Wednesday, March 30, 2016

APA BERLAKU SELEPAS PROGRAM PLKN 2.0 DI FASA 1?


Di dalam program transformasi PLKN 2.0, pelatih-pelatih akan melalui 2 fasa iaitu di Fasa 1, mereka akan berada di kem-kem latihan dan Fasa 2 pula
adalah program kemahiran mereka di pusat-pusat latihan yang telah ditentukan pihak MLKN.

Jika diteliti perkembangan PLKN sejak diarah untuk ditambahbaik program PLKN ini, di antara perubahan yang bakal dilalui peserta termasuklah;

Fasa 1 - Program Pembelajaran Bersepadu dengan penerapan nilai-nilai seperti Cinta Negara, Perpaduan dan Kesukarelaan, Service Learning, i-Upgrade,
Tech+Talk, Malaysiaku, Fit4Life dan Be Safe, Be Alert.

Fasa 2 - Program myFuture untuk persediaan pelatih-pelatih ke program kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan juga mereka diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai jurusan dari peringkat Sijil sehingga Diploma.

Di antara program-program bagi memantapkan lagi pelaksanaan PLKN 2.0 di Fasa 2, pihak MLKN juga akan mengadakan program seperti 'Parents Indulgence Programme di 95 Pick Up Points' untuk memberi penerangan kepada ibubapa dan ahli keluarga mengenai program PLKN 2.0. Program 'NS 2.0 Cruise'  pula bertujuan untuk menerangkan faedah dan peluang-peluang kepada pelatih PLKN 2.0 ini.

Program 'Coach2Coach pula adalah program bimbingan pelatih PLKN 2.0 bagi peralihan ke Fasa 2 iaitu persediaan kerjaya  untuk memperolehi Sijil atau Diploma Kemahiran Teknikal.

Sesi penerangan mengenai pensijilan teknikal serta peluang kerjaya di dalam pelbagai industri bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan akan dibuat di dalam program 'Hari Kerjaya'. Program ini akan melibatkan pelatih dan ibubapa mereka dengan bantuan serta kerjasama pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan rakan strategik PLKN.

Di antara kursus kemahiran yang ditawarkan termasuk automotif, kimpalan, elektrikal dan juga beberapa kemahiran lain yang sesuai dengan tuntutan permintaan kerja serta minat pelatih nanti. 

Sementara 10 kementerian dan 400 institut latihan kemahiran bersedia menempatkan pelatih PLKN 2.0 dalam membantu generasi muda mempersiapkan diri mereka menghadapi alam pekerjaan. Yang lebih menarik lagi PLKN 2.0 juga menawarkan ilmu perakaunan dan perniagaan kepada mereka yang minat berniaga.

Program khas ini diharapkan dapat memberi peluang kepada ibubapa dan masyarakat untuk lebih memahami segala penambahbaikan transformasi PLKN 2.0 dan yang lebih utama adalah sokongan mereka kepada pelatih-pelatih ini di dalam membuat keputusan yang betul untuk masa depan.

No comments: