Thursday, March 23, 2017

INSIDEN PEMANDU SAMSENG BAS DARUL NAIM EXPRESS, SPAD SEGERA BERTINDAK


Jalanraya bukan tempat untuk pemandu-pemandu pengangkutan awam darat menunjukkan sikap 'samseng' mereka kepada pengguna jalanraya yang lain. Setiap kali kemalangan yang melibatkan bas ekspres, sukar untuk dinafikan puncanya adalah pemandu kenderaan itu sendiri yang memangsakan penumpang-penumpang.

Dengan kecanggihan dunia hari ini, satu rakaman jelas yang menunjukkan seorang pemandu bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. di Lebuhraya Karak menunjukkan gelagat samsengnya yang mencabar kenderaan lain serta berlumba-lumba di dalam keadaan yang merbahaya, kini telah diviralkan di media sosial.

Pada 19 Mac, pemandu yang dikenali sebagai Tunku Khalsom Ibrahim telah menulis di Instagram seperti berikut;



Pendekatan SPAD yang sangat responsif terhadap aduan rakyat, berikutan insiden tersebut, pihak SPAD telah umumkan semalam untuk mengambil langkah-langkah berikut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010);

  • Pasukan Penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu tersebut.
  • Merakam kenyataan pemandu bas dan menggantung permit kenderaan tersebut bagi membantu siasatan SPAD.
  • Merakam kenyataan pengendali bas Darul Naim Express pada 21 Mac 2017

Sekiranya hasil siasatan SPAD mendapati pemandu berkenaan telah melanggar undang-undang maka tindakan akan diambil di bawah APAD 2010 terhadap mereka-mereka yang terbabit.

Pada masa yang sama, SPAD juga akan terus bekerjasama dengan pihak JPJ untuk mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Segala maklumat aduan boleh dikemukakan di Hotline aduanSPAD - 1800887723 atau di Twitter @aduanSPAD atau di laman web SPAD


No comments: