Friday, February 24, 2017

MCA : BAGAIMANA DAP MENIPU PENGUNDI CINA


Setiausaha Agong MCA dan merangkap Pengerusi Biro Publisitinya Dato’ Chai Kim Sen menjelaskan bagaimana selama ini DAP telah membohongi malahan mengkhianati pengundi Cina ke atas kerjasama mereka dengan PAS selama ini.

Pertama, apakah di antara yang tertera di dalam Polisi Pakatan Rakyat? Kepada yang bukan beragama Islam, DAP telah mendakwa untuk berjuang demi demokrasi, keadilan, hak sama rata demi rakyat pelbagai kaum, kepelbagaian bahasa dan budaya serta kepelbagain ugama di Malaysia.

Namun, ketika itu juga PAS tegas menyatakan yang mereka tidak sekali-kali akan lari dari misi mereka menubuhkan negara Islam mahupun melaksanakan hukum jenayah hudud.

Apakah PAS pernah selari dengan kenyataan DAP dalam perjuangan mereka? Sejak PRU13, samada Kit Siang mahupun DAP, mereka tidak pernah mampu  menjawab isu ini.

Keduanya, sejak DAP menandatangani Polisi Kerjasama Pakatan Rakyat dengan PAS sebelum PRU13, DAP dan PAS sebenarnya telah bersetuju mengekalkan hak masing-masing untuk meneruskan matlamat masing-masing di mana PAS akan menubuhkan negera Islam. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng bersama-sama Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang.

Contohnya Teresa Kok, beliau telah berkali-kali cuba mencari alasan menutup kesilapan DAP ini demi untuk mengelirukan pengundi Cina untuk menyokong PAS. Sebaliknya DAP bermain dengan alasan yang PAS hanya akan wujudkan negara berkebajikan tetapi sebenarnya membenarkan sebuah kerajaan yang teokratik di mana pembesar ugama akan dijadikan pemimpin tertinggi.

Apakah Teresa Kok mampu menafikan perjanjian yang ditandatangani pada 29 April 2013 di antara Guan Eng dan Hadi Awang? Bukankah ini juga menyokong hukum hudud yang PAS ingin laksanakan?

Bagi Kit Siang pula ketika berkempen di Gelang Patah pada tahun 2013, dengan tertedahnya perjanjian yang ditandatangani anaknya Guan Eng, kini MCA mengingatkan semula kata-kata beliau yang memberi alasan pendirian DAP menyokong apa yang telah ditandatangani Guan Eng itu adalah wajar dan tidak salah.

Kini dengan keputusan 4 ahli senior DAP Melaka untuk keluar parti kerana memohon maaf kepada pengundi Cina kerana telah mengkhianati mereka dengan membenarkan PAS melaksanakan hudud, Teresa Kok mahupun Kit Siang tidak akan mampu menafikannya. Sebaliknya, apa yang DAP telah lakukan adalah memperlekehkan pendirian tegas keempat-empat mereka ini.

Inilah cara paling jijik yang dilakukan DAP untuk mendapatkan undi bangsa Cina. Apakah MCA tidak berkata benar?

No comments: