Thursday, November 27, 2014

#PAU2014 : DR MASHITAH BERANI DEDAHKAN STRATEGI MUSUH ISLAM ... BHGN 1

Apa kata kita dengar dahulu video ini...



Blog ini telah menulis ... DI SINI, hasrat Dr Mashitah untuk memberi semangat baru kepada perwakilan Wanita UMNO di PAU 2014 di dalam perbahasannya yang menyentuh ancaman Islam dan tanggungjawab serta tindakan Wanita UMNO pada hari ini dan di masa hadapan telah mendapat sambut yang sangat baik sehingga beliau telah diberi 'standing ovation' dan perbahasannya telah disambung selama tiga kali dan berakhir selama 45 minit.

Dr Mashitah memulakan perbahasannhya dengan sekali lagi memberi ingatan bahawa perjuangan UMNO adalah berasaskan kepada agama, bangsa dan tanahair yang jelas termabktub di dalam Perlelmbagaan UMNO Fasal 3. 

Agama ahli UMNO adalah Islam, bangsa ahli UMNO adalah Melayu dan Bumiputera dan tanahair ahli UMNO ialah Malaysia. Negara kita yang juga jelas menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan, kini berhadapan dengan pelbagai bentuk serangan dan ancaman.

Apakah ancaman dan serangan yang perlu diketahui para perwakilan wanita UMNO?

Di antara isu-isu ancaman yang dikongsi Dr Mashitah adalah apabila dengan berani mereka yang bukan Islam mencaci maki, dijual bakuteh halal, ibu-ibu tunggal Islam diberi makan di gereja dan yang paling serius apabila hukum hakam dan fatwa telah mula dicabar mereka.

Dengan pelbagai penghinaan, cabaran dan ancaman terhadap Islam pada hari ini, Dr Mashitah bertanya;
"Adakah para perwakilan di dewan ini yang mewakili suara seluruh wanita umno tidak rasa tercabar, tidak rasa sensitif, tidak rasa sedih dan tidak rasa geram?"
kemudian beliau menyoal;

Kenapa tak bersuara? Jangan diam! 
Mana suara kita di alam maya?
Mana suara kita di media? 
Kita jadi silent majoriti? 
Bila tanya... jawapannya; akak memang tak setuju tapi akak malas nak gaduh dengan dia orang. 

Akhirnya yang vokal adalah mereka yang minoriti dan mereka bercakap. gama Islam diasak dari pelbagai sudut, dengan kenyataannya, dengan perbuatannya, penulisan dan pemikiran samada di akhbar, laman web mahupun di dalam ceramah.

Senario hari ini menyaksikan kedudukan islam dan hak istimewa orang melayu terus dicabar. Umat Islam diasak dari pelbagai sudut dengan pernyataan, perbuatan, penulisan, pemikiran samada dalam akhbar, laman web mahupun dalam ceramah, saban hari ada saja perkara berkenaan islam dipertikaikan.

Itulah agenda jahat musuh Islam yang cemburu dengan kejayaan pencapaian Malaysia kerana selepas 57 tahun negara mendapat kemerdekaan, baru kini mereka sedar kekuatan Islam di Malaysia perlu diancam untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat kita yang berbilang bangsa. Inilah juga merupakan gimik politik bagi mereka yang mempunyai kepentingan.

Yahudi dan juga musuh-musuh Islam juga  faham dan ketahui bahawa selemah-lemah umat Islam, mereka juga fanatik kepada agama dan hukum.

Maka itu, agenda musuh Islam bukan mengajak kita murtad atau keluar Islam tetapi mereka akan kelirukan umat Islam. 

Bagaimana musuh Islam akan kelirukan kita dan apa strategi mereka?

Mereka akan cipta Islam dan ulama gaya baru. Mereka akan kelirukan kita sehingga kita tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk di mana yang maaruf disangka mungkar dan mungkar disangka maaruf. Inilah zaman krisis atau crisis of perception yang sedang kita lalui sehinggakan orang yang baik pun akan jadi keliru.

Mula-mulanya akidah kita akan dikelirukan dan mereka akan bercerita... Islamke, Kristianke, Buddhake... sebenarnya semua agama ni baik, semua agama ni mengajak kepada kebaikan, mana agama yang ajak kepada keburukan... 

Mereka seterusnya kelirukan akidah kita apabila membuat persamaan di antara tuhan dengan Allah, sedangkan Allah menyebut... Laillahaillah - tiada tuhan melainkan Allah.

Itulah sebenarnya liberalisma dan pluralisma yang menyamakan semua agama untuk dikelirukan.

Perlahan-lahan, seterusnya kita dikelirukan pula makna toleransi agama. Perkara 11(1) memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, maka inilah yang disebut toleransi agama. Maknanya apabila anak-anak kita telah berusia 18 tahun, mereka boleh pilih agama apa pun.

Tidak cukup dikelirukan dengan akal dan serangan pemikiran, kita akan juga akan diyakinkan  dengan logik saja sehingga akhirnya kita nampak banyaknya
perkara dalam agama yang tidak logik.

Di atas nama hak dan kebebasa, kita akan dikelirukan pula dengan jantina di mana lesbian, gay, bisexual, transgender dijadikan sebagai mangsa yang perlu dibela.

Begitu juga kita dikelirukan dengan al-quran apabila orang Islam diajak untuk tidak perlu lagi baca dan khatam di mana cukup saja membeli barangan seperti adanya kismis quran, ada cokelat quran, ada air quran dan inilah yang dikatakan strategi jahat musuh Islam.

Terdapat pula idea baru di mana al-quran diminta dibuat di dalam bahasa melayu dengan alasan orang bukan Islam pun ingin faham al-quran. Sekiranya ini berlaku, akibatnya adalah jahanam dan kita pula jangan lupa yang Allah turunkan Al quran dalam bahasa Arab.

Rasulullah pernah sebut, ini adalah zaman keliru, dikelirukan sesama saudara Islam sehingga orang Islam bergaduh sesama sendiri dan lupa siapa musuh sebenarnya dan siapa yang perlu diperangi. Islam berpecah kepada fahaman syiah, fahaman sunni yang telah lama berperang begitu lama sesama Islam. 

Kini fahaman wahabbi. Mula kata orang bidaah, lepas tu syirik dan kemudiannya dikafirkan pula.

Kita semua tahu, Rasulullah saw datang mengislamkan orang kafir tapi mereka kafirkan orang Islam. Lepas dikafirkan, halalkan darah dan akhirnya berperang sehingga orang Islam keliru dibuatnya. Inilah yang berlaku di Afghanistan, Pakistan dan Arab Spring - Iraq, Iran, Syria, Yemen, Tunisia, Mesir, Libya... peperangan antara negara Islam yang merupakan tragedi paling besar menimpa umat Islam di abad ke 21 ini.

Oleh itu, bertepatan dengan pesanan Rasulullah saw di dalam mukjizatnya;


Apa lagi strategi musuh Islam.... akan bersambung di bahagian 2 nanti.


No comments: