Friday, September 29, 2017

MEDIA BERBAHASA CINA SAMBUT BAIK PERHIMPUNAN PATRIOTIK MASYARAKAT CINA ANJURAN MCA


Selepas PRU13, kita masih ingat pertanyaan yang menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia, "Apa lagi yang bangsa Cina mau?" kerana memandangkan keputusan dua pilihanraya lalu, pengundi Cina telah memberi undi mereka lebih dari 80% kepada Pakatan Rakyat terutamanya DAP sehingga pembangkang kekal berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

Ketika ini, jelas menunjukkan masyarakat Cina tidak meletakkan keyakinan kepada MCA dan juga kepimpinan Barisan Nasional. Segalanya kerana mereka telah terpengaruh dengan dakyah DAP dan Pakatan Rakyat yang mereka mampu tewaskan Barisan Nasional dan menjadi kerajaan. Tetapi malangnya, Barisan Nasioanl di bawah kepimpinan DS Najib tetap menang walaupun dengan majoriti mudah.

Kesan daripada kedua-dua pilihanraya umum itu, harapan Pakatan Rakyat agar masyarakat Melayu pun turut terjejas tetapi sebaliknya telah berlaku. Masyarakat Melayu semakin kukuh bersatu bersama-sama kerajaan membina impian negara tetapi pada hakikatnya, masyarakat Cina semakin terpinggir apabila suara mereka di dalam kerajaan semakin berkurangan dan hampir tidak mempunyai suara langsung.

Namun di atas semangat Barisan Nasional, PM Najib masih ingin wakil dari bangsa Cina terus kekal kerana memandangkan sejarah kejayaan negara adalah hasil usaha bersama kesemua masyarakat dari pelbagai bangsa dan masyarakat Cina tidak terkecuali. Hanya kerana kesilapan terpengaruh dakyah DAP dan Pakatan Rakyat, mereka tidak seharusnya dihukum.

Di sinilah MCA telah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan yang membuat transformasi politik parti yang berteraskan "Stronger Together" untuk memperkukuh kekuatan parti serta bersama-sama kerajaan memperkasa ekonomi negara. Justeru, satu perhimpunan patriotik telah diusahakan MCA dan diketuai oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong bersempena Hari Malaysia telah dihadiri Perdana Menteri bersama-sama lebih dari 16,000 masyarakat Cina dari pelbagai lapisan yang ingin menunjukkan patriotisma mereka kepada negara.

PM Najib Razak telah memberi 2 mesej penting kepada masyarakat Cina iaitu yang pertama, Barisan Nasional sangat memerlukan wakil mereka dengan peratusan yang lebih dan yang kedua adalah kerajaan hari ini sememangnya bersedia membina lebih lagi sekolah pendidikan rendah Cina.

Lebih teruja apabila media berbahasa Cina menyambut baik perhimpunan raksasa yang dianjurkan MCA ini. Nan Yang Siang Pau dalam artikel mereka  bertajuk "Will there be a change of heart among Chinese voters" mengulas betapa pentingnya mesej PM Najib kepada masyarakat Cina di mana suara mereka akan hanya mampu didengar jika mereka mendapat lebih wakil berbanding hari ini.

Manakala Kwong Wah Daily pula melalui artikel "First to be targeted", mengingatkan masyarakat Cina ketika negara dilanda krisis kewangan pada 1997, di mana masyarakat Cinalah yang paling terkesan manakala masyarakat Melayu kekal tenang. Ini adalah kerana, Melayu tahu yang mereka dilindungi kuasa majoriti dan politik yang utuh.

Kong Wah Daily juga mengingatkan masyarakat Cina yang kuasa politik mereka dalam kerajaan semakin menipis dan ada di antara mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkannya lagi sehingga ada di antara mereka sanggup meraikan kekalahan seorang menteri di dalam pilihanraya. Bagi Kong Wah Daily, nampaknya blok pembangkang terutama DAP hanya mampu bermimpi di siang hari untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Ini telah terbukti apabila 2 pilihanraya umum lalu, mereka hanya mampu kekal menawan Pulau Pinang dan Selangor. Namun, di Selangor wakil Cina masih tidak mampu menguasai keseluruhan negeri. Walau pun blok pembangkang masih kekal di dua negeri, ia ibarat mereka hanya mampu menikmati di bahagian kulit sebuah buah limau manakala Barisan Nasional kekal mendapat keseluruhan isinya. Tempiasnya, masyarakat Cina juga yang kekal rugi kerana mereka masih di bawah paras minoriti.

Sekiranya ada di antara masyarakat Cina yang merasakan mesej PM Najib sebagai satu ugutan kerana mereka adalah target pertama sekiranya negara berhadapan dengan krisis, pengajaran krisis kewangan 1997 yang dinyatakan media Kwong Wah Daily perlu diambil iktibar dan dilihat secara serius. Oleh itu, masyarakat Cina perlu tanya diri mereka, apakah setelah 2 pilihanraya lalu diberikan undi untuk pakatan pembangkang mampu merubah nasib mereka lebih baik atau sekadar satu harapan kosong sahaja.

No comments: