Walaupun DAP dan PAS telah umumkan untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dan menubuhkan PAN dari serpihan PAS, MCA mengingatkan yang Presiden PAN Mat Sabu kekal dengan kenyataannya bahawa ... "hukum hudud akan membawa kesejahteraan kerana mampu selesaikan segala masalah kemanusiaan".
Manakala Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub pula pernah menyatakan yang parti serpihan PAS ini tidak akan berganjak dari rancangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan segala usaha ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah di antara DAP dan PAN (NST, 4 Julai 2017).
Samada pendirian Mat Sabu mahupun kenyataan dari Salahuddin, peliknya tidak mendapat sebarang bantahan dari DAP memandangkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin DAP lantang untuk menentangnya.
Lagipun perlaksanaan hukum hudud ini adalah usaha PAS dan sebab utama yang menyebabkan DAP memutuskan kerjasama politik adalah apabila Kelantan berjaya meluluskan enakmen hukum syariah. Begitu juga yang berlaku apabila PAS membuat usul pindaan hukum mahkamah syariah baru-baru ini, DAP membisu apabila PAN, PKR dan PPBM menyokong usul PAS ini tetapi memilih untuk menghentam MCA.
Baru-baru ini pula, secara terbuka Kit Siang telah menamakan Husam Musa sebagai MB Kelantan jika Pakatan Harapan berjaya menawan negeri pentadbiran PAS.
Adalah tepat sekali jika MCA menempelak Kit Siang dan DAP yang masih bekerjasama dengan PAS untuk mempermainkan kepentingan pengundi Cina dalam hasrat mereka berkuasa di Kelantan dan juga Putrajaya.
MCA mengingatkan penyokong-penyokong DAP yang ketika Husam Musa adalah Exco Kelantan di dalam kepimpinan PAS, beliau telah menyokong polisi kerajaan negeri untuk tidak membenarkan peniaga bukan Islam membuka kedai di waktu solat Maghrib. Penyokong DAP juga harus tahu bahawa Husam Musa dan 6 Ahli Parlimen PAN telah menyokong usul Hadi Awang dalam meningkatkan hukuman di Mahkamah Syariah.
Apakah tidak jelas yang DAP sedang bermain wayang dengan pengundi Cina? Di mana kebenarannya yang DAP benar-benar telah memutusakan hubungan politik dengan PAS di atas sebab tidak bersetuju dengan perlakasanaan hukum hudud di Kelantan? Bukankah sepatutnya DAP juga memutuskan hubungan dengan PAN yang jelas menyokong setiap polisi PAS?
Bagi MCA, jika DAP sanggup berbohong dan bermain wayang dengan pengundi Cina, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk melakukan yang sama kepada pengundi Melayu.
Jika di Selangor DAP kekal bersama PAS dalam Pakatan Rakyat dan di Kelantan, DAP tidak membantah PAN yang menyokong hukum hudud, adalah tepat jika MCA melabelkan pemimpin-pemipin DAP terutamanya Kit Siang gemar mengguna politik hipokrasi di mana jua mereka berada untuk terus rakus membohong pengundi dan penyokongnya.
No comments:
Post a Comment