Friday, March 11, 2016

DATUK WEE : POLITIK DENDAM MAHATHIR-KIT SIANG ATAU NASIB RAKYAT?


Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir dan Lim Kit Siang adalah musuh tradisi politik lebih dari 50 tahun sejak Malaysia merdeka. Dr Mahathir telah menjadi Perdana Menteri Malaysia dibawah kuasa politik UMNO yang mewakili Melayu dan Kit Siang pula pernah menjadi Ketua Pembangkang mewakili DAP, sebuah parti sosialis yang majoritinya adalah dari bangsa cina.

Lebih 50 tahun, di antara Mahathir dan Kit Siang bukan saja kutuk mengutuk, cabar mencabar malahan segala skandal kewangan, salahguna kuasa dan segala campur tangan Dr Mahathir di dalam institusi kerajaan telah didedahkan dan diselongkar Kit Siang bukan saja dibawa ke parlimen malahan di pentas-pentas ceramah DAP.

Kini, kedua-dua musuh tradisi yang berkurun lamanya telah duduk semeja bergabung dengan satu hasrat hanya untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah dengan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Persoalan yang ditimbulkan Datuk Wee Ka Siong, apakah permainan kedua-dua orang tua ini benar-benar memikirkan nasib dan masa depan rakyat atau sekadar permainan politik dendam mereka?

Justeru, apakah untungnya rakyat jika terus-terusan beri perhatian permainan politik dendam mereka? Yang pasti bagi Datuk Wee ia tidak akan menghala rakyat ke mana-mana pun malahan apabila rakyat asyik beri tumpuan kepada permainan mereka, yang terus merana adalah rakyat dan bukan mereka.

Tepat sekali saranan Datuk Wee kerana kedua-dua ahli politik ini seharusnya menamatkan zaman politik mereka dan menjadikan contoh terbaik kepada generasi muda. Datuk Wee yang telah pun berada di dalam gelanggang politik sejak zaman Dr Mahathir tidak akan lupa dan akan sentiasa ingat permusuhan mereka berdua sehingga di antara mereka tidak akan sanggup untuk bersua muka.

Apa pun percaturan politik mereka berdua, yang pasti MCA akan teruskan sokongan dan sentiasa bersama kepimpinan Datuk Seri Najib Razak memandangkan kesungguhan usaha kerajaan hari ini untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan gelombang ekonomi yang penuh cabaran hari ini. Terlalu banyak program, aktiviti dan peluang yang disediakan kerajaan untuk rakyat dan tidak ketinggalan untuk masyarakat Cina.

Apakah kerana ingin mencapai hasrat peribadi masing-masing, rakyat pula yang dipertaruhkan mereka. Untuk itu, Datuk Wee mengajak rakyat Malaysia terutama masyarakat Cina agar tidak beri tumpuan kepada permainan politik dendam mereka tetapi terus bersama-sama kepimpinan Datuk Seri Najib merebut segala peluang yang telah dirancang dan dilaksana kerajaan.

No comments: