Showing posts with label MacFood Services Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label MacFood Services Sdn Bhd. Show all posts

Saturday, March 12, 2016

BLOGGERS MELAWAT KILANG MACFOOD ... BETULKE?

Komitmen McDonald's untuk berkongsi pengetahuan yang makanan dihidangkan di rangkaian restoran mereka telah melalui proses kawalan kebersihan dan keselamatan yang sangat tinggi, telah mendapat sambutan positif di kalangan bloggers setelah mereka diberi peluang untuk menyaksikan sendiri di kilang MacFood Services yang terletak di Subang Jaya Industrial Estate.

Walaupun MacFood mengamalkan sikap 'Open Door' kepada pelanggan-pelanggan mereka sahaja, namun bukan sesiapa sahaja dibenarkan memasuki kilang mereka demi menjaga keselamatan terutama tumpuan kepada bahan mentah dan persekitaran kilang.

Di artikel lalu... DI SINI, secara ringkasnya diterangkan betapa pihak McDonald's sangat mengutamakan kualiti bahan mentah yang digunakan bermula dari pembekal sehingga proses pembuatannya. Setelah membaca artikel-artikel rakan-rakan bloggers yang mengikuti siri lawatan ke kilang MacFood, apa yang telah ditulis sebelum ini mengesahkan dan meyakinkan lagi dakwaan-dakwaan nakal yang dilemparkan selama ini bahawa McDonald's tidak mementingkan kualiti makanan adalah TIDAK BENAR.

Pertama, bagi meyakinkan mereka benar-benar melawat kilang MacFood, ada di antaranya sehingga dapat mengambil gambar alat perangkap tikus elektronik dan alat perangkap serangga lalat bagi membuktikan yang kilang MacFood sangat menitikberat keselamatan dan pengukur aras kebersihan keadaan kilang memandangkan bahan-bahan mentah seperti daging dan ayam sentiasa berada di dalam kilang.

Kedua, gambar-gambar yang diletak di blog rakan-rakan ... DI SINI dan DI SINI tidak terdapat di mana-mana laman web yang lain. Di antaranya;


 

Ketiga, rakan-rakan blogger dapat berkenalan dengan keluarga MacFood dan diberi penerangan secara langsung oleh pegawai-pegawai mereka. Di antaranya Pengarah Urusan MacFood sendiri yang memberi taklimat pengenalan kepada mereka mengenai prospek syarikat dan 3 unit proses yang akan dilawat mereka iaitu kawasan proses ayam untuk Nugget, unit proses daging burger dan kawasan pemeriksaan kualiti.

Di antara yang paling menarik adalah peluang rakan-rakan bloggers dapat bertemu dengan Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzrta Malaysia Sdn Bhd, Puan Sabariah Saamah. Di antara syarat utama pihak berkuasa JAKIM bagi sesebuah kilang memperoleh sijil Halal ialah ia perlu ada jawatankuasa dalaman untuk memantau dan menentukan setiap bahan yang diperolehi dari pembekal dan proses makanan bukan saja selamat dan bersih malahan ia adalah dari sumber yang halal.

Pihak JAKIM juga telah menentukan syarat dan standard, maka pegawai seperti Puan Sabariahlah yang bertanggungjawab memantaunya. Di dalam penerangannya juga, Puan Sabariah sempat berkongsi mengenai proses pembakaran roti (bun) yang turut memastikan standard kelembutannya.

Di pihak McDonald's Malaysia, tidak ada apa yang disembunyikan yang sememangnya mengamalkan prinsip 'Open Door' mereka. Sekali lagi kami ingin berkongsi keyakinan dengan pembaca bahawa segala hidangan makanan dan minuman McDonald's bukan saja mematuhi standard kebersihan tempatan dan syarat sijil halal JAKIM, malahan telah berjaya meraih keyakinan pelanggan-pelanggan dari negara-negara Arab dan Teluk.

Laporan demi laporan pun telah kami kongsikan ... DI SINI dan bersaksikan lawatan rakan-rakan bloggers ke kilang MacFood, tiada apa yang perlu diragukan malahan ia sentiasa... I'M LOVIN IT!


Tuesday, March 08, 2016

BLOGGERS MENDEKATI KILANG PROSES MAKANAN #MCDONALD'S. UNTUK APA?


Selama ini kita hanya membaca di laman web McDonald's atau di portal-portal berita lain mengenai bagaimana proses makanan dilakukan secara teliti dan kawalan kualitinya yang sangat ketat. Sepanjang bulan Januari 2016, blog ini telah menulis beberapa siri artikel yang menyentuh dari status halal yang telah mendapat keyakinan JAKIM dan sehingga mampu menjadi pembekal kepada Negara-Negara Arab untuk beberapa dekad yang lalu.

Bagi mengimbas kembali, berikut adalah turutan artikel khusus menyentuh mengenai proses persediaan makanan ke restoran-restoran McDonald's;
  • APAKAH HIDANGAN MCDONALD'S TIDAK LAGI DIRAGUI? - Mengapa McDonald's dijadikan satu jenama yang sentiasa digemari dan diyakini oleh masyarkat Malaysia adalah kerana komitmennya memastikan langkah-langkah keselematan dilakukan di pihak pembekal dan juga di premis restoran McDonald's.

Oleh kerana masyarakat hari ini kebanyakannya terlalu mempercayai maklumat yang diperolehi dari media sosial terutama di Facebook dan artikel-artikel di blog, maka McDonald's telah menganjur satu sesi lawatan ke kilang mempelawa beberapa blogger dan penulis portal berita ke MacFood Services Sdn Bhd di Subang.

Pengalaman 1st hand yang ditulis ... DI SINI dan DI SINI, benar-benar mengesahkan betapa Mc Donald's mementingkan kebersihan sehingga catatan suhu badan seseorang juga diberi perhatian sebelum memasuki kilang. Ketat sungguh kawalan keselamatan di kilang MacFood ini sehinggakan setiap jarak 3 meter diletak perangkap tikus.



Yang menariknya, sebelum mereka memasuki kilang, mereka berpakaian ala-ala ninja menutupi dari kepala hingga ke kaki bagi mengelakkan pencemaran. Mereka telah dibawa melihat proses pembuatan nugget dari dari pengumpulan bahan mentah untuk diedarkan, termasuk batching, menggoreng, pembekuan dan pemeriksaan sebelum dan selepas pembungkusan.

Mereka juga berpeluang melawat Makmal Micro di mana sampel bahan-bahan sentiasa diuji bagi mengelak pencemaran terjadi. Di antara lain mereka dapat menyaksikan proses memasak di dapur.

Kini fahamlah bagaimana McDonald's berjaya meyakinkan bukan sahaja pelanggan-pelanggan tempatan malahan dari luar negara juga sangat yakin dengan bekalan dari kilang MacFood Services.

Di artikel akan datang, perincian pengalaman lawatan bloggers ke kilang MacFood akan ditulis.

Saturday, January 23, 2016

PENDEKATAN 'OPEN DOOR' MCDONALD'S MALAYSIA TELAH BERJAYA YAKINKAN NEGARA ARAB BERDEKAD YANG LALU


Sejak isu halal makanan McDonald's hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia, rupa-rupanya kilang proses makanan McDonald's iaitu MacFood Services Sdn Bhd telah pun mendapat pengiktirafan status halal dan keyakinan dari Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk atau Gulf Cooperation Council (GCC) beberapa dekad yang lalu.

Ini adalah kerana McDonald's telah mengamalkan pendekatan 'open door' kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat standard kualiti produk dan prosedur yang dilaksanakan di restoran-restoran dan juga kilang MacFood Services Sdn Bhd.

MacFood Services Sdn Bhd adalah di antara pembekal berdaftar GCC dan juga pembekal utama produk berasaskan ayam yang halal dan berkualiti bagi rangkaian McDonald's di negara-negara Arab. Ini juga telah diperakui Yousif Abdulghani, Timbalan Presiden McDonald’s Timur Tengah dan Afrika.

Berikut adalah salah satu laporannya;

Klik untuk artikel penuh... DI SINI
 
... atau pilih saja mana-mana laporan berita ... DI SINI
 
 
Di negara-negara Teluk atau GCC yang terdiri daripada UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain dan  Oman, terdapat lebih daripada 500 rangkaian restoran McDonald's. MacFood Services Sdn Bhd pula adalah pembekal utama produk berasaskan daging ayam seperti nugget dan sebagainya. Pada tahun 2012 sahaja, jumlah eksport ke McDonald's di GCC telah meningkat sebanyak 12.3 peratus.

Peningkatan jumlah import produk berasaskan daging ayam ke GCC bukan sekadar meningkat tetapi yang lebih utama adalah kerana keyakinan mereka terhadap MacFood Services Sdn Bhd yang mengadaptasi prosedur halal yang sangat ketat.

MacFood Services Sdn Bhd telah menjadi kebangaan Malaysia kerana mampu menembusi pasaran halal di negara-negara Arab dan paling utama syarikat tempatan ini adalah pembekal utamanya. Kerana syarikat MacFood Services jugalah, hanya McDonald's di negara-negara Arab dan Afrika telah pesat berkembang jika dibandingkan dengan negara asal mereka di Amerika dan juga di sekitar Eropah.

Tuesday, January 19, 2016

APAKAH HIDANGAN MCDONALD'S TIDAK LAGI DIRAGUI?



Kunci utama mengapa rakyat Malaysia menggemari McDonald's adalah kerana komitmen resotaran makanan segera ini mampu memberikan apa yang pelanggan mereka mahu. Walaupun McDonald's berkonsepkan cara barat dari segi makanan dan hidangannya, tetapi keperluan selera tempatan adalah keutamaan dan penyediaan produknya tegas mengikut standard piawaian negara dan mematuhi syarat-syarat Syariah.

Pada artikel lalu, kita telah bincangkan bagaimana Jakim dan Kementerian Kesihatan memantau dengan ketat proses penyediaan makanan di kilang dan juga di setiap premis restoran McDonald's di seluruh Malaysia.

Artikel kali ini pula berkongsi mengenai cara pemprosesan dan langkah-langkah keselematan yang dilakukan di pihak pembekal dan juga di premis restoran McDonald's. 


Bagi melepasi syarat Halal oleh JAKIM yang terkenal dengan pemeriksaan yang rapi dan ketat, ia bermula dengan setiap pembekal bahan mentah, rumah sembelih dan ramuan masakan mereka. McDonald's hanya berurusan dengan pembekal makanan yang telah pun diiktiraf oleh pihak JAKIM walaupun mereka adalah pembekal dan produk tempatan. Seandainya pembekal McDonald's Malaysia adalah dari luar negara, pembekal-pembekal ini dipastikan kelulusan Halal melalui agensi mereka mendapat pengiktirafan dari JAKIM.

McDonald's hanya mengguna bahan-bahan mentah yang segar dalam setiap hidangan makanan dan minuman. Sebagai contoh, hanya 100% daging lembu tanpa bahan tambahan, hanya bahagian daging ayam segar dan filet ikan segar dibuat untuk dijadikan burger. Roti dibakar di kilang tempatan juga dan dihantar terus ke setiap restauran. Ubi kentang pula ditanam di beberapa kebun terpilih di serata dunia bagi mengekalkan standard kelazatan 'french fries' McDonald's.

Semua makanan berdaging dan ikan diproses di kilang tempatan dan pembekal utamanya adalah di kilang MacFood Services (M) Sdn Bhd yang terletak di Subang. Langkah-langkah keselamatan dan kebersihan pekerja juga diambilkira sehingga setiap pekerja perlu dilindungi dari kepala hingga ke kaki sebelum memasuki kilang dan melalui satu siri prosedur kebersihan untuk mengelakkan pencemaran.

Di kilang MacFood, disediakan sebuah  makmal mikro di mana sampel setiap produk diuji setiap masa bagi memastikan kualiti dan kesegaran makanan yang berterusan. Dapur juga adalah kawasan penting di mana peralatan yang diguna dipastikan melalui ujian kebersihan.

Sekali lagi setiba produk makanan di pusat pengagihan selepas sempurna proses pembuatannya, ia akan diuji bagi memastikan mencapai standard fizikal yang tepat untuk kualiti dan kesegarannya. Ujian ini tidak terhenti di situ kerana diuji juga di setiap restauran dan ditempatkan di kawasan atau peti beku yang khas.

Keselamatan dan kebersihan tidak terhenti di kilang-kilang dan kawasan pembekal, namun McDonald's juga mengutamakan amalan memastikan kebersihan premis restaurannya. Pihak JAKIM juga mengeluarkan sijil halal bagi setiap premis restauran di seluruh Malaysia. Pemeriksaan JAKIM merangkumi tempat simpanan stok dan kawasan hidangan, pengendalian serta pembungkusan di restauran.

Di kawasan-kawasan ini juga dilarang aktiviti seperti merokok yang mungkin mencemarkan kesegaran dan keselamatan makanan.  


Pekerja adalah aset kepada syarikat dan mereka adalah di barisan hadapan McDonald's, maka setiap pekerja di restauran McDonald's dipastikan di tahap standard kesihatan yang tinggi. Oleh itu setiap pekerja McDonald's diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja di mana-mana restoran. Mereka juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dipatuhi.

Oleh itu, di atas komitmen McDonald’s menyediakan produk Halal berkualiti tinggi hinggalah ke perhatian terperinci dalam hidangan makanannya serta perkhidmatan mesra dan premis yang bersih, maka inilah mengapa McDonald's dijadikan satu jenama yang sentiasa digemari dan diyakini oleh masyarkat Malaysia.