Thursday, February 12, 2015

BAS SEKOLAH AKAN BERWAJAH CERIA DENGAN IKLAN-IKLAN BERGERAK

Bas-bas sekolah kini berwajah lebih ceria daripada biasa yang rata-rata hanya berwarna kuning-oren. Apabila pelbagai iklan yang berwarna-warni di badan-badan bas sekolah, pasti ini juga dapat menceriakan kanak-kanak ke sekolah.

Pengumuman membenar dan menggalakkan meletak iklan di badan-badan sekolah telah dicadangkan pihak SPAD pada awal tahun lalu. Ini adalah salah satu cadangan dari pihak kerajaan untuk menjana pendapatan lebih kepada pengusaha-pengusaha bas yang telah mengalami peningkatan kos operasi dan alat-alat ganti tanpa perlu kompromi perkhidmatan mereka.

Inisiatif pengiklanan bas sekolah ini telah disambut Star Publication dan melancarkan satu skim pada 10 Februari lalu di I-City, Shah Alam setelah mendapat maklumbalas positif dari Persatuan-Persatuan bas sekolah.


Pada perspektif SPAD, manfaat di peringkat permulaan yang akan diperolehi pengusaha-pengusaha bas sekolah ialah tambahan pendapatan sekitar RM200 hingga RM400 sebulan dan ini bergantung kepada saiz iklan di badan sekolah.

Yang lebih penting, apabila pengusaha-pengusaha bas ini bersetuju dengan skim ini, mereka akan lebih bertanggungjawab bukan sahaja menjaga badan-badan bas malahan pengusaha juga pasti akan menjaga keadaan di dalam bas sekolah mereka.

Keadaan bas yang bersih di luar dan dalam merupakan antara syarat penting skim Star Publication ini. Di samping itu, SPAD juga meletakkan syarat pengusaha-pengusaha bas perlu mempunyai lesen pengendali dengan S.P.A.D., memiliki kontrak pengiklanan yang sah dengan syarikat yang ingin mengiklankan produk/perkhidmatan di badan kenderaan bas sekolah dan iklan yang dipamerkan mestilah mematuhi syarat-syarat pengiklanan yang ditetapkan oleh S.P.A.D dan Kaedah-Kaedah Bas Sekolah (Warna Dan Tanda) 1987.

Walaubagaimanapun, syarikat pengiklanan lain yang berminat boleh terus berurusan dengan pengusaha bas sekolah atau persatuan-persatuan bas sekolah dan hantar permohonan ke pejabat-pejabat SPAD. Sekiranya pengusaha bas sekolah berminat dengan skim Star Publicatio, mereka boleh terus menghubungi 03-79668230 atau email outdoor@thestar.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej-pakej mereka.

Nampaknya, dengan pelancaran skim Star Publication ini mampu dijadikan penggerak kepada syarikat-syarikat pengiklanan lain juga di samping memberi tambahan pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bas.

Yang lebih mustahak, bas-bas sekolah yang dahulu nampak muram, tetapi kini akan lebih ceria dengan warna-warni menarik. Usaha ini bukan sahaja boleh dimanfaatkan satu pihak tetapi akan mampu memberi manfaat kepada banyak pihak lain seperti syarikat yang meletakkan iklan, pengguna dan pembeli seperti ibubapa, guru-guru dan kanak-kanak sekolah termasuk masyarakat sekitarnya.

Semoga hari-hari anak-anak kita akan lebih segar dan ceria dan pengusaha-pengusaha bas sekolah dapat manfaatkan cadangan iklan ini.

Wednesday, February 11, 2015

KOPERASI PERTAMA UNTUK WARGA PONDOK DI MALAYSIA


Semenjak penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) pada awal 2014, kita sering mendengar langkah-langkah yang telah terlaksana demi untuk mengiktiraf dan menambahbaik pengajian serta pentadbiran dan pelajar pondok. Usaha murni ini juga telah mendapat perhatian kerajaan sehingga diberi peruntukan di dalam bajet 2015.

YPPM juga telah membuat kerjasama dengan beberapa universiti tempatan untuk mengiktiraf kelulusan pondok serta memberi ruang kepada pelajar pondok sambung pelajaran mereka. Bukan setakat itu, YPPM juga sedang mengemaskini direktori sekolah-sekolah pondok agar mereka mendapat bantuan kerajaan.

Demi kelangsungan usaha ini, YPPM telah mengorak satu lagi langkah dengan penubuhan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia (KPPM) untuk menjana pulangan kepada Yayasan agar aktiviti-aktiviti transformasi pondok dapat digerakkan dengan lebih berjaya dan aspirasi warga pondok mampu dipenuhi.

Pengumuman penubuhan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia telah dibuat oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Mesyuarat Agung Pertamanya bakal diadakan pada 28 Februari akan datang di Ibu Pejabat YPPM sebagai memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Ini juga mungkin julung-julung kali sebuah koperasi untuk warga pondok ditubuhkan dan keahlian terbuka kepada warga pondok seluruh Malaysia.

Koperasi sebagai badan yang menjalankan aktiviti perniagaan akan mampu menggunakan peluang-peluang yang ada untuk memaju dan memantapkan kedudukan ekonomi orang Islam melalui kegiatan dan aktiviti perniagaan yang berlandaskan hukum Islam yang sebenar.

Tidak semua pondok mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Bagi pondok yang menerima banyak bantuan sama ada zakat, sedekah atau sumber lain mungkin tidak menghadapi banyak masalah. Namun, banyak pondok di negara kita yang memerlukan bantuan untuk meneruskan aktiviti seharian.

Oleh itu, Mesyuarat Agung yang pertama kali ini juga akan memberi penerangan kepada bakal-bakal ahli mengenai matlamat dan hala tuju penubuhan serta aktivitiyang bakal diceburi. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi dan jawatan pengurusan untuk operasi koperasi juga akan dilakukan dan di samping itu, yuran dan nilai saham koperasi juga akan ditetapkan.

Di antara prospek pelaburan yang dipertimbangkan KPPM termasuk pembangunan hartanah, telekomunikasi dan pelancongan.

Namun di dalam usaha mentransformasi sistem pengajian pondok di Malaysia, YPPM menyedari halangan utama yang akan ditempuhi apabila tidak semua pondok akan memberi sokongan. Sesuatu pembaharuan ke satu anjakan positif seperti ini mungkin menjadi satu kejutan kepada pondok yang telah lama melalui sistem konservatif turun temurun.

Apa pun rintangan yang perlu dihadapi, YPPM yang telah diberi tugas dan tanggungjawab akan terus komited untuk memartabatkan institusi pondok dan sentiasa memastikan kelangsungannya.

Jika kariah masjid di seluruh negara telah disaran menubuhkan koperasi dengan tujuan menjana pendapatan untuk membangunkan kariah masing-masing, maka tidak ada sebab mengapa pula pondok tidak mengambil peluang ini yang pasti mampu memberi pelbagai faedah dan kelebihan kepada ahli-ahlinya.

Tuesday, February 10, 2015

HARI KETUM SEDUNIA... INI KALILAH!!! (UPDATES BERGAMBAR)

Keputusan kes liwat kedua Anwar setelah 6 tahun 5 bulan 10 hari...


Info kes...


.... bersambung 1.00 tengahari

Shafee membalas hujah bahawa ini bukan pertama kali Anwar disabitkan kesalahan

Walaupun dibebaskan atas kesalahan sama sebelum ini (Liwat I), salahlakunya sekarang perlu diambilkira dalam menjatuhkan hukuman.

 
Tan Sri Shafee cadangkan hukuman sekurang-kurangnya enam tahun.

..........................

Gopal Sri Ram (Peguambela Utama) : Ini adalah salah satu daripada kes-kes ibarat di mana kuda itu hampir tidak sampai ke garisan penamat.

Manakala kesalahan menawarkan satu-satunya pilihan iaitu dipenjara, ia tidak termasuk
kuasa budi bicara hukuman mahkamah  di bawah Parti Komunis China.

Jika Yang Arif tidak bersamanya (untuk mengurangkan hukuman), maka tidak ada sebab-sebab yang kukuh untuk meningkatkan hukuman atas fakta kes ini.



12.00 tengahari

RAYUAN ANWAR DITOLAK. Mahkamah akan bersidang semula pada 1 tengah hari untuk HUKUMAN pula!!!! Ini bukti Anwar meliwat

10.10 pagi - Panel lima hakim mengambil tempat bagi memulakan pendengaran keputusan rayuan kes Liwat II 

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membacakan penghakiman.

Kesalahan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii boleh dihukum di bawah 377B Kanun Keseksaan, kata Ketua Hakim Ariffin.

KHN :

Menerangkan kesaksian Saiful tentang bagaiman @anwaribrahim didakwa bertanya "boleh saya fuck anda hari ini".

Bercakap tentang bagaimana calitan diambil dari dubur Saiful, puting dan lain-lain dan bagaimana beliau kemudiannya diserahkan item pakaian sebagai bukti kepada polis 

KHN maklum dakwa tiada ada bukti penembusan dubur Saiful - tiada parut atau kecederaan. Tetapi pakar berkata tidak membuktikan tiada penembusan. Berus gigi, tuala, botol air yang diambil dari  sel @anwaribrahim selepas beliau ditahan semalaman pada 17 Julai, terdapat juga sehelai rambut. DNA tidak diambil dari rambut, tetapi DNA pada tiga perkara lain yang sepadan dengan DNA daripada "Lelaki Y" yang ditemui pada swab dari Saiful.

KHN merumuskan kes Mahkamah Tinggi di mana anwaribrahim membuat kenyataan dari kandang tertuduh mengenai konspirasi politik yang melibatkan  DS Najib Razak.

Di dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi, anwaribrahim membawa saksi pakar yang berkata tiada bukti penembusan dan kesaksian Saiful adalah samar-samar. 

Mahkamah Tinggi membuat kesimpulan peguam bela membangkitkan keraguan munasabah, terutama sampel yang diambil dari Saiful kerana mereka boleh telah terjejas. 

Mahkamah Rayuan kemudian sabitkan saksi @anwaribrahim sebagai hanya "armchair experts". 

Mahkamah Rayuan juga mendapati kegagalan Saiful untuk melarikan diri tidak relevan kerana kes bukan tentang kebenaran tetapi penembusan (penetration).

Ketua Hakim Negara : KAMI MENDAPATIPW1 (Saiful) SEBAGAI SAKSI YANG BOLEH DIPERCAYAI (CREDIBLE)...

 Akta Keterangan tidak memerlukan bukti kebenaran dalam kesalahan seksual.





  • CJ: Kami mendapati cukup bukti yang nyata untuk menyokong keterangan PW1 iniDalam keadaan ini, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat adalah tertuduh mengguna barang-barang ini (dari lokap). 
    Tertuduh telah ditahan dengan sah dalam lokap (sehingga tidak ada tipu muslihat yang terlibat dalam mendapatkan barangan dan DNA)

    Bahan bukti yang diperolehi dari lokap tidak menyalahi undang-undang. Walaupun bukti-bukti yang telah diperolehi dari tipu muslihat / cara yang tidak adil, ia masih boleh diterima.
     
    Kami mendapati sampel tidak dikompromi dan hujah tertuduh yang sampel diganggu adalah tidak dapat dipertahankan.

    KHN : Berdasarkan rumusan di atas kami bersetuju dengan Hakim Mahkamah Rayuan

    KHN : Tuduhan konspirasi politik kekal sebagai tuduhan tidak berasas

    930 am

    Masih tidak trending....





    Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba di Istana Kehakiman. 


    9.00 am

    Hakim-Hakim negara di luar Istana Mahkamah sekarang...




    PEGUAM, Datuk Seri Gopal Sri Ram yg mengetuai barisan pembelaan masuk ke kamar perbicaraan di Istana Kehakiman



    Beberapa peguam Anwar mula memasuki kamar mahkamah termasuk Datuk Seri Gopal Sri Ram. Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus mengambil tempat. Beliau mengesahkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keluarganya tidak hadir mengikuti prosiding. #‎LiwatII‬


    Surendran, Bukit Bendera, Zairil Johari, Bukit Mertajam, Steven Sim at PoJ.  



    PASUKAN keselamatan berkuda melakukan rondaan di sekitar pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini



    8.30 am 

    Pasukan peguam Anwar Ibrahim  




    Penyokong 'BERBAYAR' Anwar Ibrahim mula bergerak ke istana kehakiman.




    8.00 am





    Para petugas media menunggu pelepasan masuk untuk membuat liputan di dalam Mahkamah Persekutuan.  






    730 am




    Di Twitter - hashtag #Anwar, #AnwarIbrahim atau #Sodomy2 masih tidak trending...




    Mahfuz dan Rafizi di luar mahkamah


    Orang ramai, media, polis mula penuhi perkarangan Istana Kehakiman sejak 6.30 pagi

    Suasana di luar mahkamah:





    Friday, February 06, 2015

    MISI BANTUAN YAYASAN PENGAJIAN PONDOK MALAYSIA (YPPM) BERMULA DI TEMERLOH

    Turut serta bersama pelajar Sekolah Tengku Ampuan Afzan, Chenor




    Setelah tinjaun bagi mengenalpasti pondok yang terjejas akibat musibah banjir paling dahsyat yang telah melanda Pantai Timur pada bulan Januari lalu, YPPM telah mengenalpasti 32 buah pondok berada didalam keadaan kerosakan teruk.

    YPPM dengan kerjasama sukarelawan dari beberapa pihak lain termasuk Yayasan Salam, Kolej Vokasional Auto Prima (Shah Alam) dan sebuah masjid di Kuala Lumpur telah pergi meninjau keadaan di Pahang dan Kelantan.

    Namun setelah dua perbincangan diadakan, YPPM mengenalpasti logistik dan jumlah dana yang diperlukan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan seperti kitab, buku tulis, dapur gas, sistem PA, peti ais, khemah, atap zink, tilam, bantal, selimuat dan kain pelekat kepada pelajar dan penghuni pondok sekitar Temerloh Pahang. 


    Pengerusi Eksekutif YPPM, Datuk Dr Mashitah bersama tenaga pengajar

    Di antara pondok yang mendapat bantuan ini adalah Madrasah An-Najjah atau Pondok Bukit Keledang di Bera dan Madrasah Raudhah Al-Muhubbin atau Pondok Pak Kob, di Seberang Chenor. Pihak GiatMara pula telah membantu pondok-pondok tersebut memperbaiki pendawaian yang rosak. 

    Kedua-dua pondok ini telah mengalami kerosakan di tahap yang sangat teruk sehingga tidak boleh lagi berfungsi. Lebih dari 300 pelajar dan gurunya terpaksa berpindah dan segala aktiviti juga terpaksa dihentikan.

    Pihak YPPM amat mengalu-alukan sumbangan derma  dari dermawan, baik syarikat, organisasi atau individu, untuk disalurkan melalui YPPM dengan menghubungi talian 03-22016711 atau laman web YPPM atau di Facebook, agar lebih banyak pondok yang terbabit dapat membaiki kerosakan dan mendapat keperluan barang-barang asas bagi meneruskan aktiviti pengajian.



    Bantulah mereka kerana jika diimbas kembali, peranan pondok amat besar dalam membina generasi al-Quran dan sumbangan pondok dalam memperjuang kemerdekaan negara. Bantulah mereka seikhlasnya...

    Thursday, February 05, 2015

    YANG BERKHIDMAT DATUK WEE KA SIONG


    Jika sesiapa yang berkesempatan ke Air Hitam, sebut saja nama Datuk Wee Ka Siong pasti tidak ada yang tidak mengenali beliau samada penduduk Melayu ataupun Cina dan India.

    Datuk Wee telah mula bertapak di Parlimen Air Hitam sejak PRU 11 dan selama itulah, beliau telah memenangi pilihanraya umum di bawah tiket parti komponen BN iaitu MCA. Demografi pengundi di Air Hitam mengikut pecahan kaum adalah Melayu:57.91%, Cina :37.96%, India:3.96% dan lain-lain:0.17%.

    Selama lebih 10 tahun, Datuk Wee mengamalkan prinsip terus komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan tiada istilah membuang masa. Pernah di dalam temuramah yang dilaporkan Malaysia Insider beliau menyatakan, seandainya seseorang menelefonnya dan selagi tidak membalas panggilan telefon, beliau tidak akan berasa senang hati.

    Kita juga tertanya-tanya apabila seorang wakil bangsa Cina mampu mengekalkan kerusi Parlimennya selama 3 penggal di kawasan majoriti pengundinya adalah Melayu dan sentiasa mengekalkan majoriti undinya dengan bergaya. Bagaimana mungkin Datuk Wee lakukan dan apa yang telah beliau lakukan?

    Di dalam temuramah Malaysia Insider, beliau berkongsi sejarah hidupnya di mana beliau membesar di kalangan penduduk Melayu di Jasin dan bapanya adalah seorang penoreh getah. Sejak dari kecil, beliau memahami apa itu kesusahan dan kerja keras apabila pernah bekerja sebagai buruh kasar di kala sekolah rendah dan bekerja di kilang sementara menunggu keputusan SPM.

    Mengatasi kepayahan dan kesusahan rakyat bukan sekadar mendengar keluh kesah mereka tetapi Datuk Wee telah mengamalkan pendekatan "turun padang" dan sampaikan bantuan kepada warga Air Hitam tanpa memilih bangsa dan kulit. Sesiapa sahaja di Air Hitam yang mengalami kesusahan, pasti akan dapat perhatian Datuk Wee dan bantuan segera dihulurkan.

    Pada awal tahun ini, hampir ke setiap pelosok kawasan di Kampung Hj. Kamisan telah dilawati Datuk Wee dan beliau sendiri telah menyampaikan bantuan wang tunai kepada 7 keluarga agar dapat meringankan beban mereka. Ada di antara mereka yang sedang mengalami kesusahan dan ada di antara ahli keluarga yang sedang menghidapi penyakit kronik diberi bantuan

    Sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat daripada pokok tumbang dan Datuk Wee telah mengarahkan kepada pasukan perkhidmatan beliau yang terdiri daripada JKKK untuk membaikinya secara gotong-royong dengan bahan binaan dibekalkan dan perlu dibaiki dalam tempoh 60 hari.

    Dengan jawatan yang kini disandang Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden MCA, beliau masih mempunyai masa untuk berkhidmat kepada penduduk tempatan dan menjengok mereka. Sesibuk mana pun dengan tugasan yang memerlukan kebanyakan masa di ibu negara, namun kebajikan penduduk setempat tidak akan diabaikan.

    Inilah bezanya di antara Ahli Parlimen pembangkang dan Ahli Parlimen BN. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hanya mampu pandai bercakap dengan memberi janji minis di bibir mereka sahaja di mana Datuk Wee ibaratkan mereka sebagai "kacang lupakan kulit". Mereka inilah sebenarnya yang telah mengkhianati tugasan mereka sebagai Ahli Parlimen kepada rakyat yang telah memberi undi dan kepercayaan ketika pilihanraya.