Saturday, November 18, 2017

MCA ADA SKUAD PENYELAMAT BENCANA BANTU MANGSA BANJIR, DAP ADA APA?


Daripada sibuk menuding jari sana sini dan mempersoal siapa bantu dan siapa tak bantu mangsa banjir di Pulau Pinang, ikut contoh Skuad Penyelamat Krisis MCA (CRS) yang tidak langsung perlukan publisiti dan jauh sekali untuk politikkan bencana banjir di Pulau Pinang. Walaupun MCA tau ini adalah negeri musuh politik mereka, namun yang lebih penting adalah selamatkan nyawa manusia dan ringankan kesengsaraan mereka.

CRS MCA bukan baru ditubuhkan malahan ketika Kelantan dan Pahang dilanda banjir besar, pasukan penyelamat MCA ini telah sama-sama mengharung air bah untuk selamatkan mangsa dan setelah air bah mula surut, mereka teruskan pula usaha pembersihan terutamanya di kawasan sekolah yang diliputi lumpur.

Kemudian, apabila Sabah dilanda malapetaka gegaran gempa bumi yang kuat dan mengakibatkan beberapa bangunan runtuh, CRS MCA juga telah pergi untuk membantu membersihkan kawasan-kawasan yang rosak yang dipenuhi debu batu runtuh.

Dari bermulanya 200 anggota sukarelawan, kini CRS MCA telah menghantar seramai 600 sukarelawan khusus membantu mangsa di Pulau Pinang dan Kedah. Seramai 50 sukarelawan telah membersihkan kawasan Jit Sin High School di Bukit Mertajam dan juga Chung Ling High School di Georgetown.



Pada masa yang sama, MCA telah menghantar sebanyak 1,000 tilam setebal 8cm di Jit Sin High School. Di Kedah pula, pasukan CRS MCA telah menolong mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sungai Dua.

Seharusnya usaha CRS MCA ini dicontohi DAP dan Pakatan Harapan dan bukannya terus-terusan mencari alasan kenapa banjir berlaku. Pendekatan DAP inilah yang membuat rakyat berasa meluat dan putus harapan terhadap mereka.

Apabila rakyat tegur, dikatakan mereka memusuhi DAP. Sedangkan telah banyak petunjuk nyata yang bakal membawa kepada berlakunya banjir besar di Pulau Pinang. Jika mengikut rekod, tahun ini saja Pulau Pinang telah dilanda banjir dan agak tidak masuk akal apabila Guan Eng sehingga pernah keluar kenyataan jika air bertakong tidak berlaku di sesuatu taman perumaha, itu tidak boleh dikira banjir.

Perlu kita ingat, oleh kerana keangkuhan pentadbiran Guan Eng dan DAP, bukan saja harta rakyat telah musnah malahan terdapat juga nyawa yang hilang.

DAP perlu belajar dan ada sikap prihatin seperti CRS MCA dan bukan sekadar menghasut rakyat membuang masa hadir berdemonstrasi di jalan.

No comments: