Friday, March 21, 2014

#PRKN25KAJANG : KEMPEN TANGKAP PENGUNDI HANTU... TAWARAN RM1,000



Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong akan menjalankan satu kempen untuk mengesan dan menangkap pengundi luar samada ia pekerja asing atau dari luar Kajang. Beliau juga telah menawarkan saguhati sebanyak RM1,000 kepada sesiapa saja yang berani menangkap pengundi dan dibawa ke mahkamah. 

Tawaran ini adalah komitmen MCA untuk membenteras sebarang berita-berita palsu yang BN sedang berusaha membawa pengundi-pengundi hantu ini.

Sebenarnya inilah permainan pihak pembangkang ketika PRU13 lalu di mana mereka menuduh BN telah mengimport 40,000 pengundi dari Bangladesh. Akhirnya, apabila diminta bukti mereka gagal tetapi tetap memainkan isu ini bagi menimbul keraguan dan kemarahan rakyat.

Tidak menjadi satu kejutan jika pembangkang akan menimbulkan isu ini. Kita tidak perlu tunggu terlalu lama apabila Neng Jijah telah mempersoal kononnya terdapat pertambahan pengundi yang mendadak ketika undi pos beberapa hari lalu. Yang berlaku, pertambahan hanyalah seramai 17 pengundi. Neng Jijah tidak pun memohon maaf kesilapan beliau walaupun digelar PENIPU BESAR oleh pihak SPRM.

Di samping itu, Dato Wee talah meminta kerjasama media untuk menyebar dan memaklumkan kepada sesiapa yang menyebarkan khabar angin yang bilik gerakan MCA akan mengeluar BRIM atau saguhati... MCA TIDAK BERI DUIT DI SINI. Tetapi kepada sesiapa yang sudi untuk menyebarkan risalah... DATANGLAH KE BILIK GERAKAN MCA.

Datuk Wee menegaskan yang MCA tidak akan menjadikan amalan memberi saguhati sebagai satu budaya.

Oleh itu, MCA memang bersedia dengan serangan yang lebih hebat dijangka berlaku hingga hari mengundi.


Thursday, March 20, 2014

#PRKN25Kajang : PENIAGA #KAJANG DIABAIKAN PKR... HABISLAH!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR telah gagal beri perkhidmatan yang baik kepada penduduk terutamanya peniaga di Pasar Kajang. Selama 6 tahun diberi kepercayaa rakyat Kajang, Lee Chin Cheh telah gagal beri perhatian terhadap in infrustruktur dan keselamatan di kawasan ini.

Rungutan peniaga telah diabaikan PKR dan kini Mei Fun berjanji berjanji akan memberi khidmat terbaik dan mendengar denyut nadi penduduk andai diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.


Pemimpin pembangkang pernah menuduh kerajaan BN tidak menunaikan janji pilihan raya, tetapi apabila tinjauan dibuat di sekitar Kajang, didapati peniaga-peniaga di sekitar bandar Kajang merungut kerana kerajaan Selangor telah mengenakan caj pintu dan lesen perniagaan yang sangat tinggi. 

Kenaikan lesen dari 46 hingga 500 peratus telah dikenakan dengan sewenang-wenangnya ddan kerajaan Selangor yang diterajui PKR hanya mengambil pendekatan membisu dan tidak memikirkan soal hidup orang susah.


Wednesday, March 19, 2014

KEHILANGAN #MH370 ... Anwar Menguji Kerajaan?



Dunia seolah-olah terhenti seketika akibat kehilangan MH370.   Suasana muram menyelubungi Malaysia dan seluruh dunia.   Biarpun kejadian ini dianggap sebagai bencana, namun, hakikat bahawa pesawat tersebut ‘hilang’ dan bukannya disahkan sebagai mengalami kemalangan, memberikan harapan kepada mereka yang menanti. 

Namun, penantian itu cukup menyiksakan.  Dan penantian yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran bukan sahaja kepada keluarga yang terlibat, tetapi juga kepada semua pihak yang bertanggungjawab mencari dan menyelamat.

26 negara telah tampil membantu Malaysia dengan berbagai cara, sama ada dengan menawarkan aset untuk mencari dan menyelamat mahupun menyumbangkan tenaga dan kepakaran masing-masing.   

Malangnya, tiada satu pun petunjuk yang dapat membawa kita kepada MH370.

Dalam keadaan di mana semua kepakaran dan kecanggihan peralatan masih gagal, kita tiba-tiba dikejutkan dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang yakin bahawa beliau adalah individu yang paling layak menangani isu kehilangan MH370.   


Kenyataan Anwar tersebut dilaporkan oleh portal pro-pembangkang iaitu Malaysian Insider di bawah tajuk “Anwar takes a dig at Najib, says he can better handle international media interest in MH370".

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib takut untuk berhadapan dengan wartawan asing apabila enggan melayan soalan selepas Sidang Media Sabtu lepas.  Sidang media itu diadakan berikutan bukti baru yang menunjukkan pesawat MH370 telah mengubah haluan secara sengaja dan terkawal.

Kata Anwar, jika beliau yang diwawancara, maka beliau akan menjawab semua soalan wartawan.   Untuk pengetahuan Anwar, kita merasa musykil yang beliau akan menjawab semua soalan wartawan kerana masih terngiang-ngiang lagi di telinga kita semua bagaimana beliau mengugut untuk menyaman wartawan hanya kerana bertanyakan soalan.   
Apakah Anwar belum menonton parodi ‘U Ulang I Saman’ yang cukup popular di youtube tidak lama dahulu?

Sebuah sidang media tanpa membuka ruang untuk soalan adalah biasa dalam situasi di mana hampir tiada apa yang dapat disahkan.  Apatah lagi dalam kes MH370 ini, sidang media diadakan begitu kerap di mana soalan-soalan yang dikemukakan berulang-ulang dan bertindih sedangkan perkembangan baru hampir tiada langsung.  

Dari kenyataan Anwar tersebut, tampak jelas yang beliau amat cemburu dengan perhatian yang diterima oleh Perdana Menteri.  

Mungkin penyakit gila glamour Anwar menjadi tidak terkawal apabila melihat gambar Perdana Menteri terpampang di dalam akhbar dan televisyen seluruh dunia.  Perasaan ingin menjadi Perdana Menteri membuak-buak di dada Anwar apabila melihat wartawan asing berebut-rebut untuk bertanyakan soalan kepada Dato’ Seri Najib.  
 
Anwar juga menegaskan bahawa isu ini telah menyebabkan kepimpinan menjadi tumpuan dan sedang dinilai dari segi pengurusan negara.  Menurut beliau lagi, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan kepimpinan yang mengejutkan dunia.   Malah, berkali-kali Anwar menyebut mengenai kelemahan kepimpinan di samping ‘menawarkan’ dirinya sebagai alternatif untuk memimpin.  Secara ringkasnya, Anwar menyifatkan semua yang berlaku ini sebagai ‘ujian’ terhadap kepimpinan.

Nampaknya, dalam kita memikirkan nasib pesawat MH370, Anwar pula sibuk mempromosi diri.

Anwar kemudiannya menambah bahawa wartawan asing kini lebih selesa bertanyakan soalan mengenai kehilangan pesawat itu kepadanya kerana beliau lebih berkebolehan dalam melayan pertanyaan mereka.  

Kenyataan ini sekali gus menimbulkan kemusykilan mengenai misteri kehilangan MH370.

Kita musykil bagaimana Anwar mampu menjawab soalan wartawan dengan lebih baik sedangkan beliau bukan di dalam pasukan yang menerima taklimat mengenai hasil siasatan.

Kita musykil bagaimana beliau yakin yang beliau mampu memberi jawapan yang pihak pencari dan penyiasat sendiri tidak mampu memberikannya kepada Perdana Menteri.  

Kita musykil bagaimana Anwar mengaku boleh memberi lebih dari ‘sekadar kenyataan’ seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Anwar seolah-olah menyatakan kegembiraan kerana media kembali mencarinya, walaupun ‘ada usaha’ untuk meminggirkannya melalui kes liwatnya di mahkamah. 

Walaupun Anwar menegaskan yang beliau mampu menjawab semua persoalan, namun Anwar tidak pula menjelaskan kenapa isterinya, Wan Azizah telah menipu kononnya tidak mengenali Kapten Zaharie, iaitu juruterbang yang bertanggungjawab dalam MH370.  Sedangkan Zaharie adalah bapa saudara kepada menantu Anwar dan Wan Azizah.  

Lebih pelik lagi, Anwar merujuk kepada Zaharie seolah-olah beliau tidak lebih dari sekadar seorang penyokong tegar yang sanggup menghadiri rayuan kes liwatnya di mahkamah, seperti penyokong-penyokong lain.

Anwar juga tidak menjelaskan kenapa PKR kelihatan kelam kabut membela Zaharie dan menepis sebarang prasangka terhadap juruterbang itu walaupun tiada siapa pun yang menuduh beliau bertanggungjawab.  Malah, PKR menuduh UMNO sebagai berusaha menyalahkan Zaharie sedangkan persoalan mengenai sifat fanatik Zaharie terhadap Anwar ditimbulkan pertama kalinya oleh akhbar asing. 

Justeru, Laporan Malaysian Insider ini membawa kita kepada tiga persoalan iaitu:

  • Bagaimana Anwar begitu yakin yang beliau mampu menjawab soalan wartawan dengan lebih baik daripada Perdana Menteri yang merupakan individu utama dalam menerima laporan perkembangan misi mencari dan menyelamat MH370? 
  • Kenapa PKR begitu bersungguh-sungguh membela Kapten Zaharie?  
  • Apakah maksud Anwar mengenai ‘ujian terhadap kepimpinan’?   Apakah MH370 ‘sengaja dihilangkan’ untuk ‘menguji’ kepimpinan?

Para wartawan harus mengemukakan tiga soalan ini kepada Anwar dan berdoalah yang anda tidak akan disaman hanya kerana bertanya.

#PRKN25KAJANG : DAP DAN PKR SEDAR KHIDMAT CEMERLANG MEI FUN



Dalam laporan FMT, Datuk Lajim Ukin dikatakan bimbang jika Mei Fun menang nanti, beliau akan meletak jawatan bila tidak sehaluan dengan bosnya nanti.

Iye benar, Datin Paduka Chew Mei Fun pernah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan juga dalam parti sebagai Ketua Wanita MCA, TETAPI ATAS ALASAN APA?

Sebelum diulang mengapa Mei Fun letak jawatan, kita buka semula siapa dan apa itu Lajim Ukin.

Sebelum PRU 13, Lajim Ukin telah meletak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort. Dia telah meletak semua jawatan dalam UMNO tetapi enggan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini pula kata DS Najib;
 
"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini. Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan."

Namun Lajim telah lupa peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Timbalan Menterinya terbatal secara automatik.

Kemudian, Lajim menyertai PKR dan terus dilantik sebagai Ketua PKR Sabah sehingga menyebabkan tindakan 11 pemimpin PKR Sabah keluar parti. Mereka bukan hanya keluar parti, malah turut melahirkan sokongan terbuka kepada BN.

Lajim yang keluar UMNO kini melompat ke PKR juga kerana tidak sehaluan.

Berbanding Datin Paduka Chew Mei Fun yang dibimbangkan Lajim, di mana Mei Fun meletak jawatan di atas alasan tidak sehaluan tetapi beliau masih setia dengan parti. Alasan Mei Fun ialah mengenai prinsip dan integriti tetapi alasan Lajim tidak sehaluan, APA? Jika Lajim menyertai PKR, kita fikirlah sendiri alasannya dan yang pasti ia bukan integritinya.

Kini, Mei Fun dicabar Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Datuk Teng Chang Khim yang meminta beliau menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang dan menawarkan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

APA JAWAPAN MEI FUN?
"Saya kembali ke arena politik kerana saya mahu memperjuangkan prinsip yang betul.

"Saya ingin mengingatkan mereka bagaimana pilihan raya kecil ini diadakan iaitu PKR dengan sengaja mengosongkan kerusi ini dan mempermainkan prinsip demokrasi."

Lajim dan Teng Chang Khim TERLUPA bahawa Mei Fun telah keluar kenyataan pendiriannya terlebih dahulu sebelum mengotakan apa yang dikata. Ini adalah satu perbezaan besar berbanding dengan Lajim.

Belum lagi disentuh mengenai Anwar dan Neng Jijah. Kata akan letak jawatan tetapi masih teringin bertanding sana sini.

Kepada pengundi Kajang terutama wanita, nilailah rekod pencapaiannya dalam memperjuangkan hak golongan itu ketika menjadi Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum keluar mengundi Ahad ini.

Dan kepada pengundi yang lain, nilailah pencapaiannya berhubung perkara sama ketika tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

APA YANG MEI FUN TELAH LAKUKAN?

Beliau telah perjuangkan untuk kaum wanita agar pemberian suntikan Human Papilloma Virus (HPV) secara pecuma kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.

Beliau juga pernah mengesyorkan kepada Parlimen bagi meminda peraturan mesyuarat supaya semua Ahli Parlimen tidak mengeluarkan perkataan lucah sewenang-wenangnya terhadap wakil wanita.

Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.

Tidak cukup dengan perangai Kor Ming, Chang Khim dari DAP ini sebenarnya hanya ingin menghina Mei Fun. DAP sengaja memperlekeh kekuatan dan perkhidmatan yang disediakannya ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

Ini semua adalah kerana DAP sedar rekod pencapaian Mei Fun yang sangat baik selama ini dan terbukti bahawa beliau memang berkhidmat untuk masyarakat di PJ Utara.

NENG JIJAH PENIPU MELAMPAU, KATA SPR


Ada yang marah apabila Wan Azizah dipanggil Kak Wan kerana bagi mereka beliau tidak layak dipanggil kakak kerana beliau adalah seorang nenek sekarang. Itu adalah gurauan yang kedengaran di PRK Kajang.

Oleh itu, apakah gelaran yang lebih tepat? Maka ada beberapa rakan yang menyarankan beliau dipanggil "NENG JIJAH" dan rasionalnya adalah beliau sebagai seorang perempuan yang pura-pura berlakun menjual air mata.

Rupa-rupanya memang tepat gelaran tersebut. Dengan menjual air mata, neng jijah menjaja airmatanya untuk keadilan suami di pilihanraya Kajang.

Dan lebih tepat gelaran namanya, apabila bukan saja beliau menagih simpati dengan airmata tetapi cuba menipu rakyat.

Semalam berlangsung pengundian awal di Kajang dan Neng Jijah telah menjerit apabila pihak SPR tidak membenarkan wakil bertanding memantau dan terus membuat andaian yang SPR telah sengaja membuat pertambahan pengundi yang sangat banyak berbanding jumlah pengundi semasa PRU13.

Ketika PRU 13, Neng Jijah kata jumlah pengundi awal hanyalah 300 dan di PRK Kajang, SPR telah menambah ke 1,197.

Aduhai Neng Jijah... selepas berlakon kini menipu?

Ini penjelasan Tan Sri SPR;

"Jumlah pengundi awal yang layak mengundi ialah sebanyak 1,197 orang, pertambahan sebanyak 17 pengundi berbanding 1,180 ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu.

"Tuduhan bahawa SPR sengaja menambah bilangan pengundi disebabkan dakwaan undi awal kebanyakannya menyokong Barisan Nasional (BN) merupakan satu pembohongan besar dan melampau.

"Untuk makluman, jumlah pengundi awal atau pengundi biasa ditentukan berdasarkan jumlah semasa pengundi sehari sebelum seseorang penyandang meletak jawatan, maknanya kita tidak boleh sesuka hati menambah bilangan selepas berlaku kekosongan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

Apa dah jadi dengan jentera pilihanraya PKR Neng Jijah? Tak semena-mena kamu dipanggil NENG JIJAH PENIPU pula.

Inilah contoh apabila asyik mengharapkan orang lain membuat kerja dan jika diberi maklumat palsu pun kamu tak tau. Apakah kamu layak menjadi wakil rakyat Kajang?