Keputusan rasmi PRK Kajang berpihak kepada PKR sebanyak 16,741 dan BN sebanyak 11,362 dengan majoriti 5,379.
Walaupun
BN telah kalah, namun apa yang dapat dibanggakan ialah PKR gagal
menambah majoriti dan MCA berjaya meningkatkan undi cina dari 16% ke 25%
serta mengakui kurang sokongan pengundi muda. Oleh itu, BN telah
berjaya mengurangkan majoriti PRU13 dan target DAP agar Mei Fun hilang
wang pertaruhan juga telah GAGAL!
Berikut adalah mesej calon BN kepada pengundi Kajang, rakan-rakan BN dan terutamanya kepada Wan Azizah;
KENYATAAN AKHBAR CALON BN UNTUK PRK DUN KAJANG
Datin Paduka Chew Mei Fun
23.03.2013
Saya
dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya
menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan
kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini.
Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh
pengundi-pengundi Kajang.
Walaupun
BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya
menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi
peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya
Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.
Saya
ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli
MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja
bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan
MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian. Saya amat berbangga
dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA
sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.
Saya
juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan
Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli
Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan
manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal
menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat
bertahun-tahun.
Selepas
ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang
telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam
ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu
Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan
Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama
menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.
No comments:
Post a Comment