Sunday, November 05, 2017

APAKAH PEMBANGKANG MASIH INGIN TABUR FITNAH SELEPAS ULASAN POSITIF DARI FITCH RATINGS?


Pada awal tahun 2015, blok pembangkang begitu gembira apabila agensi penarafan Fitch Ratings mengumumkan untuk menurunkan taraf kredit negara dan telah lebih setahun agensi itu sentiasa memberi pandangan negatif terhadap Malaysia walaupun penarafan peringkat antarabangsa yang lain termasuk oleh Moody’s dan Standard & Poor’s telah menyatakan prospek negara ialah stabil.

Dan ketika ini juga serangan ke atas pentadbiran PM Najib Razak sedang rancak dilakukan disebabkan kelemahan pengurusan kewangan 1MDB. Namun pada masa yang sama, dalam kenyataan berasingan mereka berpandangan, apa jua ketidaktentuan yang menyelubungi 1MDB tidak akan menjejaskan sistem perbankan dan kewangan negara memandangkan amalan pemberian pinjaman yang diamalkan perbankan Malaysia adalah cukup baik.

PM Najib dan kerajaan di bawah kepimpinannya berazam dan komited akan meneruskan usaha untuk memastikan kedudukan ekonomi negara terus kukuh dan kompetitif meskipun berhadapan situasi pelbagai situasi yang mencabar.

Walau apa pun pandangan mereka, PM Najib dan kerajaan di bawah kepimpinannya berazam dan komited akan meneruskan usaha untuk memastikan kedudukan ekonomi negara terus kukuh dan kompetitif meskipun berhadapan situasi pelbagai situasi yang mencabar. Oleh itu, Fitch Ratings mengekalkan Malaysia di A-.

Menjelang PRU14, blok pembangkang terutamanya dari Pakatan Harapan semakin galak menghasut rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara ketika ini perlu ditukar demi menyelamatkan Malaysia. Agenda yang dicanang ini, akhirnya terbukti bercanggah dengan pencapaian negara khususnya apabila mendapat pengiktirafan di peringat global seperti umpulan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan termasuklah Fitch Ratings.

Lantas sepertimana yang dinyatakan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, dengan analisa positif dari Fitch Rating ini ternyata membuktikan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, benar-benar mengemukakan satu bajet rakyat yang penuh telus, berhemah dan bertanggung jawab. Analisa Fitch berpijak pada bumi nyata, berdasarkan fakta dan bukan auta sepertimana yang dituduh pembangkang sebagai bajet gula-gula.

Di samping itu, Fitch Ratings juga jelas menyifatkan Bajet 2018 sebagai seimbang dalam memenuhi keperluan rakyat dan pengukuhan fiskal negara tanpa mengorbankan sasaran dalam merendahkan defisit. Meskipun pendapatan negara telah mengurangkan keberantungan kepada minyak dan gas, komoditi ini kekal sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara dan tetap sensitif kepada pergerakan harga komoditi dunia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa negara begitu memerlukan pengiktirafan agensi penarafan seperti Fitch Rating. Setiap analisan dan pandangan dari agensi-agensi dunia ini mampu mempengaruhi pelabur-pelabur asing samada mereka melabur ke negara kita ataupun pelaburan di luar negara. Ia juga mampu mempengaruhi pelabur untuk mengetahui keupayaan kerajaan dalam operasi kewangan dan kestabilan fiskal samada untuk jangkawaktu sederhana dan panjang.

Dasar-dasar luar negara juga diambil berat dan yang pasti, apabila negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti China, Amerika, Arab Saudi dan India telah menunjuk minat mereka terhadap pelaburan Malaysia, sekali gus ia mempengaruhi pandangan dan analisa penarafan dunia ke arah positif.

Berbekalkan keyakinan dunia kepada pentadbiran PM Najib Razak, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan blok pembangkang terutamanya yang berada di dalam genggaman DAP agar mereka membuka mata menerima kenyataan Fitch Rating dan badan-badan dunia lain dan ia hanya satu usaha sia-sia sekiranya mereka masih berniat jahat dan terus-terusan menabur fitnah kerana rakyat hari ini pasti akan memilih kerajaan yang mampu melaksanakan kejayaan.

Oleh itu tidak ada sebab mengapa di bawah pimpinan UMNO sebagai peneraju parti pemerintah berserta parti komponen lain dalam Barisan Nasional perlu ditukar. Malahan Barisan Nasional ini perlu dikekalkan tanpa ada perasaan ragu-ragu lagi.

No comments: