Malaysia telah menjadi tuan rumah sebanyak 6 kali dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat ASEAN Inter Parlimentary Organisation (AIPO) sejak ditubuhkan sejak pada 1977. Di setiap perhimpunan agong ini, di antara yang sentiasa menyertai sebagai rakan dialog adalah wakil-wakil parlimen Australia, Canada, China, Japan, India, Republic of Korea, New Zealand, Papua New Guinea, Russia dan Eropah.
Kini sekali lagi, Malaysia mempengerusikan Persidangan ini yang kemudiannya dikenali sebagai ASEAN Inter Parlimentary Assembly (AIPA) dan selaku Malaysia adalah Pengerusi ASEAN.
Kini sekali lagi, Malaysia mempengerusikan Persidangan ini yang kemudiannya dikenali sebagai ASEAN Inter Parlimentary Assembly (AIPA) dan selaku Malaysia adalah Pengerusi ASEAN.
Pada mesyuarat AIPA Fact Finding Committee (AIFOCOM) kali ke 12 ini, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin telah dilantik untuk mempengerusikannya dan telah dihadiri ahli-ahli Parlimen negara-negara anggota ASEAN dan wakil-wakil dari pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan dadah dan jenayah (UNODC), delegasi dari Sekretariat ASEAN serta Pegawai Kanan ASEAN mengenai Perkara Dadah (ASOD).
Mesyuarat AIFOCOM kali ke 12 yang khusus memerangi ancaman dadah melalui pendekatan mesra rakyat dan berteraskan kemanusiaan telah mengemukakan 10 resolusi yang boleh didapati sepenuhnya ... DI SINI (MAKING A DRUG-FREE ASEAN POST-2015 THROUGH A PEOPLE-CENTERED APPROACH)
Di antara resolusi yang telah ditandatangani kesemua Ahli-Ahli Parlimen negara anggota ASEAN teramsuklah seperti saranan Datuk Ehsanuddin agar menjalinkan kerjasama dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah disalah gunakan dalam kalangan negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa.
Datuk Ehsan inginkan penglibatan Malaysia secara langsung juga amat penting dalam mengenalpasti dan menjalin dengan rangkaian antarabangsa di antara negara-negara lain
dan agensi-agensi luar termasuk Sekrerariat berkaitan seperti ACCORD, UNODC, CND, CPDAP, EU. Dengan penyatuan keanggotaan ASEAN dalam kempen memerangi ancaman dadah, maka sekali gus akan mampu menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial.
Sebelum itu, Datuk Ehsanuddin juga telah membentangkan laporan bagi pihak Malaysia, di antara kandungannya adalah seperti berikut;

1. Masalah dadah kini telah menjadi sebahagian daripada isu-isu keselamatan negara. Walaupun keadaan keseluruhan terkawal, peningkatan pengedaran dadah sintetik ke dalam dan melalui negara, telah menjadi cabaran sebenar kepada pihak berkuasa. Keadaan ini menjadi bertambah kompleks dengan rangkaian pengangkutan udara dan maritim yang berkembang, di mana telah diguna sepenuhnya oleh pengedar yang berpotensi dan menjadikan Malaysia sebagai paksi transit menggerakkan narkotik dari pusat-pusat pengeluaran untuk pasaran antarabangsa.
2. Amphetamine adalah jenis dadah yang paling tinggi diperdagangkan di Malaysia. Seterusnya adalah ecstasy dan heroin di mana pada tahun 2014 saja, sejumlah 13 alat memproses kristal methamphetamine, lima kemudahan ecstasy dan lapan kemudahan heroin telah dihapuskan. Cannabis dan kokain juga telah menembusi negara dan berpunca dari sindiket pengedaran Selatan Afrika. Pengedaran Mitragynine (kratom) juga meningkat di negara ini.
3. Dari segi bekalan, Jabatan Jenayah dan Penyiasatan Narkotik (NCID) sentiasa meneruskan usaha memberkas pesalah penggunaan dadah dan merampas dadah haram. Malaysia adalah di dalam proses meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 yang pada ketika ini tidak melarang pengambilan Mitragynine 12 (Kratom).
Dari segi permintaan pula, di sisi lain, Malaysia menuju ke arah pengukuhan terutama pencegahan serta program rawatan dan pemulihan. Seperti negara-negara lain, Malaysia membuat penekanan dengan kerjasama di peringkat antarabangsa termasuk perananan peroaktif NGO, sektor swasta dan media. Malaysia juga melihat peranan penting yang perlu dimainkan oleh ahli-ahli parlimen dalam menyokong dan memupuk organsisasi berasaskan kemasyarakatan supaya mengambil bahagian secara aktif dalam usaha-usaha anti-dadah.
Laporan kerajaan Malaysia sepenuhnya boleh dibaca seterusnya ... DI SINI
No comments:
Post a Comment