatnya adalah sebalik apabila majoriti kakitangannya adalah Melayu. Yang pasti, penulis sekadar ingin membakar rasa benci kepada McDonald's Malaysia.

Jawapan menyeluruh boleh dibaca ... DI SINI

Adalah bertepatan jika McDonald's Malaysia meneruskan tindakan mereka ke muka pengadilan kerana penulis yang tidak bertanggungjawab seperti blog Firdaus Ariff bukan saja mampu menabur dan menyebar perkara yang tidak benar malahan telah menganiaya pekerja-pekerja McDonald's Malaysia yang sentiasa dedikasi dan ikhlas mencari rezeki halal.

Kami juga pernah menulis beberapa artikel mengenai prihatin McDonald's terhadap kakitangan mereka tanpa mempunyai sentimen kaum dan agama seperti berikut;

TANPA RAGU, RAKYAT MALAYSIA TERUS ... I'M LOVIN IT, #MCDONALD'S

WALAUPUN DISERANG BERTUBI-TUBI, PEKERJA #MCDONALD'S TETAP SETIA... RAHSIANYA?

BOIKOT McDonald's - MANGSA SEBENAR

No comments: