Thursday, July 24, 2014

NOMBOR TALIAN ADUAN 1 800 88 7723 WAJIB DI BAS DAN TIKET



Sebelum ramai yang akan mengguna perkhidmatan bas untuk balik kampung ketika Aidil Fitri yang bakal menjelang, sebagai penumpang sila ambil perhatian;

Pastikan bas yang dinaiki samada bas ekspres atau bas persiaran pamer nombor talian aduan di dalam dan luar bas.
Nombor tiket aduan ini juga mesti dipamerkan di atas tiket bas.

Arahan ini sebenarnya adalah arahan SPAD dan telah berkuatkuasa semenjak 15 Julai lepas. Langkah ini adalah kesinambungan kepada arahan yang terdahulu iaitu pemasangan GPS dalam setiap bas, pematuhan Kod Amalan SPAD ICOP-Keselamatan dan mengadakan bilik kawalan operasi bagi merekod serta memantau kelajuan perjalanan bas.

Tujuan nombor aduan dipamerkan di tiket2 bas adalah untuk penumpang-penumpang mudah menghubungi SPAD sekiranya terdapat sesuatu kejadian di dalam perjalanan mereka. Bukan itu saja, pengguna jalanraya juga akan mudah menghubungi SPAD apabila nombor aduan ini dilekatkan di badan-badan bas.

Perlu diingatkan juga, seandainya ada bas-bas ini yang tidak pamerkan nombor aduan SPAD, berkemungkinan bas tersebut tidak mempunyai lesen pengendali bas kerana SPAD telah menetapkan ia sebagai salah satu syarat lesen. Akibatnya, bas ini bukan saja melanggar undang-undang namunpenumpang-penumpang akan menghadapi risiko tidak dilindungi insuran.

Setiap maklumbalas dari penumpang dan pengguna jalanraya akan diterima secara langsung oleh pihak SPAD. Oleh itu, syarikat-syarikat pengendali bas tidak akan terlepas dari bertanggungjawab daripada memastikan kelakuan pemandu-pemandu bas mereka dalam keadaan sihat dan bersedia ketika membawa bas.

Di samping itu, bahagian penguatkuasa SPAD akan menjalankan operasi ulat tiket di semua terminal bagi melindungi hak penumpang serta akan bekerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasa untuk memastikan keselamatan penumpang terjamin.

Sebarang aduan yang disalurkan kepada SPAD melalui talian bebas tol 1 800 88 7723 akan disiasat dan tindakan tegas akan diambil mengikut bidang kuasa yang ada.


No comments: