Saturday, January 23, 2016

PENDEKATAN 'OPEN DOOR' MCDONALD'S MALAYSIA TELAH BERJAYA YAKINKAN NEGARA ARAB BERDEKAD YANG LALU


Sejak isu halal makanan McDonald's hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia, rupa-rupanya kilang proses makanan McDonald's iaitu MacFood Services Sdn Bhd telah pun mendapat pengiktirafan status halal dan keyakinan dari Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk atau Gulf Cooperation Council (GCC) beberapa dekad yang lalu.

Ini adalah kerana McDonald's telah mengamalkan pendekatan 'open door' kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat standard kualiti produk dan prosedur yang dilaksanakan di restoran-restoran dan juga kilang MacFood Services Sdn Bhd.

MacFood Services Sdn Bhd adalah di antara pembekal berdaftar GCC dan juga pembekal utama produk berasaskan ayam yang halal dan berkualiti bagi rangkaian McDonald's di negara-negara Arab. Ini juga telah diperakui Yousif Abdulghani, Timbalan Presiden McDonald’s Timur Tengah dan Afrika.

Berikut adalah salah satu laporannya;

Klik untuk artikel penuh... DI SINI
 
... atau pilih saja mana-mana laporan berita ... DI SINI
 
 
Di negara-negara Teluk atau GCC yang terdiri daripada UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain dan  Oman, terdapat lebih daripada 500 rangkaian restoran McDonald's. MacFood Services Sdn Bhd pula adalah pembekal utama produk berasaskan daging ayam seperti nugget dan sebagainya. Pada tahun 2012 sahaja, jumlah eksport ke McDonald's di GCC telah meningkat sebanyak 12.3 peratus.

Peningkatan jumlah import produk berasaskan daging ayam ke GCC bukan sekadar meningkat tetapi yang lebih utama adalah kerana keyakinan mereka terhadap MacFood Services Sdn Bhd yang mengadaptasi prosedur halal yang sangat ketat.

MacFood Services Sdn Bhd telah menjadi kebangaan Malaysia kerana mampu menembusi pasaran halal di negara-negara Arab dan paling utama syarikat tempatan ini adalah pembekal utamanya. Kerana syarikat MacFood Services jugalah, hanya McDonald's di negara-negara Arab dan Afrika telah pesat berkembang jika dibandingkan dengan negara asal mereka di Amerika dan juga di sekitar Eropah.

No comments: