Semalam
masjid Sri Petaling cukup ramai kerana mempunyai rutin mingguan, selepas
solat Isyak sesi menadah kitab hayatus sahabah oleh seorang iman muda
di masjid tersebut. DS Najib khusyuk mendengar bacaan kitab hayatus
sahabah bersama anak lelakinya Ashman. Selesai saja sesi bacaan kitab, DS
Najib diberi peluang untuk berucap, secara santai Perdana Menteri
mengingatkan peri pentingnya penyatuan ummah dan
DS Najib begitu menghormati golongan pendakwah seperti
jemaah tabligh. Katanya jemaah tabligh telah melaksanakan tanggungjawab
berdakwah dengan sebaik mungkin, Insyaallah usaha yang baik ini diberkati
Allah.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya tidak merosakkan kepentingan agama serta ukhuwah sesama umat walaupun terdapat perbezaan pendapat serta pandangan dalam kalangan mereka.
“Semua orang ada peranan serta tanggungjawab masing-masing. Pendakwah, laksanakan dakwah dengan berkesan. Saya sebagai pemimpin, saya lakukan kerja saya sebagai pemimpin untuk memakmurkan negara. Dengan maqasid syariah, syariah Islam kita tinggikan dan kalimah Allah kita sucikan. Itu tanggungjawab kita.”
“Sebab itu, walaupun kita berbeza pendapat, janganlah sampai kita rosakkan kepentingan Islam dan umat Islam,” katanya ketika berucap selepas mengerjakan solat isyak berjemaah.”
Ucapan ringkas selama 10 minit itu disudahi dengan bacaan doa oleh Maulana Ustaz Abdul Hamid. lebih 800 jemaah yang ada didalam dan luar masjid ketika itu mengaminkan doa dan ramai menitiskan air mata memohon agar Allah pelihara dan beri perlindungan kepada agama,bangsa dan negara.

No comments:
Post a Comment