Friday, August 26, 2016

SPAD : PM NAJIB REALISASIKAN SAMBUNGAN JAJARAN LRT3 UNTUK PENDUDUK SEKITAR SHAH ALAM


Transit Aliran Ringan Laluan 3 atau ringkasnya LRT3, merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat dan selaras dengan Pelan Pembangunan Rel Bandar di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarakkeseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen yang pasti akan memberi manfaat kepada lebih 2 juta penduduk di sekitar kawasan ini. 

Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap menjelang tahun 2020. Maka pada 24 Ogos lalu, PM Najib telah melancarkan projek untuk rakyat ini yang disertai bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali serta Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam. 


Blog ini telah menulis yang LRT3 bakal mengguna pendekatan penggunaan teknologi hijau di mana ia adalah projek pertama bersifat mesra alam yang mengguna tenaga elektrik sebagai punca tenaga sebagai tenaga alternatif di mana ia bukan saja mampu mengurangkan kos pembelian dan penggunaan bahan asli malahan ia juga bersih dari pencemaran alam sekitar.

Pada masa yang sama, di dalam ucapan PM Najib, beliau telah mengumumkan yang projek LRT3 akan mengguna teknologi terkini yang dinamakan U-Trough di mana di samping ia adalah teknologi terbaharu, ia juga mampu menjimatkan perbelanjaan. Lebih penting bagi PM, kemudahan pengangkutan awam terutama LRT 3 adalah bertaraf dunia apabila siap nanti.

Walau bagaimanapun, PM Najib mengingatkan yang aspek kualiti dan keselamatan tidak akan dikompromi walaupun teknologi yang digunakan bertaraf dunia serta jadual pembinaan haruslah ditepati juga yang dijangkakan siap pada 31 Ogos 2020.

Jajaran LRT3 adalah sepanjang 37 kilometer dengan 26 buah stesen antara Klang dan Bandar Utama bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di kawasan koridor barat Kuala Lumpur dan Lembah Klang. 

Dengan adanya LRT3 di bawah Pelan Pembangunan Rel Bandar, sistem pengangkutan awam mampu berdaya saing, lebih efisien dan bersepadu serta berkekalan. Sekali gus mampu meningkatkan tahap sosioekonomi serta menyediakan kualiti kehidupan lebih baik kepada rakyat bagi mencapai rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti.

Inilah bukti manifestasi perancangan yang teliti dan berhati-hati daripada Program Transformasi Kerajaan yang diterajui PM Najib Razak di mana kemudahan dan keselesaan pergerakan harian rakyat adalah pemangkin dalam menjana ekonomi negara.

No comments: