Thursday, November 06, 2014

APA JADI SAHAM FGV... TONY PUA HANYA BERI KULIT SAJA


Di dalam ramai ahli politik yang mewakili Pakatan Pembangkang, mengapa Tony Pua saja yang ke hadapan mengkritik Felda? Sebelum diteruskan penerangan keadaan sebenar kedudukan saham FGV, perlu kita ketahui, kenapa Tony Pua dan apa niat sebenarnya?

Baru-baru ini,
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengesahkan pengurusan kewangan Felda dan FGV bersih dari unsur-unsur rasuah. Dan di antara jawatankuasanya adalah MP PJ Utara, Tony Pua yang mewakili DAP.

Felda dan FGV bersih rasuah dan ini bukanlah pisau untuk pembangkang dan Tony Pua perlu mencari isu lain, asalkan dapat merosakkan imej Felda terus-terusan.

Apabila berada di dalam PAC, Tony Pua mudah akses di dalam urus kewangan Felda. Rasuah tidak boleh disabitkan dan kini Tony Pua mempersoal keuntungan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) kerana jatuh dari RM5.30 pada 28 Jun 2012 ke RM3.67 pada 11 September 2014.

Tony berlagak risau dan sarankan kerajaan bertindak dan seterusnya meletakkan Tan Sri Isa Samad bertanggungjawab dan seterusnya membandingkan prestasi syarikat pertanian lain seperti IJM Plantations, IOI Corp, Genting Plantations dan Sime Darby sendiri yang turut mengalami kejatuhan stok tetapi kecil berbanding saham FGV.

Kita tidak mengharapkan pemikiran pembangkang yang sentiasa negatif dan celaru untuk menerima penjelasan sebenar tetapi perlu kita ingat niat sebenar mereka dan maklumat yang diberi kepada rakyat hanyalah di bahagian kulitnya saja. Yang pasti, kulit itu pasti buruk dan rosak untuk kelirukan rakyat.

Samada lembaga pengarah atau pengurusan Felda, mereka terdiri daripada individu yang mempunyai kelayakan serta pengalaman di bidang masing-masing dan Tan Sri Isa sebagai Pengerusinya menitikberat untuk sentiasa mengambil pakar-pakar dan tenagakerja profesional. Ini adalah untuk memastikan kegemilangan Felda yang berterusan serta menghadapi cabaran untuk dua tahun lagi bagi merealisasikan impian Felda.

SAHAM FGV... ini isinya!

Perlu kita ketahui, pelaburan di dalam industri perladangan seperti FGV adalah pelaburan jangka panjang. Semenjak penyenaraian IPO pada 2012, FGV telah mencatatkan perkembangan berterusan pulangan, keuntungan dan dividen yang dibayar kepada pemegang saham.

Pada tahun berakhir 31 Disember 2013, FGV terus membuat perkembangan yang kukuh walaupun berhadapan dengan suasana pengurusan yang mencabar, di mana keuntungan selepas cukai adalah sebanyak RM1.1 bilion iaitu kenaikan sebanyak 30.2% selepas 2012.

FGV membayar sebanyak RM0.16 setiap saham atau RM583.7 juta yang mewakili 60% dari Untung Bersih. Ini sebenarnya 20% lebih tinggi dari apa yang telah dijanjikan dan tercatat di dalam prospektus IPO FGV. Ini membuktikan polisi dividen FGV adalah salah satu yang terbaik dan terpuji di negara ini.

75% keuntungan FGV adalah dari perniagaan  keseluruhan perladangan dan pasti sahamnya pun turut terkesan apabila harga minyak sawit dunia jatuh baru-baru ini.

Untuk Tony Pua membandingkan prestasi perniagaan FGV dengan beberapa syarikat lain yang juga menjalankan perniagaan perladagangn tetapi bukan sepenuhnya seperti
Sime Darby yang hanya 25% dari keuntungan keseluruhan dari hasil perladangan... PERBANDINGAN TONY PUA ADALAH SALAH!

FGV tidak berniaga dalam hartanah, pemotoran atau pengeluar produk dan adalah logik jika harga perdagangan FGV berkait rapat dengan harga kelapa sawit dunia.

FGV akan menikmati kedudukan harga sawit tertinggi apabila perladangan FGV matang pada 2021 yang ketika ini sedang melalui penanaman semula. Dan ketika itulah, syarikat perladangan lain akan merasai keperitannya.

Sebenarnya tidak ada perbandingan tepat dalam pasaran untuk dibandingkan dengan FGV.  Ini termasuk IOI dan KLK yang tidak menjalankan perniagaan perladangan sepenuhnya.

Adalah satu perkara biasa apabila harga saham FGV turun naik kerana ia hanya bersifat sementara dan pasti setelah harga minyak sawit dunia menurun, pada satu waktu ia akan mula meningkat dan pasti FGV akan mengalami keuntungan. Ketika itu, kita lihat samada Tony Pua akan meraikannya juga atau seperti biasa mendiamkan diri dengan kejayaan FGV.

No comments: