Tuesday, July 22, 2014

GULA TANPA ROBERT KUOK, APA AKAN TERJADI?



Blog ini telah mendedahkan siapa 'Raja' di dalam industri gula di Malaysia hari ini. Yang pasti penguasaan industri ini bukan lagi milik Robert Kuok atau seperti yang dituduh Anwar Ibrahim, Tan Sri Syed Mokhtar. Ia adalah milik Felda Global Ventures dan dengan kata lain, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) sekarang adalah milik anak syarikat FGV yang secara langsung adalah milik FELDA dan peneroka-peneroka Felda.

Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia tidak boleh nafikan.

Persoalannya sekarang, apakah MSM di bawah penguasaan FGV mampu bertahan dan berkembang tanpa Robert Kuok?

Semenjak 2010 setelah FGV memiliki saham terbanyak, ini yang sentiasa dipersoalkan dan diragui dalam dunia perniagaan di Malaysia seperti yang ditulis di The Edge. Dan semenjak itu juga langkah berani FGV diperhatikan dengan rapi.

Kemampuan FGV berjaya memiliki MSM tidak diperhebohkan dengan meluas oleh pihak media, ini yang menyebabkan ramai tidak mengetahui kedudukan MSM sebenarnya. Mengapa? Tanyalah mereka!

MSM TANPA ROBERT KUOK

FGV dengan bijak masih meneruskan legasi Robert Kuok pada peringkat awal pemilikan MSM sehingga CEO di zaman Robert Kuok pun dikekalkan. Ini bertujuan agar dapat mengekalkan sebarang urusan perniagaan.

Kini kemana arah MSM tanpa Robert Kuok?

Barisan Pengurusan Kanan MSM kini

Perniagaan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) adalah menapis dan mengeluarkan gula kristal 'BERKUALITI' melalui rangkaian kilang yang sangat efisien yang terletak di seluruh Malaysia. Dengan 2 jenama yang popular di pasaran iaitu Gula Prai dan Gula Pelis, pelanggan-pelanggan MSM termasuk syarikat-syarikat besar seperti industri minuman dan gula-gula, hotel, restoran, kedai-kedai makanan dan pengguna isi rumah.

Dua anak syarikat MSM yang beroperasi , Malayan Sugar Manufacturing Co Berhad (MSM Co) dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP) terlibat terutamanya dalam pengeluaran, pemasaran dan penjualan produk gula bertapis.

Kini, MSM menghasilkan pelbagai produk gula halus di dua buah kilang gula - satu dia Seberang Prai, Pulau Pinang, lengkap dengan pembungkusan, penyimpanan dan keupayaan pengedaran di lokasi dan satu lagi di Chuping, Perlis. Sebahagian produk dihantar ke gudang pengedaran di Sg Buloh, Selangor dan satu lagi di Johor Bahru, Johor untuk pengagihan selanjutnya kepada pengguna di seluruh pelusuk negara.


 
MSM kaya dengan bakat. Dari jurutera ke petani, semua tahap pekerja profesional adalah kunci sebenar kepada kejayaan MSM untuk membuat pembaharuan proses dan menyampaikan produk yang berkualiti bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi pelanggan utama di Australia, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Bukan setakat itu, kini MSM mempunyai perancangan agresif yang lebih produktif melampaui global. MSM merancang satu program pertumbuhan agresif menerusi pengambilalihan, penggabungan dan usaha sama.

Dengan kepakaran yang MSM ada dalam penapisan gula serta keadaan dunia yang kekurangan kilang penapisan, MSM telah mengambil peluang-peluang ini dengan mengambil langkah memeterai MOU dengan United Arab Emirates-based Al-Khaleej International Ltd bersama-sama membina kilang penapisan yang berteknologi canggih.

Kilang ini bakal dibina di pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor di mana ia dilengkapi kompleks logistik dan pelabuhan kapal dan dijangka mula beroperasi pada 2016. Kilang penapis ini dapat mengeluarkan gula sebanyak 2 juta tan di Johor. MSM adalah pemegang saham terbesar di mana 51% saham dimiliki MSM dan 49% pula milik Al-Khaleej.

Dalam tempoh enam tahun akan datang dalam menuju sebagai salah satu pemain global utama dalam perniagaan gula, MSM berhasrat menubuhkan syarikat perdagangannya sendiri di Dubai dan MSM juga merancang memperoleh kapal dan pelabuhan sendiri untuk menghantar komoditi ini ke serata dunia.

Nampaknya, walaupun ada keraguan terhadap anak syarikat FGV ini bukan sekadar mampu bertahan di dalam industri gula, nampaknya perancangan demi perancangan telah diatur agar MSM dapat mengembangkan perniagaan sehingga mampu mengawal pasaran dunia.

7 comments:

Anonymous said...

Gula tanpa Robert Kuok, takde masalah, tapi Robert Kuok tanpa gula, pape kedane le mamat ni...
kaya dgn subsidi je..

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat... lepas ni boleh terus beli gula MSM

Anonymous said...

Kah kah kah..

Anonymous said...

Gula di Malaysia dikatakan salah satu yang termahal di dunia..betul Ker?

. said...

harga sama je..yang lebey tu untuk diagih2kan pada sedare2 kita de palestine,xinjiang,kashmir,afrika,latin dll..

Anonymous said...

Guna tanpa ragu dan was2 sbb di kawal selia oleh org melayu islam kite jdi ianya bersih dan halal

Anonymous said...

Bodohnya kata gula malaysia adalah yg termahal di dunia...lbaik ko guna segala duit mak bapak ko beli gula kat negara yg murah lps tu ko jual kat sini dgn harga malaysia ni, mesti ko kaya kalahkan robert kuok...takpun ko makan gula banyak2 sampai ko kena kencing manis trus potong kaki ko atau potong kepala otak ko yg benak tu..