Jangan panik! Perubahan laluan bas henti-henti di KL dan Lembah Klang sebenarnya disusun semula dengan lebih teratur dan ia juga telah membuka beberapa laluan baru. Penyusunan semula laluan bas KL dan Lembah Klang ini dibahagi kepada 8 kawasan atau dipanggil koridor.
Laluan ini dibahagi kepada;
Koridor 1 - Jalan Ipoh
Koridor 2 - Jalan Pahang
Koridor 3 - Ampang
Koridor 4 - Cheras
Koridor 5 - Sg. Besi
Koridor 6 - Klang Lama
Koridor 7 - Federal Highway dan;
Koridor 8 - Damansara
Untuk pengetahun semua, sebelum laluan koridor ini disusun semula, pihak SPAD telah membuat tinjauan, kajian serta mengadakan siri perbincangan di antara pengusaha bas dan sesi perjumpaan bersama orang awam juga telah diadakan sejak 23 November 2015 di semua 8 koridor.
Apa yang perlu kita tahu?
Kesemua 8 laluan koridor bas dilengkapi dengan sistem penomboran. Apabila kesemua laluan koridor bas ini disusun dengan nombor maka kita akan lebih mudah mengingatinya seperti berikut;

Rangkaian perkhidmatan bas dan kawasan perkhidmatannya pula adalah seperti berikut;
Contoh;
Laluan koridor lain pula boleh dilayari dan dimuatnaik di laman web SPAD dan juga di Facebook...
Untuk kemudahan panduan peta laluan pula, pihak SPAD telah menyediakan panel maklumat terperinci di kesemua 8 koridor yang terletak di perhentian bas yang terpilih. Maklumat merangkumi nombor laluan dan maklumat jadual bas. Bagi tahun 2016 ini, di sekitar Greater KL sebanyak 3,000 panel maklumat akan dibina dan selebih 3,700 pula akan dilengkapkan pada tahun 2017.
Apakah kadar tambang akan naik?
Tidak. Kadar tambang kekal seperti yang telah diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009.
Apakah penyususan semula ini menghubungi perkhidmatan pengangkutan awam lain?
Pasti. Laluan susunan semula perkhidmatan bas adalah sebagai mod pengantara utama ke stesen rel dan terminal bas.
Apakah perubahan ketara dan manfaat yang diperolehi penyusunan semula ini?
a. Laluan baru dibuka
b. Laluan lebih luas dan menyeluruh
c. Kekerapan bas ditingkatkan
d. Waktu menunggu yang lebih pendek
e. Pemantauan prestasi perkhidmatan bas oleh SPAD
- Semua bas dilengkapi dengan Unit Onboard (OBU) Untuk kemudahan panduan peta laluan pula, pihak SPAD telah menyediakan panel maklumat terperinci di kesemua 8 koridor yang terletak di perhentian bas yang terpilih. Maklumat merangkumi nombor laluan dan maklumat jadual bas. Bagi tahun 2016 ini, di sekitar Greater KL sebanyak 3,000 panel maklumat akan dibina dan selebih 3,700 pula akan dilengkapkan pada tahun 2017.
Apakah kadar tambang akan naik?
Tidak. Kadar tambang kekal seperti yang telah diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009.
Apakah penyususan semula ini menghubungi perkhidmatan pengangkutan awam lain?
Pasti. Laluan susunan semula perkhidmatan bas adalah sebagai mod pengantara utama ke stesen rel dan terminal bas.
Apakah perubahan ketara dan manfaat yang diperolehi penyusunan semula ini?
a. Laluan baru dibuka
b. Laluan lebih luas dan menyeluruh
c. Kekerapan bas ditingkatkan
d. Waktu menunggu yang lebih pendek
e. Pemantauan prestasi perkhidmatan bas oleh SPAD
secara berperingkat.
Jika ada masalah, apa perlu anda lakukan?
Samada layari laman web SPAD(BNR) atau hubungi 1-800-88-7723 dan anda juga boleh dapatkan maklumat-maklumat tambahan serta perjalanan laluan bas.
No comments:
Post a Comment