Saturday, August 19, 2017

MCA : KE MANA HILANG WONG TACK, JAGUH AKTIVIS ALAM SEKITAR DAP?


Apakah kita masih ingat kontroversi kilang Lynas di Kuantan yang dimainkan pihak pembangkang terutamanya DAP dan PKR pada pilihanraya lepas? Untuk diimbas kembali, DAP pernah ada seorang yang diangkat pembangkang sebagai jaguh alam sekitar yang telah menganjurkan Himpunan Hijau, iaitu Wong Tack.

Jelas, aktivis alam sekitar tajaan DAP seperti Wong Tack hanya ingin polemikkan sesuatu isu alam sekitar untuk kepentingan politik peribadinya. Ini jelas apabila pada PRU13 lalu, beliau telah diumumkan Guan Eng sebagai calon DAP di Bentong, Pahang. Tetapi, apabila tragedi kilang penapis karbon haram yang beroperasi di Sungai Lembu di bawah pentadbiran DAP dan Guan Eng, beliau telah tiba-tiba membisu dan terus hilang untuk membuat sebarang bantahan.

Oleh itu, MCA mendesak NGO atau kumpulan aktivis alam sekitar yang lain menyedari betapa pemimpin seperti Wong Tack memilih isu alam sekitar yang mampu beri kelebihan politik kepada DAP dan bukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang prihatin tentang alam sekitar. Justeru, mereka yang benar-benar prihatin tentang alam sekitar perlu mengutuk DAP dan Wong Tack yang selama ini mempergunakan mereka untuk politik kotor dan hipokrit DAP.

Isu kilang haram di Sungai Lembu bukan saja telah mencemarkan alam sekitar sehingga menyebabkan penduduk sekeliling ada yang telah mati akibat dari kesan karbon yang dikeluarkan dari kilang haram ini, malahan SPRM telah mendakwa Exco Penang Phee Boon Poh yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasanya. Namun, Wong Tack tidak pula berani bersuara.

Lebih malang apabila kilang haram di Sungai Lembu ini telah beroperasi selama 10 tahun, tetapi Wong Tack dan kumpulan aktivis alam sekitarnya telah pekakkan telinga dan membutakan mata mereka. Mengapa isu Lynas yang ternyata tiada bukti satu nyawa pun yang hilang tetapi di Sungai Lembu telah ada rekod yang mati, mereka langsung tidak membantah, kenapa?

Terbukti kini Wong Tack dan Perhimpunan Hijau adalah satu daripada beribu contoh di mana DAP akan memperdaya rakyat Malaysia terutamanya di kalangan pengundi Cina, asalkan mereka mampu meraih undi.

Kerana kegagalan jaguh alam sekitar DAP ini membantah operasi kilang haram di Sg Lembu, MCA mendesak beliau dan kumpulan hijaunya memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Sekiranya gagal, ternyata, Wong Tack adalah pemimpin alam sekitar yang palsu dan hanya menyamar untuk memalukan aktivis hijau yang lain untuk politik jijik DAP.

Wong Tack bukan saja contoh terbaik hipokrasi DAP, lebih mendangkalkan lagi apabila ADUN Penanti PKR Dr Norlela Ariffin dijadikan mangsa buli pemimpin dan penyokong DAP kerana telah membuat aduan ke SPRM mengenai operasi kilang haram di Sungai Lembu Pulau Pinang. Malahan, exco mereka Phee Boon Poh pula dianggap sebagai mangsa politik sedangkan beliau telah nyata melindungi kilang haram ini.

Di masa lalu, berselindung di sebalik lakonan sebagai mangsa politik mungkin berjaya tetapi apabila pemimpin-pemimpin tertinggi DAP semakin hari semakin ramai yang terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa mereka, rakyat terutamanya di kalangan pengundi Cina semakin nampak dan menyedari hipokrasi DAP terutamanya Guan Eng dan bapanya Kit Siang.

Nampaknya selepas Kit Siang hilang di Gelang Petah, kini Wong Tack pula dihilangkan DAP dan selepas ini, siapa pula akan dihilangkan DAP?

No comments: