Monday, July 10, 2017

MCA : DRAMA AIRMATA KIT SIANG DAN DAP BERULANG DALAM KISAH ROS BATALKAN CEC


Bukan sukar untuk MCA mengesan taktik drama airmata Kit Siang dan DAP apabila kononnya kecewa yang parti itu bakal dibatalkan dan justeru tidak akan bertanding di PRU14 nanti. Itulah juga taktik yang sama digunakan Kit Siang dan DAP setiap kali pilihanraya umum akan tiba dan setiap kali itu juga mereka akan menggunakan taktik yang sama untuk menghentam Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Justeru, pesanan untuk Kit Siang dan DAP dari MCA ... Jika kalian tidak bosan menggunakan taktik yang sama, rakyat pula sudah tersangat bosan!

MCA mengetahui yang DAP akan menggunakan taktik 'Mula-mula menangis, kemudian menunjukkan rasa tidak puas hati dan seterusnya memohon simpati. Inilah Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka dan akan mengulanginya seperti sebuah skrip drama untuk kempen pilihanraya.

Pada PRU13 lalu, MCA telah dimaklumkan yang pemilihan semula CEC adalah hasil dari 'cut and paste' keputusan pemilihan yang dibatalkan sebelumnya. Ketika inilah juga, ahli-ahli DAP sendiri yang membuat aduan kepada RoS. Memandangan PRU13 hampir tiba, Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain menggunakan peluang yang terbaik untuk menagih simpati.

Mereka mendakwa yang oleh kerana terdapatnya taktik kotor dari pihak lawan untuk menganiaya mereka, berkemungkinan mereka tidak akan bertanding di bawah logo DAP dan terpaksa mengguna samada logo PAS atau PKR. Tetapi apa yang berlaku kemudiannya? Segala tuduhan dan dakwaan tidak berlaku dan logo DAP kekal digunakan.

Apabila baru-baru ini Setiausaha Media Perdana Menteri menasihatkan Kit Siang dan DAP agar tidak campur hal ehwal parti orang lain dan menjaga urusan sendiri, DAP timbulkan pemilihan CEC 2012 sekali lagi. Kit Siang dan kuncu-kuncunya pun mula berlakon walaupun setelah 5 tahun, DAP tetap dengan ulangtayang lakonan lapuk mereka yang kelihatan sangat memualkan.

Malahan Kit Siang juga mengancam jika DAP dibatalkan kelak, pengundi akan membalas kemarahan mereka kepada MCA dan Gerakan. Agak melucukan apabila DAP gagal menyelesaikan masalah sendiri, walaupun dengan menipu keputusan pemilihan semula, mengapa perlu rakyat marahkan MCA dan Gerakan? Apakah Kit Siang terus yakin yang rakyat Malaysia akan terus-terusan mudah ditipu?

Kepada Kit Siang dan DAP, MCA menasihatkan agar berikan tumpuan untuk memperbetulkan kesalahan sendiri di PRU lalu dan mereka tidak perlu risau terhadap pengundi-pengundi Cina yang akan marahkan MCA pula. Kesalahan pemilihan dan pemilihan semula telah pun dibuktikan sendiri oleh ahli-ahli DAP dan ini ternyata, apabila pemimpin-pemimpin CEC DAP sanggup menipu ahli-ahlinya, inikan pula rakyat jelata.

Drama airmata yang menjadi SOP Kit Siang dan DAP sebenarnya tidak lagi laku untuk dimainkan semula.

No comments: