Wednesday, October 25, 2017

YB NANCY : RAKYAT BOLEH SAKSIKAN KEJAYAAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DI SIMPOSIUM LPT 2017


Setiap tahun pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) yang dihadiri oleh wakil-wakil yang berkepentingan dari dalam dan juga luar negara.

Inilah salah satu platform yang digunakan oleh para akademik dan pihak yang berkepentingan mengutarakan cadangan sambil meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya di kalangan syarikat pengendali.

Bagi YB Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal SPAD, adalah lebih mustahak bagi rakyat apabila mereka juga dapat mengikuti dan melihat sendiri perkembangan transformasi pengangkutan awam darat yang telah dan sedang dilakukan pihak kerajaan.

Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2017 telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebelum itu satu majlis makan malam telah diadakan bagi meraikan pemenang anugerah untuk mengiktiraf jasa dan pencapaian pemain-pemain utama industri pengangkutan awam darat.



Di majlis makan malam ini, sebanyak 13 buah syarikat pengangkutan dan lapan individu menerima Anugerah Industri SPAD 2017. Lima pemandu teksi telah diberi penghargaan ke atas sikap mereka yang jujur dan berjaya membawa imej bersih bukan saja kepada dirinya tetapi kepada negara. Di antaranya  adalah Ismail Md Rose, Chong Theam Kwai, Zamrod Adam, Megat Iskandar Megat Rusli dan Mohamad Harisham Jusoh.

Selain kelima-lima pemandu teksi itu, pengusaha bas ekspres juga telah dinilai dan di antara syarikat yang mendapat penghargaan SPAD adalah Konsortium E-Mutiara Berhad, Tiara Pesona Sdn Bhd dan Syarikat Pengangkutan Maju Berhad dari Johor serta pengusaha bas henti-henti dari Handal Indah Sd Bhd, juga dari Johor.

Bagi industri rel, tiga kakitangan iaitu Suryati Sukiman dari Ampang Line, Saravanan Subramaniam (monorel) dan Mohd Nordin Kimi (KTMB) diberi penghargaan kerana perkhidmatan layanan pelanggan mereka yang dedikasi dan bermutu.

Di antara yang berjaya memenangi anugerah termasuk juga Syarikat Logistik Petikemas Sdn Bhd untuk pengusaha kontena terbaik, Express Rail Link Sdn Bhd sebagai pengusaha rel terbaik, Melaka Sentral pula adalah pengusaha terminal bas terbaharu terbaik di mana ia diuruskan secara persendirian, manakala Terminal Sentral Kuantan pula memenangi anugerah pengusaha terminal bas terbaharu terbaik yang diusahakan oleh Majlis Perbandaran.

Untuk kategori terminal rel, KL Sentral diberi anugerah sebagai terminal rel terbaik, JB Sentral untuk terminal rel terbaharu terbaik dan GTRS Team Kelana Jaya Line dari Rapid Line Sdn Bhd menang anugerah inovasi.

Kejayaan pengangkutan awam darat bukan saja di kalangan pemain industrinya malahan di antara aspek utama kejayaan mereka adalah kakitangannya. Maka mereka juga mendapat pengkitirafan dari pihak SPAD.
 

No comments: