Tuesday, September 19, 2017

KEMPEN PRU14 UNTUK DAP DARI RAKYAT PULAU PINANG... JIKA DAP MENANG, RAKYAT AKAN BERENANG!


Memberi respon yang tidak bertanggungjawab ke atas banjir yang sedang teruk melanda Pulau Pinang, telah mencukupi untuk menggambarkan sikap sebenar Lim Guan Eng sebagai seorang pembohong tegar dan juga sengaja memperbodohkan dirinya sendiri.

Mencari alasan dengan menyalahkan keadaan cuaca yang jika tiada hujan maka Pulau Pinang tidak akan dilanda banjir, ia hanyalah satu helah mudah dan dengan itu, Guan Eng tidak lagi layak berada di kerusi Ketua Menteri lagi.

Helah yang agak lucu ini dengan mudah ditepis apabila hakikatnya ia berpunca dari betapa tidak cekapnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP untuk membina sistem tebatan banjir dan ditambah dengan kerakusan pembotakan kawasan bukit serta projek-projek lereng bukit yang diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

Kali ini dilapoorkan yang lebih dari 100 kawasan yang terlibat dan ia seperti satu malapetaka yang sering berlaku di Pulau Pinang sejak beberapa tahun yang lalu semenjak penerokaan haram di Bukit Relau atau terkenal dengan panggilan Bukit Botak di kalangan rakyat Pulau Pinang.

Bagi MCA Pulau Pinang, keadaan banjir menjadi bertambah buruk tetapi Guan Eng tetap memilih untuk bersikap menggelak diri dan kini memilih untuk meletakkan kesalahan kepada cuaca setelah tuduhan untuk salahkan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional telah ternyata gagal dan dibuktikan peruntukan berjuta Ringgit telah disalurkan kepada mereka.

Sedangkan sebenarnya alasan ini adalah semata-mata untuk mengelak dari bertanggungjawab dan terus dipersoalkan oleh rakyat peruntukan kerajaan pusat.

Jika ada yang telah terlupa terutamanya rakyat Pulau Pinang, sebelum berjaya menakluki kerajaan negeri di PRU12, ketika berkempen, mereka dengan bongkaknya mendakwa yang DAP pasti mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempuh satu penggal sahaja. Yang pasti, ini hanyalah untuk memancing undi pengundi Pulau Pinang.

Lebih mendangkalkan lagi apabila DAP dengan mudah menuduh banjir yang berlaku di negeri Pahang adalah kerana kerajaan negeri itu mengamalkan rasuah sehingga menyebabkan urusan pembinaan tebatan banjir tidak lakukan dengan baik.

Namun kini Pahang telah mengatasi keadaan banjir dengan baik sekali dan tidak seperti Pulau Piang, walaupun telah lebih dari 10 tahun Guan Eng dan DAP mentadbir negeri itu,  bukan saja keadaan banjir sering berlaku malahan malapetaka ini semakin teruk.

Bagi MCA, jika mengikut logik yang diberi DAP terhadap kerajaan negeri Pahang, apakah kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP sedang bergelumang dengan rasuah and disebabkan itu maka gagal membina tebatan banjir maka banjir pun berlaku?

Bukan saja Guan Eng cuba mengelak dari bertanggungjawab tetapi nampaknya beliau juga seorang manusia yang tidak langsung mempunyai perasaan simpati dan prihatin terhadap sengsara dan kesusahan rakyat Pulau Pinang.

Bukti nyata telah dihidangkan di depan mata, namun oleh kerana sikap angkuh dan enggan menerima kelemahan kepimpinannya, ini tidak langsung dapat membantu kesengsaraan rakyat Pulau Pinang dan mengatasi bencana yang telah kerap berlaku.

Seharusnya Guan Eng lebih peka dengan rayuan rakyat Pulau Pinang dan jika tidak, selama-lamanya beliau dilihat tidak lebih dari seorang pelawak yang menyalahkan cuaca yang mengakibatkan kekerapan banjir.

Sikap daripada mengelak untuk bertanggungjawab Guan Eng ini perlu berhenti dengan segera dan juga berhenti untuk berterusan berjanji kerana kesemua janji-janji Pakatan Harapan adalah ibarat mengundang malapetaka ke dunia ini. Kini rakyat Pulau Pinang telah pun menyediakan satu slogan yang sangat tepat untuk DAP dan Guan Eng... JIKA DAP MENANG, RAKYAT AKAN BERENANG!

No comments: