Friday, March 18, 2016

TIADA NOKTAH DALAM PERJUANGAN #FELDA - PM NAJIB RAZAK


Kejayaan FELDA pada hari adalah kerana tiada noktah dalam perjuangannya yang bermula dengan pemimpin yang baik hatinya, yang ingin melihat rakyat terutama di luar bandar dibangunkan sehingga mereka yang tiada tanah diberi 10 ekar untuk permulaan.

Sepertimana ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak yang menggerakkan FELDA, PM Najib Razak ingin meneruskan visi dan impian FELDA merentasi generasi sehingga 50 tahun akan datang dan terus gemilang secara berterusan.

Di dalam memacu kemajuan dan pembangunan serta memastikan nasib warga peneroka terbela, FELDA perlu menjadi kuasa sosioekonomi peneroka. Pelbagai perancangan telah dan sedang berterusan yang membawa kejayaan FELDA. Di antaranya termasuklah dengan wujudnya Felda Global Ventures (FGV).


Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mahu Felda menjadi kuasa penjana politik kerajaan demi memastikan pembangunan agensi itu terus diberi keutamaan dan diperkukuhkan.

Kesinambungan kejayaan FELDA tidak akan berlaku sekiranya tiada kuasa politik. Apa yang ada dalam ‘deklarasi rakyat’ yang digerakkan mantan Perdana Menteri bersama-sama pembangkang tidak dapat bergantung harapan untuk membangun dan menolong warga FELDA.

Segalanya itu telah diucapkan PM Najib ketika melancarkan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), buku Kesejahteraan Adiwangsa Felda, Tabung Misi Kemanusiaan Wada-Kemboja dan Program Prihatin Jantung Anda di Menara Felda di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Presiden KAF, Fakhrurrazi Mohd. Habib.

Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) adalah NGO yang akan menjadi wadah baru kepada generasi FELDA dan akan membantu memperkasakan FELDA. Keahlian pertubuhan ini terbuka kepada anak peneroka dan sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian dengan peneroka FELDA yang berumur 35 tahun ke atas. Jumlah keahlian KAF telah pun mencecah 40,000 ahli dan mereka yang berumur di bawah 35 tahun juga digalakkan menyertainya sebagai Sahabat KAF.

Manakala buku Kesejahteraan Adiwangsa Felda pula diterbitkan dalam usaha memacu dan memangkin 5 Teras Aspirasi FELDA Glokal ke arah Wahdatul Qabl (penyatuan hati), Wahdatul Fikr (penyatuan minda) dan Wahdatul Amal (penyatuan tindakan).

Perdana Menteri juga telah melancarkan Tabung Misi Kemanusiaan WADA-Kemboja yang merupakan program prihatin dan bantuan kebajikan yang sering dianjurkan oleh WADA sejak penubuhannya. Segala kutipan tabung ini akan disalurkan dalam bentuk saringan kesihatan, kempen kebersihan, bantuan berkhatan dan juga bantuan kepada institusi masjid.

Program Prihatin Jantung Anda dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) turut dibantu oleh Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF) dan KAF di setiap Wilayah FELDA. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran kesihatan jantung dikalangan warga FELDA. Beberapa program termasuk aktiviti pemeriksaan jantung, ceramah dan bual bicara. Sebuah trelar telah ditaja 1MDB dan diubahsuaikan sebagai pusat pemeriksaan bergerak.



Inilah satu perancangan kerajaan yang sangat berjaya bukan sahaja di tanahair malahan telah menjadi model pembangunan tanah untuk dicontohi dunia dan warga FELDA seharusnya berbangga apabila ia mampu berkekalan dari generasi pertama sehinggalah ke hari ini.

No comments: