Selama ini kita hanya membaca di laman web McDonald's atau di portal-portal berita lain mengenai bagaimana proses makanan dilakukan secara teliti dan kawalan kualitinya yang sangat ketat. Sepanjang bulan Januari 2016, blog ini telah menulis beberapa siri artikel yang menyentuh dari status halal yang telah mendapat keyakinan JAKIM dan sehingga mampu menjadi pembekal kepada Negara-Negara Arab untuk beberapa dekad yang lalu.
Bagi mengimbas kembali, berikut adalah turutan artikel khusus menyentuh mengenai proses persediaan makanan ke restoran-restoran McDonald's;
Bagi mengimbas kembali, berikut adalah turutan artikel khusus menyentuh mengenai proses persediaan makanan ke restoran-restoran McDonald's;
- STATUS HALAL MCDONALD'S DIRAGUI? - Komitmen McDonald's dalam memastikan ia bersih, 100% halal dan pasti lazat!
- RAHSIA HIDANGAN MCDONALD'S SENTIASA LAZAT DAN DIGEMARI - Persediaan makanan dan minuman dari peralatan, ramuan dan proses persediaan makanan termasuk pekerja mereka telah mendapat kelulusan syarat Kementerian Kesihatan (KKK) dan Kementerian Sumber Manusia.
- APAKAH HIDANGAN MCDONALD'S TIDAK LAGI DIRAGUI? - Mengapa McDonald's dijadikan satu jenama yang sentiasa digemari dan diyakini oleh masyarkat Malaysia adalah kerana komitmennya memastikan langkah-langkah keselematan dilakukan di pihak pembekal dan juga di premis restoran McDonald's.
- PENDEKATAN 'OPEN DOOR' MCDONALD'S MALAYSIA TELAH BERJAYA YAKINKAN NEGARA ARAB BERDEKAD YANG LALU - Orang ramai dijemput untuk melihat dengan lebih dekat standard kualiti produk dan prosedur yang dilaksanakan di restoran-restoran dan juga kilang MacFood Services Sdn Bhd.
Oleh kerana masyarakat hari ini kebanyakannya terlalu mempercayai maklumat yang diperolehi dari media sosial terutama di Facebook dan artikel-artikel di blog, maka McDonald's telah menganjur satu sesi lawatan ke kilang mempelawa beberapa blogger dan penulis portal berita ke MacFood Services Sdn Bhd di Subang.
Pengalaman 1st hand yang ditulis ... DI SINI dan DI SINI, benar-benar mengesahkan betapa Mc Donald's mementingkan kebersihan sehingga catatan suhu badan seseorang juga diberi perhatian sebelum memasuki kilang. Ketat sungguh kawalan keselamatan di kilang MacFood ini sehinggakan setiap jarak 3 meter diletak perangkap tikus.
Yang menariknya, sebelum mereka memasuki kilang, mereka berpakaian ala-ala ninja menutupi dari kepala hingga ke kaki bagi mengelakkan pencemaran. Mereka telah dibawa melihat proses pembuatan nugget dari dari pengumpulan bahan mentah untuk diedarkan, termasuk batching, menggoreng, pembekuan dan pemeriksaan sebelum dan selepas pembungkusan.
Mereka juga berpeluang melawat Makmal Micro di mana sampel bahan-bahan sentiasa diuji bagi mengelak pencemaran terjadi. Di antara lain mereka dapat menyaksikan proses memasak di dapur.
Kini fahamlah bagaimana McDonald's berjaya meyakinkan bukan sahaja pelanggan-pelanggan tempatan malahan dari luar negara juga sangat yakin dengan bekalan dari kilang MacFood Services.
Di artikel akan datang, perincian pengalaman lawatan bloggers ke kilang MacFood akan ditulis.

No comments:
Post a Comment