Wednesday, January 06, 2016

'FREE WIFI JOHOR' KINI DI KOTA TINGGI


Setelah dirasmikan Johor Free WiFi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada bulan Ogos tahun lepas, seperti yang dirancangkan kini warga Kota Tinggi boleh menikmati kemudahan WiFi percuma.

Daerah Kota Tinggi adalah di antara 10 buah daerah di Johor yang menawarkan WiFi percuma di 8 lokasi seperti berikut;

1. Dataran Jam Kota Tinggi
2. Laman / Jeti Tun Sri Lanang
3. Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang
4. Taman Tasek Kota Tinggi
5. Taman Permainan / Padang Kerajaan
6. Medan Selera PPKB Taman Kota Jaya
7. Mini Stadium / Gelanggang Futsal
8. Pejabat MDKT

CARA-CARA PENGGUNAAN
1) Sila on kan WIFI.
2) Kemudian connect ke Johor Free Wifi.
3) Sign ke login page Johor Free WIFI
4) Klik [register] bagi pendaftaran kali pertama
5) Masukkan butiran yang diminta
6) Tekan create dan lihat pendaftaran berjaya atau tidak
7) Jika sudah berjaya, Tekan back to login page
8) Masukkan username dan password.
9) Tekan login

Selamat melayari secara berhemah. Penggunaan hanya 30 minit bagi satu-satu masa. Sila login kembali sekiranya terputus. Harap maklum yang username dan password adalah didaftar atas nama SENDIRI.

Sekiranya terdapat sebarang aduan mahupun sebarang maklumbalas disalurkan kepada Unit Perhubungan Awam & Korporat, Majlis Daerah Kota Tinggi.

Kemudahan WiFi percuma ini adalah di antara projek perintis kerajaan negeri Johor dan terhasil dari kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013. Hasil daripada kajian tersebut telah menunjukkan sebanyak 20.36% responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkatkan.

Keseluruhannya, dijangkakan sebanyak RM12.9 juta diperuntukkan untuk program ini yang meliputi 135 kawasan hotspot di 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang akan dipasang secara berperingkat.

Selepas pelancaran, Dataran Bandaraya Johor Baharu adalah lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan WiFi percuma ini.

No comments: