Sunday, October 29, 2017

MCA : BAJET 2018 MAMPU HASILKAN LIMPAHAN NIKMAT UNTUK SEMUA LAPISAN RAKYAT MALAYSIA


Potensi pertumbuhan ekonomi negara akan mampu direalisasikan dalam Bajet 2018 bagi menampung keperluan rakyat. Begitulah pandangan bersama Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga Timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong yang yakin bahawa Bajet 2018 adalah menyeluruh dan holistik dalam membuka ruang untuk pertumbuhan yang lebih mantap.

Sebagai Bajet yang berpaksikan rakyat, di antara langkah-langkah yang utama yang telah dirancang adalah memberi fokus kepada kumpulan yang berpendapatan B40 dan M40 di mana isi rumah M40 yang berpendapatan bulanan di bawah RM9,000, mereka akan mendapat manfaat daripada pengurangan cukai pendapatan dan seramai 260,000 rakyat tidak lagi akan berada di bawah kategori pembayar cukai. Ini adalah inisiatif yang sangat positif dan dengan itu mereka mampu menangani kos sara hidup yang lebih baik.

Selain dari itu, Bajet 2018 juga mampu memenuhi keperluan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dengan tanpa mengira latar belakang kaum berpeluang mendapat manfaatnya. Di dalam memenuhi kepentingan pembangunan sosia rakyat bagi memastikan negara mempunyai perpaduan di kalangan masyarakatnya yang berbilang kaum, dana PKS kepada kepada komuniti Cina juga diteruskan malahan telah ditambah sebanyak RM30 juta yang disalurkan kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk penjaja komuniti Cina.

Bagi MCA yang bertanggungjawab ke atas masyarakat Cina, sangat berterima kasih kepada PM Najib kerana masih terus menyalurkan peruntukan kepada Kampung Baru sebanyak RM75 juta untuk pembangunan dan pembaikan. Di antara lainnya, PM Najib juga mengumumkan pelepasan GST ke atas pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiayai melalui sumbangan derma yang merupakan imuniti sosial untuk membantu pembangunan sosial negara.

Pendidikan telah lama menjadi salah satu agenda teras MCA, dan keputusan PM Najib untuk memperuntukkan RM50 juta untuk membiayai SJKC adalah sangat dialu-alukan.

Inilah bukti kekuatan dan perpaduan Barisan Nasional sebagai gabungan pelbagai bangsa yang menjaga semua rakyat Malaysia. Ketika ekonomi global masih mencabar, MCA juga berkeyakinan yang Bajet 2018 mampu melonjakkan ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Paling penting, ia adalah rancangan afirmatif untuk memastikan pendapatan per kapita Malaysia terus meningkat.

Dengan pelbagai rancangan yang mampu merancakkan ekonomi negara, Bajet 2018 sekali gus telah menafikan segala fitnah dan tohmahan yang dilemparakan Pakatan Harapan terhadap kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak terutamanya, tuduhan yang negara akan bankrap dan menuju ke sebuah negara yang gagal.

Ternyata, Bajet 2018 Barisan Nasional adalah jauh lebih baik daripada Bajet Alternatif Pakatan Harapan yang selari mampu memacu pembangunan inklusif dengan limpahan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia menikmatinya. Inilah bajet yang benar-benar berpaksikan rakyat dari kerajaan BN yang prihatin dan bertanggungjawab.

MCA berpuas hati

No comments: