Sunday, November 30, 2014

#PAU2014 : INTIPATI MESEJ PRESIDEN



1) Cerita PAU 2014 jadi berita utama. Ini bukti perhimpunan agung UMNO jadi tumpuan utama rakyat. Inilah gah parti UMNO. 

2) “Melihat masa lampau dengan penuh kesyukuran, dan memandang masa depan dengan penuh keyakinan” inilah perjuangan parti keramat UMNO. 

3) Solidariti – bersatu dalam satu angkatan kukuh dan padu. Inilah asas British bagi kemerdekaan, sebab kita ada solidariti. 

4) Maqasid Syariah – Indeks Maqasid Syariah ini melihat bagaimana penilaian dibuat untuk menentukan halatuju Malaysia mengikut landasan Islam. Satu task force ini akan diketuai oleh UIA, Jakim dan pakar pakar agama. Indeks ini akan dibentang pada bulan Februari 2015. 

5) Ekonomi – 6.1% pertumbuhan ekonomi, jika tumbuh pada kadar 2-3% maka banyak kesan akan dirasai. Peruntukan akan dipotong dan TNT pegawai kerajaan mungkin akan terjejas. Dengan pertumbuhan ini maka agenda pertumbuhan ekonomi bumiputera akan dapat dilaksanakan.


6) GST – peruntukan tambahan mungkin akan ditambah jika pertambahan GST. Perbelanjaan untuk masyarakat luar bandar, pendidikan, PPR dan golongan rakyat akan ditambah jika hasil GST bertambah. 160 buah negara buat GST.

7) Jangan politikkan GST - Negara Burkina Faso yang miskin tidak akan buat GST jika tidak menguntungkan. GST dibuat sebab ramai yang tidak bayar cukai. 

8) Luar bandar kubu kuat UMNO, MARA akan ditambah peruntukan, daripada mana kita hendak pinjam lagi? Kita akan hilang kedaulatan jika pinjam lagi. Kita kena berdiri di atas kaki sendiri. 

9) Peluang pekerjaan – kebolehan berkomunikasi, Skim Latihan 1Malaysia akan ditambah 100%, Khazanah akan main peranan, semua ini dibuat kerana hasrat perwakilan.

10) Tanah rizab Melayu mesti dipertahankan – jika dibuka untuk pembangunan mesti digantikan, jangan rezab sahaja tetapi mesti dibangunkan, mesti ada dana untuk pembangunan, akan dibangunkan untuk memastikan pulangan bernilai untuk pemilik tanah. 

11) Ada yang kata kita tidak perlu undi orang Cina? Kenapa Tuanku Abd Rahman buat Perikatan jika tidak untungkan kita? Kenapa Tun Razak tubuhkan BN, jika tidak untungkan? Kenapa Pak Lah, Tun M pertahankan BN jika tidak menguntungkan? 

12) Jangan menang sorak kampung tergadai – orang Siam tidak ramai di Pengkalan Kubor, mereka ada 1700 undi, jika kita abaikan maka akan defisit 3,400 undi.

13) Tegas tetapi adil pada kaum lain, kontrak sosial adalah untuk bina negara Malaysia yang berjaya. 

14) Perhimpunan ini lain dari biasa, kerana isunya adalah Akta Hasutan 1948. Saya dapat rasakan, sebagai pemimpin saya merasai denyut nadi rakyat. 

15) Saya boleh pilih untuk umumkan di parlimen, kenapa saya umumkan di PAU? Kalau ahli UMNO mahu saya kekalkan, maka saya mesti umumkan di depan ahli ahli parti saya.

16) Akta Hasutan ini lindungi yang Islam dan juga bukan Islam. 


17) Tanggungjawab saya sebagai PM adalah jaga keselamatan negara kita. Tak boleh hina Islam, hina raja Melayu, hina hak Melayu dan juga jaga hak kaum lain. Kalau asyik bergaduh sahaja kerja lain pun tidak jadi. 

18) Malam jumaat pun tak jadi. Akta Hasutan ini akan dibawa dalam sidang parlimen akan datang nanti. 

19) Kita minta ketegasan dari peguam negara. Kita minta pihak polis buat siasatan rapi, kita minta SKMM bertindak. Jika tidak mahu penghasut perkauman. 

20) Kita tidak mahu bagi warning lagi. Sudah tiada warning lagi. Kita akan terus ambil tindakan.

21) Pemimpin tidak betul pun dia bela habis habisan, kalau kena dekat pemimpin UMNO sudah masuk jongkang sudah. Kalau salah pun tegurlah dengan baik. Sama samalah jaga sama kita barulah parti kita kuat.


22) Pembangkang ini sebenarnya lebih teruk dari kita. Anifah Aman ditawar RM100 juta untuk bawa 10 orang keluar parti, inilah contoh “the mother of all corruption”. 

23) Pembangkang lagi teruk, suruh wakil rakyat letak jawatan, suruh MB letak jawatan semata mata hendak beri isteri dia jawatan. Inilah nepotisme.

24) Friendly fire is not friendly, Janganlah tembak kita, tembaklah pembangkang. 

25) Solidariti – pasti UMNO akan tetap kuat. 

26) Peremajaan UMNO – zaman saya pun puluhan Ketua Pemuda bermasalah dengan Ketua Bahagian. Namun proses itu akhirnya dibuat dengan cara sepakat. 

27) Berilah peluang, mesti ikut merit dan ikuti JIL UMNO. Ada masanya kita perlu orang lama, misalnya di Pengkalan Kubor. 

28) Kita perlukan pada semua orang. Ada yang sms pada saya, “hang tak mau dah ka kat aku?” Tak lah bukan begitu. Remajakanlah roh UMNO. 


29) Hajah Rahmah – roh UMNO kuat. “Setiap butir nasi yang dimakan itu adalah perjuangan UMNO” ungkapan Dr Nawar dari Pokok Sena. Ini dua contoh yang baik tentang semangat UMNO. 

30) Dapat semua serbi dari UMNO kemudian tikam UMNO, ini bukan peremajaan ini pengkhianat UMNO. 

31) Segala tindakan telah diperhalusi, segala keputusan dan tindakan kepentingan bumiputera tidak akan ditinggalkan. 

32) Jadilah kita barisan hadapan. Berjanjilah selagi hayat dikandung badan, parti UMNO kita pertahankan. Maju UMNO, Maju Barisan, Maju Malaysia.

Ucapan diakhiri dengan Lagu Anak Kecil Main Api.

sumber: TV14

No comments: