Friday, October 20, 2017

PRESIDEN MCA : SEMANGAT DEEPAVALI UNTUK ERATKAN LAGI PERHUBUNGAN


Kelebihan yang ada dalam Barisan Nasional adalah parti-parti komponennya sentiasa tidak tinggal mengucapkan dan meraikan hari kebesaran rakan mereka yang terdiri daripada perayaan berbilang bangsa. Walaupun Deepavali diraikan oleh masyarakat India, namun sebagai rakan parti di dalam BN, MCA turut menghantar ucapan dan turut meraikan bersama.

Di atas semangat setiakawan di dalam BN, kesemua pemimpin utama parti komponen telah bersama-sama PM Najib menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves dan Rumah Terbuka MyPPP di Little India, Brickfields. Lebih mengujakan apabila rakan-rakan dari masyarakat Cina dari MCA seluruh Malaysia juga turut mengunjung rakan-rakan MIC yang membuat rumah terbuka.

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang memakai pakaian krim kurta bersama-sama rakan-rakan parti komponen yang lain, kemudian melawat kolam khas yang bertemakan 'Negaraku' serta disambut dengan sorakan orang ramai dari berbilang kaum telah memeriahkan lagi perayaan Deepavali.

Inilah yang dimaksudkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di dalam perutusan Deepavalinya yang mengajak ahli-ahli MCA dan seluruh rakyat Malaysia mengambil semangat Deepavali untuk mengeratkan lagi perhubungan dan bersatu sebagai 'satu rakyat' Malaysia di samping mengekalkan warisan pelbagai budaya yang kaya.

Di samping ramai-ramai sedang bergembira meraikan perayaan Deepavali ini di samping keluarga dan rakan, Datuk Liow menyeru agar ia juga dijadikan sebagai satu cara untuk membina semula persahabatan.

Kedatangan Deepavali adalah sinonim dengan menyambut kejayaan yang ditafsirkan dari kemenagan cahaya dari kegelapan. Oleh itu, Datuk Liow mengingatkan juga di dalam kenyataannya tentang kepentingan sentiasa menjaga keamanan dan perpaduan yang mampu menjadikan kita rakyat yang berjaya di masa hadapan dan seterusnya.



Di dalam semangat yang sama, adalah penting untuk rakyat terus teguh menentang segala suara-suara ataupun tindakan mereka-mereka yang cuba untuk merobohkan perpaduan kita sepertimana yang digerakkan kumpulan-kumpulan tertentu dan terutama sekali dari pemimpin parti-parti pembangkang.

Selaku menteri di bawah portfolion pengangkutan, Datuk Liow mengingatkan rakyat agar sentiasa berhati-hati ketika memandu menuju ke kampung halaman masing-masing.

Inilah rakyat uniknya rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Ingat-mengingati, berbalas ucapan dan yang lebih penting, perayaan seperti Deepavali ini, rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk berehat dan bercuti bersama keluarga dan rakan.

Deepavali Nal Valthukal untuk rakan-rakan MIC dan MyPPP dari warga MCA.

No comments: